MARI BANTU DIRI DAN SUAMI
“ As dah solat ?” tanya suami sewaktu sesi rehat selepas makan tengahari.
“ Belum lagi “ jawab saya ringkas. Sememangnya saya menunggu-nunggu ketika yang sesuai untuk menunaikan solat memandangkan di dalam dewan tersebut penuh dengan ahli keluarga lain yang turut serta, dari kaum bapa, ibu dan anak-anak mereka.
Sabtu itu, saya sekeluarga menghadiri Hari Keluarga Warga Lampeter yang berlansung di Dewan Milennium, Cellan; lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kereta dari pekan kecil Lampeter.
“ Rasanya ok dah nak solat ni, orang lelaki semua ada di luar . Solehah, biar abang pegang,” cadang suami. Saya menghulur Solehah ke dalam dukungannya.
“ As solat di hujung sudut belah sana. Agak terlindung dan tidak nampak bahagian belakang ketika rukuk dan sujud,” tambah suami bila melihat saya tertinjau-tinjau tempat yang sesuai. Suami menunjuk ke bahagian kiri belakang dewan. Kelihatan beberapa orang lain dari kaum ibu dan anak-anak perempuan juga telah bersedia berwudhuk untuk menunaikan kewajipan. Saya menghampar sejadah lalu mempelawa mereka untuk solat bersama. Berjamaah.
SANGAT MENGAMBIL BERAT
Saya bersyukur kerana suami seorang yang sangat menitiberatkan penjagaan aurat. Bukan sekadar menutup tetapi juga memeliharanya dari pandangan yang tidak wajar. Walaupun saya telah berjubah dan memakai tudung labuh namun suami masih tetap mengambil perhatian terhadap penjagaan aurat saya sebaiknya. Antara saranannya ialah memakai seluar panjang di sebelah dalam, juga berstoking warna gelap.
Seterusnya, ketika berada di kampung bersama adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara, suami sering mengingatkan agar saya menutup kaki sepenuhnya ketika duduk bertimpuh.
“ Tarik sedikit hujung kain agar menutup seluruh kaki bila duduk,” suami mengingatkan.
Walaupun ada sedikit keringanan (rukhsah ) terhadap aurat perempuan ketika bersama adik beradik dan ipar duai, iaitu boleh untuk tidak memakai stoking dan menampakkan pergelangan tangan bagi memudahkan bergerak dan melakukan kerja-kerja di dapur terutamanya, namun keringanan itu harus digunakan seminimum mungkin.
Kerana itu, dalam kebanyakan waktu saya lebih selesa memakai pakaian lengkap menutup aurat, lebih-lebih lagi bila kaum keluarga termasuk ipar duai dan rakan-rakan berkunjung ke rumah kami di Puchong Indah. Saya sering mengingat dan memuhasabah diri terhadap anjuran Rasulullah SAW , yang bermaksud :
“Jagalah auratmu, kecuali dari (penglihatan) suamimu”
Kemudian Baginda ditanya pula, “Bagaimana apabila seorang perempuan bersama dengan sesama kaum perempuan ?”
Maka Baginda menjawab, “Apabila engkau mampu untuk tidak menampakkan aurat kepada sesiapapun maka janganlah kau nampakkan kepada sesiapapun.”
Lalu Baginda ditanya lagi, “Bagaimana pula apabila salah seorang dari kami (kaum perempuan) sedang bersendirian ?”
Maka Baginda menjawab, “Engkau lebih harus merasa malu kepada Allah daripada kepada sesama manusia.” ( Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya dengan sanad hasan, lihat Fiqhu Sunnah lin Nisaa’, halaman 381).
Dari mafhum hadis di atas, jika dalam lingkungan kaum perempuan sekalipun sebaik-baiknya aurat ditutup sempurna, tanpa ada keperluan memperlihatkannya, apatah lagi bila berada dalam lingkungan keluarga bersama ipar duai lelaki.
