Posts

Showing posts from 2024

KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤

Image
  D alam dunia hari ini, ada orang yang tanpa sedar ‘meruntuhkan’ diri sendiri untuk ‘membina’ peribadi orang lain pada dirinya. Sedangkan, tiada individu yang dapat ‘menjadi’ sama 100% hatta walau dilahirkan kembar seiras sekalipun. Kebahagiaan, kekayaan, kemasyhuran, kemudahan, kesenangan dan semua yang indah-indah yang dilihat pada orang lain yang dikagumi itu, kemungkinan hanyalah sebahagian kecil dari bahagian besar sisi hidup mereka sebelum semua itu dapat ditonton atau dituntun oleh orang lain, yang jika diketahui, tiada orang lain yang mahu berada dalam ‘kasut’ yang sama.. Pengalaman perih dan pedih yang dilalui pasti terlalu sulit untuk diceritakan. Ini kerana, untuk beroleh kebahagiaan, keyakinan dan kejayaan sebagaimana individu-individu yang menjadi sebutan ramai itu, jalan kesungguhan, kegigihan, muhasabah, hijrah dan tidak mengenal putus asa adalah jawapan. Untuk itu, jadilah diri sendiri! Iaitu dengan berusaha dan cuba untuk menjadi seseorang yang memiliki keperibadian t