Posts

Showing posts from January, 2023

HATI YANG BERBICARA...

Image
Menjadi seorang yang pendiam, iaitu tidak banyak berbicara dan bercakap bila perlu sahaja itu pada saya berganda lebih mudah berbanding menjadi seorang yang mampu men'diam'kan hati dari 'berkata-kata' dalam apa jua suasana dan ketika berhadapan siapa saja. Persepsi negatif pada hati selalunya lebih mendahului bila memandang sesuatu kejadian, peristiwa atau manusia lain hingga sangat memungkinkan seseorang itu jatuh kepada buruk sangka yang jika diluahkan kepada seseorang yang lain pula, menyebabkan buruk sangka itu menjadi umpatan atau pembohongan atau fitnah yang amat dilarang dalam agama. Persepsi seorang isteri kepada suami, suami terhadap isteri. Ibu bapa kepada anak-anak, anak-anak terhadap ibu bapa. Majikan terhadap pekerja, pekerja kepada majikan. Da'ie kepada mad'u, mad'u terhadap dai'e. Dan paling penting persepsi diri terhadap semua yang dilalui dalam hidup ini...semua ini sangat perlu dievaluasi!  Menjadi individu yang persepsi pos