BUKAN SEMATA PERASAAN!

Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa.

Sedangkan…..

Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana.

Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara :

“Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.”

Dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita; sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah :

“Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan doa saya, menjaga suami dari melakukan maksiat, atau supaya suami saya ada yang merawat nun jauh di perantauan sana…”

MasyaALLAH!


BUKAN SEMATA PERASAAN

Sahabat-sahabat, sebagai wanita@perempuan, kita dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan kelebihan emosi dan perasaan. Dengannya kita mampu menananggung sakit ketika melahirkan, kita juga mampu bersabar dengan tangisan dan 'perangai' anak-anak yang berencam, dan pelbagai lagi 'mampu' yang terhasil dari kelebihan kurniaan-NYA ini.

Akan tetapi, ingin kuperingatkan diriku dan diri kalian, sahabat-sahabat yang kusayangi atas nama TUHAN Yang Maha Pengasih LAGI Maha Penyayang,

Banyak ketikanya, perasaan dan emosi ini jugalah yang mengeheret kita kepada lembah kedukaan. Cemburu melulu, ambil berat yang melebihi perlu, iri dan dengki bersatu hingga ada saatnya, ia umpama ledakan gunung berapi; menghambur lava amarah yang amat panas lalu melebur cinta dan belas kasihan menjadi debu berterbangan.

Kala itu, hidup dirundung duka hingga kolam matamu menumpahkan air jernih yang bertali arus.....dan saat itu, perasaan serta emosi bukan lagi aset berharga yang menjadikan dirimu istimewa.

Yakinilah....perasaan dan emosi perempuan tidak cukup untuk menjadikan dirimu teguh mendepani hari mendatang kerana rasa reda dan pasrah terhadap takdir-NYA tidak akan pernah mampu ditatang dengan semata perasaan dan emosi perempuan, tetapi ujian dan kedukaan yang menimpa itu mampu dipempan sebaiknya oleh perasaan yang dipatri kekuatannya dengan iman dan ketaqwaan.

Justeru, binalah benteng imanmu kala matahari memancar indah, ketika tawa dan riang masih mengulit kehidupan sebelum datang awan mendung yang menumpahkan hujan lebat, kerana ketika itu, hanya dengan benteng iman yang teguh dapat melindungi dirimu dari hanyut dan lemas dek limpahan banjir yang tidak mengenal belas.

Kita sebenarnya sentiasa diuji, baik ia berwajah gembira atau ia tiba dalam rupa sengsara....namun di akhirnya, hanya pemilik emosi yang tunduk pada Yang Maha Pencipta sahaja akan muncul sebagai juara!

Muhasabah bersama...

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.


Comments

Insyirah said…
Insha Allah :)

Mudah-mudahan Allah memandu perjalanan hati kita.

Jazakillah kak As.
Anonymous said…
Hanya hati yang ikhlas mampu berbuat demikian. Ikhlas kerana Allah pinjamkan suami cuma sementara, layakkah kita mahu mengatakan suami milik mutlak kita? Samada berkongsi atau tidak serahlah pada perkiraan Dia, yang pasti suatu hari pasti tetap diambilNya kembali.
Jasmin said…
suka saya ayat ini..

>>>Kita sebenarnya sentiasa diuji, baik ia berwajah gembira atau ia tiba dalam rupa sengsara....namun di akhirnya, hanya pemilik emosi yang tunduk pada Yang Maha Pencipta sahaja akan muncul sebagai juara!<<<

bagi saya cabaran yang paling hebat apabila bergelar isteri adalah bagaimana saya mengendalikan emosi saya dan mendidik perasaan saya..

bait kata dalam pengisian oleh ukhtie ini mejentik hati saya pagi ini.

Terima kasih ukhtie dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat ini..
lyzaCR7 said…
Salam perkenalan..
1st time melawat d sini dan saya terharu...banyak perkongsian ilmu yang boleh d baca d sini..
tima kasih...

Saya follow sini dan izinkan saya letak link blog ni, d blog saya ya.. supaya sentiasa dapat mengikuti n3 baru d sini..:)
NurSyam said…
salam...sy dpt address blog ni slps sy bce mjlah solusi..alhmdulillah..mmg brmanfaat sgt...tp mngenai topik prkongsian suami..adakah sume wanita snggup brkongsi kasih?poligami sememangnya dibenarkn dlm Islam.cuma pengamalnya yg mnyongsangkan hukum.tjuan poligami adlah utk membela nsib balu/jnda n andartu..sy mnta pndangan yg empunya blog & pmbaca sekalian...wallahualam
cilipadi said…
Saya kembalikan suami kepada Allah untuk ditegur...saya dah usahakan 20 tahun...saya sedar Allah pinjamkan dia selama itu,adalah hikmahnya Allah ambil balik...mungkin saya tak berjaya melakukan tugas tu dengan baik.Bersangka baik...Allah lebih tahu...kita hanya hamba yang menumpang segala yang milik Allah...

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA