Menjadi
seorang yang pendiam, iaitu tidak banyak berbicara dan bercakap bila perlu
sahaja itu pada saya berganda lebih mudah berbanding menjadi seorang yang mampu
men'diam'kan hati dari 'berkata-kata' dalam apa jua suasana dan ketika
berhadapan siapa saja.
Persepsi
negatif pada hati selalunya lebih mendahului bila memandang sesuatu kejadian,
peristiwa atau manusia lain hingga sangat memungkinkan seseorang itu jatuh
kepada buruk sangka yang jika diluahkan kepada seseorang yang lain pula,
menyebabkan buruk sangka itu menjadi umpatan atau pembohongan atau fitnah yang
amat dilarang dalam agama.
Persepsi seorang isteri
kepada suami, suami terhadap isteri.
Ibu bapa kepada anak-anak,
anak-anak terhadap ibu bapa.
Majikan terhadap pekerja,
pekerja kepada majikan.
Da'ie kepada mad'u, mad'u
terhadap dai'e.
Dan paling penting persepsi diri terhadap semua yang dilalui dalam hidup ini...semua ini sangat perlu dievaluasi! Menjadi individu yang persepsi positifnya lebih dulu mengambil tempat teratas lebih sukar dan mencabar.
Kerana itu, ALLAH Subhanahu
Wa Ta'ala dan Baginda Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam sangat menekankan
aspek penyucian jiwa kepada manusia seandainya mereka benar-benar mahu menjadi
seorang yang beriman dan bertaqwa iaitu dengan sering memuhasabah dan meneliti
diri, bercermin pada al Quran dan sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam,
sibuk memperbaiki amalan serta menjauhkan diri dari tergolong dalam kumpulan
orang-orang yang mengikut hawa nafsu, tidak memohon keampunan sedang diri
berangan-angan dosanya diampunkan oleh TUHAN.
Tambahan lagi, Rasulullah
Sallallahu'alaihi wasallam sendiri pernah menegaskan dalam satu hadis bahawa
kunci kejayaan yang pertama adalah muhasabah; "Orang yang bijak ialah yang
menghisab dirinya sendiri" , diikuti selepasnya tindakan pembaikan (action
after evaluation ); "beramal untuk kehidupan selepas kematian."
Insafilah, semakin berat
dan banyak waktu yang diperuntukkan oleh seseorang bagi melakukan muhasabah
diri dan bertindak memperbaikinya di dunia ini, maka semakin ringan dan
sebentar pula diharapkan tempoh hisab yang akan dilalui di akhirat nanti.
Kita tidak dibangkitkan
membawa pekerjaan mulut, mata, telinga dan anggota orang lain, tetapi kita
membawa beban amalan anggota sendiri.
Sendiri, sendiri....
Untuk itu, soallah hati
yang berbicara...positifkan patah kata yang terbit padanya?
Muhasabah diri dan yang
sudi 💖