Inikah rindu?
Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat.
Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." ( Surah Qaaf ayat 16 )
Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri,
"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"
Tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.
Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'!
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Comments
rindu rasanya...
ya benar, hati itu perlu menangis
supaya sedar akan cinta Allah dan rasul dihatinya.
Ramadhan Kareem buat ukhtie dan semua!
Salam Ramadhan yang mulia, buat Rose sekeluarga :)
Jiwa ini terlalu merindui-NYA....
moga ustazah keluarga sihat dan sejahtera..
"Biar Rindu berlabuh ditempatNYA"
Pasti kemanisannya dirasai..INsyaallah..
Suka entry ni.
Biarlah kita berkongsi segala rasa dengan Allah.
Allah lebih mengetahui diri kita dan dengan Dia kita mengadu segalanya.
p/s; Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat Ustazah sekeluarga
:'(
rindu itu fitrah insani
hadiah Ilahi
buat insan berhati nurani
menangis itu jua
satu cara yang Allah beri
untuk kita ...
saya punya masalah yang saya sangat2 perlukan jalan penyelesaiannya..
bila membaca entry ustaz tentang rindu...dan entry2 yang sebelumnya tentang rumah tangga dan rasa cinta antara suami isteri..saya benar2 inginkan bantuan dan sedikit tunjuk ajar dari ustaz...
saya bergelar seorang isteri..perkahwinan yang bukan atas dasar cinta banyak menyulitkan kehidupan saya... walaupun saya tidak tunjuk pada suami..namun kadang2 kediaman saya atau kedinginan saya menggambarkan segalanya... bukan saya tak suka pada lelaki yang saya kahwini... cuma tiada rasa cinta di hati..kini setelah hampir setahun... saya masih cuba memupuk agar benih cinta tumbuh dan mekar dalam hati saya...namun terasa begitu sukar usaha saya ini... kadang2 saya merasa begitu terpaksa bersama suami saya.... di saat sebegitu, hati saya menangis ustaz..terasa begitu derita sekali untuk mengikhlaskan diri saya buat suami...
sejujurnya,saya tak mampu untuk melupakan bekas kekasih saya... segala cara telah saya cuba...malah, ntah berapa banyak air tawar yang saya telan untuk melupakan dia..tiap kali saya terkenang kenangan lalu, hati saya menangis..sakit...kadang2 terasa menggigil tubuh saya... kerana penyesalan...dan juga ketakutan...saya tahu berdosa untuk saya mengingati dia...saya cuba ustaz..di tikar sejadah saya luahkan segala rasa.. segala kesakitan menahan diri dari terus mengenang dia... namun kadang2...nafsu dan kejahilan diri melebihi benteng yang saya cuba bina...
saya sangat2 berharap andai ustaz dapat memberi tunjuk ajar pada saya.. agar saya tidak menzalimi suami saya mahupun diri saya sendiri....
wassalam...
maaf, baru saya perasan saya tersalah menggunakan panggilan "ustaz"...
saya mohon maaf ustazah...namun saya berharap, ustazah dapat membantu saya....saya sanagt2 berharap..
terima kasih...