Posts

Showing posts from December, 2023

Di ulangtahun ke-25 ini

Image
Alhamdulillah thumma alhamdulillah, Ma shaa Allah Tabaarakallah  🥰 , 25 tahun sudah mengharungi kehidupan bersama. Usah ditanya bagaimana perjalanan melaluinya kerana saya yakin setiap kita punya cerita masing-masing; cabaran, ujian, kesedihan, kegembiraan dan lain-lain.  Hanya sahaja, sebagai renungan di ulangtahun ke-25 pernikahan Disember ini, saya suka untuk berkongsi beberapa sudut pandang yang pastinya sudah dimaklumi ramai, namun semoga ia menjadi ulangan peringatan buat kita bersama 😘 : ❤️ Beroleh seorang teman yang dipanggil isteri/suami dalam meniti kehidupan ini merupakan satu kurnia yang besar apatah lagi ia dimulai dengan lafaz yang Allah SWT sendiri sebutkan sebagai ‘mithaqan ghalizo’ (ikatan yang teguh); justeru, seringlah bertanya kepada diri, apa yang boleh saya usahakan bagi melestarikan kurnia ini hari ke hari. ❤️ Perkahwinan adalah sesuatu yang sukar, kerana itu ia memerlukan komitmen daripada dua pihak umtuk menjayakannya. Bertepuk sebelah tangan, hanya angin ya