SEMPURNA MELINDUNGI
“ Ummi, boleh tak Kak Long pakai baju ni ? “ anak sulung saya bertanya sambil menunjukkan sehelai baju t-shirt. Baju itu berlengan panjang warna hijau pucuk pisang, tetapi labuhnya sekadar menutup sedikit sahaja bahagian punggung.
“ Kak Long nak pakai waktu Hari Keluarga nanti,” jelas Kak Long lagi. Saya memandang wajahnya. Saya tahu dia amat berharap saya memberikan kebenaran.
“ Dulu Ummi pernah beritahu Kak Long dan Kak Ngah, ingat tak?” soal saya terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaannya.
“ Bagitau apa Ummi, Kak Long tak ingatlah,” jawab Kak Long berterus terang.
“ Ummi pernah beritahu, pakaian seorang perempuan Islam bukan sekadar cukup menutup seluruh tubuh sahaja tetapi juga sempurna untuk melindungi pemakainya ketika ia duduk, membongkok dan melakukan pergerakan lainnya,” saya berhenti seketika untuk memberi ruang kepada Kak Long menyerap maklumat.
“ Jadi, walaupun baju Kak Long nampak sudah menutup aurat, berlengan panjang dan dari kain yang tidak jarang, tetapi labuh baju tu tak cukup panjang. Tidak cukup sempurna melindungi badan Kak Long dari terlihat oleh orang lain ketika Kak Long tunduk dan membongkok,“ ulas saya sekaligus menjawab pertanyaannya tadi. Kak Long mengangguk, tetapi ada sedikit kekecewaan pada riak mukanya. Saya mengerti.
“ Macam ni, Kak Long pakai baju ni sebelah dalam dan pakai gaun tanpa lengan yang baru Ummi beli tempoh hari di sebelah luar. Tentu lagi menarik,” cadang saya memberikan alternatif. Terpancar kembali sinar gembira pada wajahnya. Syukur, bisik saya.
CANTIK DEPAN SUAMI TETAPI DI LUAR?
Seorang Muslimah, seluruh tubuh badannya wajib dilindungi dari pandangan lelaki ajnabi kecuali muka dan tapak tangan. Demikian pendapat jumhur ulama’ zaman berzaman. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin lainnya, hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu." ( Surah Al-Ahzab ayat 59)
Dan firmanNya lagi yang bermaksud :
"Katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada ALLAH SWT, wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung."( Surah An-Nur ayat 31)
Sayangnya, tidak ramai wanita zaman moden hari ini yang menyedari dan mahu mematuhi sebaiknya perintah Ilahi. Kebanyakan mereka faham dan mengerti saranan dan contoh tauladan yang diperlihatkan oleh srikandi zaman kegemilangan Islam dahulu, kepentingan dan keperluan berhias serta berdandan di hadapan suami. Berpenampilan menarik untuk memikat sukma si jantung hati.
Akan tetapi bukan semua dapat memahami dan mencontohi corak pakaian dan penampilan wanita-wanita solehah ini di luar rumah tangga, lebih-lebih tanpa kehadiran suami di sisi ketika bekerja dan sebagainya.
Kerana itu, ramai wanita hari ini walaupun memakai tudung ketika keluar dan bekerja tetapi masih bersolek dan berwangi-wangian dengan aroma menusuk jiwa; sedangkan mereka tahu bahawa keadaan itu menjadi daya ketertarikan dan membangkitkan syahwat lelaki.
MARI BANTU DIRI DAN SUAMI
Mungkinkah kerana itu, wanita-wanita solehah semakin sukar kedapatan dalam dunia hari ini ? Dek bertahan memegang yang syari’e cukup sukar dan penuh duri umpama menggenggam bara api, hampir terlepas kerana kepanasannya yang tak terperi.
“ Jangan putus asa. Selagi masih bernyawa, selama itu gelaran Solehah masih boleh diraih dan dicapai,” demikian sering suami memujuk tatkala terasa diri bagaikan jauh dari ciri-ciri wanita solehah, penyejuk di mata, penawar di hati.
Justeru, mari kita berusaha semampu daya untuk mendapatkan kesempatan yang masih ada ini. Tanpa rasa pesimis ataupun khuatir. Mari kita bantu diri dan suami tercinta. Bukan hanya dari sudut materi, tetapi juga dari sudut rohani sebagai bekal kemudian hari.
Biarlah orang memandang kita sebagai naïf dalam berfesyen arus semasa di luar rumahtangga, tetapi di depan suami kita adalah isteri yang ‘daring’ dan manja. Bukan bermaksud perlu selekeh dan comot, tetapi cukuplah sekadar berpenampilan bersih, rapi dan kemas di luar rumahtangga. Itu sebenar tuntutan agama.
Kecantikan itu bukan dilihat dari fizikal semata, tetapi kecantikan itu timbul dari dalam hati, beserta kebaikan terhadap manusia dan kepatuhan kepada Yang Maha Mencipta.
Andai ingin terus bersama hingga ke syurga, mudah-mudahan ketaatan dalam menyempurnakan penutupan aurat ini dapat membantu menuju bahagia di sana. Bersama suami tercinta.
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kalian untuk menutupi aurat kalian dan pakain indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH SWT.Mudah-mudahan mereka sellau ingat." ( Surah al-A'raf ayat 26 ).
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments
MANAR : Alhamdulillah, semoga kita sama-sama memperbaiki diri dari masa ke semasa. Silakan :)
SYIREEN : Terima kasih atas doanya, dik. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dan melorongkan kita ke jalan yang benar andai suatu ketika tersilap langkah, ameen. Boleh je , sila..semoga beroleh manfaat bersama.
Terima kasih ummu Husna diatas peringatan. Walaupun dah tau tapi kak selalu mengabaikannya. Terutama tentang pakai stokin. Kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak.
wassalam.
Apa khabar akak sekeluarga?
Terima kasih atas artikel ni.
Bab aurat ni memang saya susah nak tegur muslimat. Kadang-kadang saya rasa tak layak nak tegur sebab saya pun banyak kekurangan dari segi lain.
Saya cuma tegur yang betul-betul rapat je...
Kak, kalau elok stokin gelap, baju pun better gelap jugak la ye?
Jumpa lagi kak..
Bab aurat ni isu sensitif di kalangan rakan2. Kalau mereka pergi kerja tak tutup aurat, bersolek , berwangi-wangian yang melampau..takde kekuatan untuk kita menegurnya..Lidah macam kelu nak menegur..aduhai, lemahnya iman. Itu belum lagi yang kita terserempak di pasar ataupun kedai..Pergi kerja, boleh bertudung, pergi pasar, boleh hilang pulak tudungnya..lepas tu, bila terserempak dengan kita, buat2 tak kenal dan malu..
Begitu juga bila di rumah..amat sedikit wanita zaman ni yang peka aturan kewajipan aurat ni..nak berjalan ke pasat, boleh bertudung, tapi sidai baju kat luar rumah, tak rasa nak bertudung.
Tapi pandangan saya, seorang muslimah apabila dia berpakaian menutup aurat dan menjaga akhlaknya apabila berkerja, orang2 di sekitarnya di tempat kerja, akan hormat dan tak mempersenda-sendakan muslimah itu. Saya mengambil contoh apa yang saya lalui ketika ini, bekerja sebagai jurutera di oil & gas industry. Apabila kita membawa prinsip agama dalam pekerjaan, company/client akan maklum kedudukan diri kita. Sebagai contoh, apabila mereka hendak bersalam (lelaki), kita just bagitau “Sorry, I am muslim”. Betapa pentingnya seseorang muslimah itu membawa identitu agama walau di mana jua dia berada.
Tapi, apa yg dikesalkan, ada juga wanita Islam lain di tempat kerja yang berpendapat, orang yang pakai tudung labuh dan menutup aurat ni, berfikiran sempit dan tak maju.
Terpulanglah mereka nak cakap apa, yang penting “Utamakan lah pandangan ALLAH daripada pandangan manusia..
Terima kasih kak ina, untuk artikel ni
Entri best dari akak...sangat bagus untuk dibaca serta diamalkan tanpa perlu banyak tanya dan banyak pertikaian...
Sesungguhnya kekuatan untuk menegur adalah dari iman yang subur didalam diri..
Jika tidak mampu menegur dengan lidah, boleh tegur dengan akhlak..mudah2an akhlak kita dapat mencontohi mereka untuk melakukannya...
Tapi betullah kak Ina..paling sukar nak bagi kefahaman tentang perfume..bukan mereka tak pernah dengar pasal nie tapi mereka persoalkan,
"Abih tu takkan nak busuk pegi kerja..?"
takdela sampai busuk..dah mandi takkan busukkan..dah pakai deodorant cukupler..baju sure dah basuh, bubuh softenerpun dah cukup buat pakaian tu tak busuk, malah harum dan segar...
sekarang wanita Islam kita terbalik, kat luar rumah harum semerbak..lebih2 lagi dgn promosi mcm2 perfume yg berpatutan..buh setitik satu batu dah boleh bau (hehe) tapi kat rumah, tanak pula dia berwangi2an untuk suami...bau bawang lagi ada...
sekadar perkongsian pendapat dan muhasabah diri sendiri juga
UMMUAFIQ : Ws, tak ada masalah. Semoga yang baik dapat kita kongsi bersama manfaat darinya. Terima kasih atas kunjungan ye :)
KAK NISHA : Alhamdulillah, kak. Sama-sama kita saling ingat memperingati dengan kebenaran juga kesabaran.
Memang benar..Kak Ina sendiri ada kalanya perlukan masa untuk menegur seseorang. Iman masih banyak berada di tahap ketiga nampaknya, perlu upgrade lagi. Sama-sama kita saling bantu membantu ye.
Tentang warna pakaian, bagi Kak Ina, warna yang lembut, tidak terang walaupun tidak gelap adalah diterima. Sayangnya, kebanyakan warna baju sekarang ini sangat terang benderang, silau mata memandang :)
Untuk stoking, Ustaz lebih menasihatkan agar memakai warna gelap kerana warna coklat esp yang agak light warnanya lebih seakan-akan warna kulit. Ustaz menasihatkan apa yang lebih baik.
Mari kita sama-sama memohon agar Allah sentiasa menunjukkan kita jalan Nya yang sebenar, bimbang sangat-sangat dengan fitnah akhir zaman ini.
Bab wangian, kak Ina juga setuju dengan Ida. Yang penting adalah kebersihan.
Bersyukurlah suami yang mendapat isteri yang sedar dan patuh kpd perintahNya tanpa perlu ditegur atau diberitahu.Betul kata ummu husna isteri perlu membantu suami.
Ramai sahabat kita yang tidak sempurna menutup aurat mereka kerana si suami tidak menegur atau berkata apa2 mengenai aurat isteri.
Di sini nampaknya pihak suami paling utama berani menegur mengenai aurat isteri jika isteri melakukan kesalahan.
Dlm hal ini juga nampaknya bila suami tak kisah ,isteri lagi tak kisah walaupun mereka mengetahuinya. Ramai di kalangan kita yang tahu menngenai kewajipan menutup aurat ni, tapi kadang2 kita lalai dan perlu ada yang menegur dan menasihati, lebih berkesan jika ia dari suami sendiri!
Oleh itu marilah sama2 memperbaiki diri kita setiap masa ,semoga kita menjadi golongan yang mukminah dan solehah di sisiNya.
wassalam
Kak Ina, saya ada persoalan. Sampai umur berapa seharusnya seorang wanita itu memakai stokin? Saya tanya sebab saya tengok, makcik2 yang sudah lanjut usia (kulit sudah berkedut) di kampung saya memakai tudung labuh dan memakai stokin. Saya rasa macam terbalik, yang wanita muda pakai serba singkat dan tak pakai stokin plak. Saya rasa usia macam ibu saya, 57 tahun sudah tidak perlu pakai stokin kan? Harap sudi memberi jawapan, jazakillahu khairan.
