Adakah hadirnya 'dia' menyempurnakan hidup suami?


Suatu ketika, s
eorang isteri yang baru sahaja dimadukan bertanya kepada saya :

"Kak Ina, benarkah tatkala hadirnya seorang wanita lain dalam hidup suami sebagai isteri, kehidupan suami menjadi sempurna? Atau dalam kata lain, kehadiran isteri baru menyempurnakan rumahtangga suami? Saya akui mendengar tentang itu, saya terasa sedih...kerana saya tak mampu melahirkan zuriat buatnya."

Membaca pertanyaan tersebut, saya mengambil waktu untuk berfikir, mencari iktibar dari satu nasihat yang pernah saya baca sebelum ini :

ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

"Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar ia lembut dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar ia lurus.."

Moga-moga solusi dan pandangan yang diberi menjejak ke bumi, bukan menerawang atau terbuai hiba dek emosi wanita yang halus ini.

Saya berpandangan...

1) Frasa : "perkahwinan menyempurnakan..." adalah bagi menggambarkan hubungan antara suami dan isteri setelah akad menyatukan. Ia tidak sewajarnya di'highlight' pada selain dari itu, bukan juga antara pasangan pertama dengan pasangan kedua atau seterusnya ( dalam poligami ).
Justeru, cukup ia terhenti setakat antara dua jiwa dalam sesebuah rumahtangga. Bermakna, dalam rumahtangga poligami, SEORANG SUAMI dan SEORANG ISTERI ( baik dengan yang pertama, kedua, ketiga atau keempat ) kedua-duanya bersatu dalam ikatan pernikahan adalah untuk saling menyempurna antara satu sama lain. BUKAN isteri yang hadir setelah itu berfungsi untuk melengkapi isteri sedia ada, vice versa.

2) Tiada wanita yang gembira tatkala mendengar kata-kata sedemikian lantaran yang membuak dalam dadanya hanyalah bisikan rasa : "i'm not good enough..."lalu dia merasa kekurangan demi kekurangan.
Biarpun realitinya, rumahtangga sedia ada tidak memiliki cahayamata, namun, hidup hanya berdua itulah 'kesempurnaan' yang telah ditakdirkan oleh DIA yang Maha Esa.
Justeru, seorang suami yang telah memilih untuk berpoligami atas apapun sebab di pihaknya.. bijaklah dalam menangani situasi sebegini kerana ketidaksempurnaan dalam rumahtangga itu berlaku apabila 'tangan bertepuk sebelah', pasti tiada berbunyi, tak meriah!
Berbahagialah dengan setiap keadaan isteri-isteri dan usah tunjukkan kecenderungan hati dan kasihmu kepada mana-mana antara mereka.
Ia amat menyakitkan...

Pernah mendengar nasihat di bawah ini?
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين "

Seorang bijaksana Yunani berkata : "Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki, namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya.

Oleh itu, selalulah melafazkan Alhamdulillah pada setiap suasana.

Bertaqwalah, bertaqwalah...


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi <3



Comments

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA