"H, ni mama dah dapat
hubungi ayah..cakap dengan ayah ye..." Saya yang duduk di sebelah hanya
mendengar sambil tersenyum.
Saya mengangumi kesungguhan
pasangan ini meneladeni anak-anak walau mereka tidak lagi hidup sebumbung.
Sambutan hari lahir anak-anak
masih terus disambut bersama, hal persekolahan dan segala yang bersangkutpaut
dengan anak-anak, mereka terus bergandingan melunasinya.
Perceraian tidak menyebabkan
mereka saling bermusuhan, sebaliknya setelah akad terlerai hubungan kawan
menjadikan mereka sering berbincang tentang pendidikan dan keperluan anak-anak
yang sedang membesar.
"Abang...cakap dengan H
ye..." Lunak panggilan itu pada pendengaran saya; tanda sikap hormat
kepada ayah anak-anak masih terpelihara dan ditunjukkan di depan mereka.
Tiada pasangan yang mahukan perpisahan setelah cinta pernah menyatukan...namun ada masanya kehidupan ini memberi cabaran yang amat dahsyat dalam meniti alam rumahtangga hingga akhirnya perceraian menjadi jalan penyelesaian.
Namun, keindahan tetap terlihat
pada ujian sebegini apabila ibu dan ayah tetap berperanan demi kebaikan
anak-anak, perpisahan hanya pada ikatan mereka sebagai suami dan isteri, akan
tetapi gelar ibu dan bapa masih menghendaki mereka untuk bertanggungjawab
terhadap amanah besar dari ILAHI ini.
Pasangan yang sedar akan sabdaan
baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam :
حَدَّثَنَا
آدَمُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ
عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى
الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ
Maksudnya :"Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada
kami Ibnu Abu Dza'bi dari Az Zuhriy dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman dari Abu
Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah...Kemudian kedua orang
tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana
binatang ternak yang melahirkan binatang ternak dengan sempurna. Apakah kalian
melihat ada cacat padanya?"
Tiada siapa yang berkata hidup
ini mudah, tetapi telah ramai membuktikan bahawa hidup ini indah jika bertemu
penyelesaian yang tepat untuk sebarang masalah.
Tepat itu pula tidak beerti
sekali mencuba maka selesai segalanya, mungkin dua, tiga malah lebih dari itu
barulah solusi yang mengena ditemui, alhamdulillah.
Pokok pangkalnya pada terus
berusaha dan tidak putus asa.