UMMUFATIMAH : Ye, suami juga patut memainkan peranan untuk menegur dan membimbing isteri dalam bab manutup aurat. Ini kerana sebarang pendedahan aurat isteri, suami juga mendapat dosa darinya.
Akan tetapi, rambut tetap aurat dan wajib ditutup. Demikian juga ketika di luar rumah, aurat mereka tetap sama seperti wanita dewasa lain yang hanya boleh membuka muka dan dua tapak tangan.
Hukum ini dijelaskan dalam surah al-Nur, ayat 60 yang bermaksud: Mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya, tanpa bertujuan mendedahkan perhiasan.
Wallahu'alam
xtau kenapa, terasa sebak dan menyentuh hatilah entry kak Ina kali ni.konon2 rasa diri dh cukup sempurna dlm menutup aurat..tp sebenarnya blom lg.insyaAllah akan zue jadikan panduan nasihat kIna ni..terima kasih
ZUE : Mari kita sama-sama perbaiki diri dari semasa ke semasa. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah SWT sentiasa melorongkan hati-hati kita untuk terus mengikuti perintahNya, ameen.
Mungkin ada baiknya kita mulakan dengan diri kita sendiri, iaitu menunjukkan contoh pakaian yang sepatutnya boleh dipakai ketika bersama keluarga. Dan seterusnya, boleh juga diadakaan kuliah untuk keluarga bila bertemu, contohnya family gathering ketika hari raya, kenduri kendara dsb.
Wallahu'alam, sekadar perkongsian yang pernah dilakukan Kak Ina dan suami terhadap ahli keluarga :)
P/S: bile lak sy nak kawin?
INAS : InsyaAllah, banyakkan berdoa ye :)
NASHWA : Betul..betul.. ( bak kata upin, ipin )
mmm...mengenai cadangan akak untuk adakan tazkirah tu, rasenya kami tak layak nak buat...hehe...
Alhamdulillah selama ini saya sebaik mungkin menjaga batas aurat bersama ipar duai. Bila kat kg mertua, kadang-kadang tak cukup bilik, so kami terpaksa tidur di luar, jd saya tidur dgn tudung2 skali...:)
tapi kan, kdg2 sy iri hati tengok wanita2 yg berpakaian serba cantik, bergincu dan berbedak di luar rumah,
sedangkan saya yang simple2 dan tak bermekap langsung ni, rasa sangat kosong dan tak menarik di hadapan suami sy.
sy rasa suami sy lebih tertarik untuk memandang wanita2 tersebut.
mcm mana nak hilangkan perasaan mcm ni ya kak as?
Saya akui diri saya sendiri masih tidak sempurna menutup aurat. Namun sedkit demi sedikit saya upgrade untuk menutup sesempurnanya.
Saya juga selalu berdoa selepas sembahyang .... dibukakan pintu hati dan menutup aurat dalam erti kata menutup mengikut syariat.
NOR ZAKIAH :InsyaAllah, berdoalah tanpa kenal erti jemu. DIA meminta kita sebagai manusia dan hambaNya untuk berdoa, dan akan dimakbulkan olehNya. Jadi teruskan berdoa.
Di samping itu bergaullah dengan sahabat-sahabat yang baik akhlak, menjaga aurat dan memelihara batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Semoga suatu masa Allah SWT akan mengurniakan pasangan hidup yang soleh bagi perempuan, dan solehah bagi lelaki.
Jangan hanya membuat sangkaan di dalam hati tanpa ada usaha mengatasinya. Jika suami suka melihat perempuan bersolek, sebagai isteri lebih berhak untuk melakukannya untuk suami.
Namun, di luar, tidak sama sekali. Barulah suami tahu, bahawa apa yang dilakukan isteri benar-benar istimewa hanya untuknya. Seterusnya, doa tidak boleh tidak mesti diamalkan kerana hanya DIA tempat mengadu dan Penolong yang sebenar-benarnya. InsyaAllah, mudah-mudahan membantu.
FARHAH :Ws, Alhamdulilah. Tahniah, dik.Sama-sama kita perbaiki diri kepada yang lebih baik ye :)
Namun, di luar, tidak sama sekali. Barulah suami tahu, bahawa apa yang dilakukan isteri benar-benar istimewa hanya untuknya."
ya Allah...
terima kasih banyak2 kak as.
baru saya betul2 faham.
gembiranya saya : )
Saya teringat masa kat UM dulu, Ust. Zaharuddin ada tegur siswi2 yang naik/bawak motor tak pakai seluar panjang. Walaupun berjubah, kain mesti terselak dan nampak betis (yang berstokin 'mesir'). Dan sy tergolong dalam golongan siswi yang dimaksudkan oleh ustaz. Ust. kata: 'ana rasa nak tebas betis siswi2 yang tak pakai seluar panjang naik motor'. Walaupun agak pedas, tapi terkesan dihati. fikir2, betul jugak, walaupun menutup aurat, tapi masih tak sempurna lagi.. Sejak hari tu saya sentiasa beringat, kalau nak naik/bawak motor mesti sarung seluar panjang dulu.. Rasa berterima kasih kat ustaz Z atas teguran membina tersebut..
UMMU MUAZZ : Ws, tersenyum Kak Ina baca perkongsian kenangan tentang kata-kata ustaz dulu..tu masa jadi presiden PMI ye ? Terima kasih kerana mengingatkan kembali, Kak ina pun dah lupa :)
Apa pun, semoga kita sama-sama sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa ye.
alhamdulillah bab-bab aurat ni rasanya makin baik sikit lepas ibu anas kahwin - sentiasa dapat peringatan. Dulu banyak ikut2 saja, lepas tu dapat kesedaran perlahan-lahan, banyak belajar dengan sahabat2 sewaktu di nilam puri. kadang2 ok, kadang2 bila balik rumah dan berada dalam suasana keluarga/saudara mara tak berapa terjaga.
Selamat menyambut Ramadan Mubarak untuk Kak Ina sekeluarga.
Ummu Husna,
Salam ziarah.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.
Mohon kebenaran untuk disebar kepada rakan2 boleh?
Kadang2 saya berasa sukar untuk menegur kawan2 rapat terutamanya. Nak ditegur takut kecil hati, Tak tegur, takut2 diri ada saham salah bersama. mohon pandangan Ummu Husna.
Salam Ramadhan,
Nhhas
Alhamdulillah, moga-moga ada manfaat buat semua yang membacanya. Silakan, boleh je..:)
Memang bukan mudah nak menegur orang lain terutama yang rapat dengan kita, seperti adik-beradik dan sahabat baik. Kekuatan dan kesabaran sangat perlu.
Banyak cara boleh dibuat, salah satunya ialah berbincang secara berdepan, dari hati ke hati. Ini perlu melihat kepada mood dan keadaan supaya ianya tidak berakhir dengan salah faham dan perbalahan.
Keduanya, menulis sama ada melalui surat, kad, emel, dan lain-lain lagi. Namun, isi yang ingin disampaikan perlulah dengan bahasa yang mudah difahami, lembut dan lebih berunsur mengajak, memberi motivasi untuk berubah kepada yang lebih baik dan jauhkan dari menghentam dan mencaci.
Ketiganya, dengan mengenali kecenderungan watak rakan atau adik beradik, sebenarnya lebih mudah untuk memeberi teguran mengikut cara yang digemarinya itu. Sebagai contoh, jika dia suka membaca, berikan buku. Jika dia suka lagu, hadiahkannya nasyid-nasyid yang memberi nasihat dan ingatan dan banyak lagi.
Keempat, jangan putus asa untuk terus berusaha walaupun masa yang diambil mungkin panjang. Allah melihat kepada usaha dan bukan hasil darinya. Ihklaskan hati dan serahkan segalanya kepada Allah SWT.
Sekadar perkongsian berdasar sedikit pengalaman diri dan orang lain juga. Semoga membantu ye :)
Salam Ramadhan, kullu 'amin wa anti bikhairin, InsyaAllah.
1. Ada tak keringanan berpakaian sewaktu majlis kenduri-kendara di mana kita jd tuan rumah? Maksud sy, kita kan byk wat keje..keluar masuk, kejap g bahagian dapur yg tentunya basah, kejap g keluar. Memakai stoking or hand sock ketika ini mungkin akan menyukarkan pergerakan.so cam ne ye?
2. Ada sahabat sy tanya, dia sukar nak pakai stoking coz dia duduk rumah kedai (kedai makan)...susah nak keluar masuk, kerana rumahnya agak terbuka coz sambung ngan kedai mkn tu
3. Bagi tangan, aurat dari mana sampai mana yer sebenarnya?kalau sampai pergelangan tangan, orang2 yg kerja bermain dengan air cth macam cleaner or pencuci pinggan mangkuk, ada keringanan tak?
4. Bagaimana pula jika sahabat sy ni, di asrama, pada 1 aras blok dia tu ramai orang non-muslim. Nampak susah nak bertudung setiap waktu. Jadi macam kekangan pula dan memberatkan bg dia. Ada keringanan?
saya harap sgt untuk mendapatkan jawapan dari kak ummu husna... moga hilang segala persoalan2 ini dr benak fikiran sy. first time sy baca pasal aurat yg sgt detail kat dalam blog akak ni. jadi, pada akaklah sy ingin bertanya...harap sudi menjawabnya...
terima kasih byk2...
-budak jahil-
BUDAK JAHIL : Maaf guna panggilan ni ye dik, untuk memudahkan merujuk jawapan kepada penyoalnya sahaja. Tiada maksud lain. Semoga kita semua diberikan kelapangan waktu dan kemahuan untuk menambah ilmu, InsyaAllah.
Alhamdulillah dan terima kasih atas soalan-soalan yang diberi.
1) Ada keringanan bagi wanita Islam pada aurat mereka ketika bekerja contohnya ketika di dapur. Akan tetapi keringanan itu diberi hanya ketika melakukan kerja-kerja yang berkaitan dan bukannya sepanjang masa.
As Syeikh Dr.Abd Karim Zaidan menyebut di dalam ensiklopedianya, kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya, maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.(Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)
Walaubagaimanapun, bagi Kak Ina, hari ini terdapat di pasaran stokin yang memudahkan untuk digunakan bagi tujuan mengambil wudhu' dan rasanya ia sesuai juga untuk digunakan pada ketika kenduri kendara, iaitu dipanggil stokin wudhu'.
Keduanya, boleh juga menggunakan sandal agar tidak perlu memijak bahagian yang basah di dapur. Jika stokin yang ada sukar untuk disuaipadan dengan sandal, ada satu lagi produk iaitu stokin sepit ( yang mana kain untuk menutup ibu jari dan jari-jari lain dijahit berasingan ). Dan cara pemakaiannya juga sama dengan stokin wudhu'.
Alhamdulillah, kemudahan-kemudahan ini rasanya sangat sesuai dimanfaatkan dan dalam masa yang sama seorang muslimah tetap dapat memelihara auratnya.
2) Jawapan yang pertama di atas, boleh diaplikasikan, InsyaAllah.
3) Keringanan yang diberi bagi wanita yang bekerja sebagai cleaner atau memcuci pinggan mangkuk ialah dari tapak tangan hingga sebahagian lengan sahaja.
4 ) Aurat muslimah dengan wanita wanita non-muslim, menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangannya saja ( sama seperti aurat terhadap lelaki ajnabi ).
Walaubagaimanapun,terdapat pendapat, wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut.
Ini adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie.
Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini. Beliau berkata:
“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”
Namun begitu, piawaian keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan agama, iaitu wanita-wanita tersebut baik peribadi dan akhlak mereka.
Menurut pandangan al Maududi pula, jika wanita Islam berhadapan dengan wanita yang fasik ( sekalipun dari kalangan wanita Islam ) yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya.
Pandangan ini lebih sederhana dan dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengan suasana dan keadaan sekarang ini.
Walaubagaimanapun, bagi Kak Ina, memelihara aurat dan menjaganya dari pandangan wanita non-muslim adalah lebih baik dari membukanya kerana tidak dapat diketahui bagaimanakah akhlak dan peribadi setiap seorang dari mereka. Justeru dibimbangi, mendedahkan aurat di hadapan mereka akan menjerumuskan seorang muslimah kepada fitnah dan keburukan lain.
Pengalaman Kak Ina ketika di UM dulu dan berada di aras yang sama, tidak menghalang Kak Ina dan rakan-rakan muslimah lain untuk menjaga aurat dan dalam masa yang sama bergaul dengan mereka. Kami masih boleh berbual, bertanya khabar dan bekerjasama di dalam melaksanakan program kolej.
Wallahu'alam. Yang baik dariNya jua.
Moga2, ilmu yg akak beri ini menjadi bekalan pahala buat akak.
TERIMA KASIH, AKAK INA =)
-budak jahil nak jadi baik-
Maaf sy nak tanyer 1 soalan kepada pemilik blog ini...
Adakah salah bagi seorang wanita muslim memakai seluar?
Coz saya penah kena marah ngan sorang ustazah ni coz pakai seluar.
Sya ni student engineer, ada baju khas bila nak masuk dalam lab.Saya kena pakai jaket dan seluar. Jaket tu kalau saya pakai tak de la ketat sangat, dan labuhnya tutup punggung tapi takder lah labuh sampai ke lutut. Jaket biasa.
Then kena marah. Dia tanya saya mana hukumnya bila perempuan pakai seluar? Adoi, mana saya tahu. Sya pun bukan suka jenis dedah2 aurat ni. Jauh sekali nak pakai ketat. Tapi dah peraturan nak buat macam mana. Untuk keselamatan juga. Kalau tak pakai nanti tak masuk lab lah pulak saya. Takkan saya nak pakai jubah kot? Aduyai... kalau boleh dah lama saya pakai.
-Tersepit antara hukum manusia dan hukum Allah-
Panduannya ialah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:Dari Ibn Abbas ra: ” Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” [Bukhari, 5885]
Dan, sabda Baginda yang bermaksud :Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]
Islam tidak menetapkan fesyen pakaian yabng tertentu, akan tetapi garis panduan yang menepati syari'atnya ada tersenarai ( cuba baca komen saya pada artikel: PERLUKAH BEGITU ? ).
Semoga membantu.
sy amat terkesan apabila membaca artikel ini..terima kasih..:)
cuma disini sy nak minta bantuan &pandangan ummu husna.sy seorg pelajar ipta, ada seorg shbt baik, hmpr 3 tahun berkawan.tapi masalahnya kwn sy ini tidak menutup aurat.semasa ke kelas bertudung tapi tidak di rumah.sy rasa kwn sy fhm dosa pahala, aurat tapi masih belum mampu utk melaksanakannya.sy sdr sy terlalu lemah dan tak tahu bgmana nak nasihat & mengajak ke jln yg benar.setiap kali lihat gmbr dia tanpa tdg, hati sy benar2 sedih, tp tak mampu utk tegur..terlalu lemah:(sy amat berharap ummu husna dpt beri sdkt pandangan apa yg perlu sy lakukan..sekiranya tak keberatan, bolehkah ummu husna emelkan ke nnurul86@yahoo.com
terima kasih...
Satu lagi kemuskilan saya...saya pakai sunblock dan celak serta lipstik yg sgt2 natural...seolah-olah warna semulajadi bibir saya, dan mengenai pewangi...alhamdulillah saya tidak pakai.
Adakah perbuatan saya itu di Bolehkan???? tolonglah jawab kak As. Sudah lama persoalan ini berlegar dikepala saya.
sekian....semoga usaha kak As direstui-Nya
amin
mcm mana kalau pakai foundation untuk tampak lebih kemas bila berhadapan dengan orang?