Posts

Showing posts from 2020

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

Image
Pernah ku berangan-angan.. Tentang jodoh idaman.. Budi dan tingkahnya menggamit kerinduan.. Senyumnya penawar keresahan.. Pernahku memasang impian.. Tentang pasangan yang dinantikan.. Tiada kesedihan menjengah hidup seharian.. Kerna dia selalu ada, menghapus duka dan tangisan... Pernahku bermimpi keindahan.. Rumahtangga penuh kebahagiaan.. Setiap sesuatu selalu beriringan.. Bersama penuh ketawa, berganti rindu mengisi kejauhan.. Angan-angan, impian dan mimpi sebelum pernikahan... Selalu mulus seakan sempurna berpanjangan.. Sedang hakikat kehidupan, tidak mentari selalu bersinar ke pengakhiran Bila mendung berarak bersama guruh berdentuman.. Seumpama hujan yang menyertai mendungnya awan.. mencurah membasahi tanah dan pepohonan.. Bukan untuk melemah ikatan.. Agar lebih berkenalan.. Biar bijak merawat perbezaan.. Demi menyubur sebuah kelangsungan.. Till jannah munajat ketuhanan. ~ ummuhusna99 Alhamdulillah, 22 tahun penuh warna warni kehidupan berumahtangga; moga ALLAH Yang Maha Kaya teru
Image
  BAGAIMANA CINTA-MU WAHAI IBUBAPA? Saya melepaskan satu keluhan berat tatkala mendengar cerita daripada seorang kenalan terdekat tentang sikap segelintir ibu bapa yang menyalahkan pihak sekolah atas kegagalan anak-anak mereka meraih markah cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun bulan Jun yang lalu. “Tambah menyedihkan bila ibu bapa kepada pelajar yang kurang menyerlah ini seperti membandingkan pula anaknya itu dengan kakak dan abangnya yang telah berjaya, kata mereka : “Kakak dan abangnya dulu pandai-pandai belaka!.” Ujar kenalan saya itu dengan wajah sedikit kesal. Saya yang mendengar juga turut terdiam. Gusar! “Apa agaknya yang diinginkan oleh ibu bapa sebegini daripada anak-anak mereka? Hanya memperakui anak yang berjaya, sementara yang ketinggalan, segala kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada pihak ketiga. Di mana muhasabah ibu bapa?” Gelengan kepalanya bagaikan mewakili rasa sesal yang bersarang dalam jiwa. Saya terus membisu tanpa sepatah kata. Dalam hati, saya
Image
  SANAH HELWAH MARYAM 'AFIFAH Sanah helwah anakanda ummi "Eeii ni kak long, kak ngah ke?" Soal anak dara kenit ummi dengan nada teruja saat kami membelek foto-foto lama. Saya mengangguk.  "Hihi tengok ni Khalil Solehah masa kecik..kelakar."Dia tertawa pula menatap gambar abang dan kakak di atasnya; kawan bermain, kawan bergaduh pun iya.  "Gambar Maryam tak ada pun.."Tambahnya dalam nada seakan merajuk , tertanya-tanya barangkali kenapa dirinya 'tidak wujud' dalam semua gambar-gambar yang dilihatnya. Baik gambar-gambar kenangan semasa di Irbid, Jordan, apatah lagi semasa kami 6 beranak merantau ke Wales dan Leicester, United Kingdom.  "Memang la Maryam tak ada..kan Maryam belum lahir lagi masa ni.."Pujuk kak ngah yang memang rapat dengan adik kecilnya ini.  "Maryam kat perut ummi lagi kan..."Dia pula menambah, memujuk diri sendiri. Comel! DI SINI BERMULA "Ya ALLAH, andai ada izin-MU untuk diri ini beroleh seorang lagi, p
Image
  KENANGAN “Tangan As ni memang tak boleh apply hand sanitizer la bang..mesti kering dan gatal..sikit pun tak boleh,” Adu saya pada suami. Suami memandang dengan pandangan simpati. “Mungkin ke kesan masa duduk kat Irbid dulu ye? As basuh pinggan guna air sejuk kan?” Suami membalas. Saya terdiam. PENGALAMAN HIDUP Mendengar kata-kata suami, ia mengingatkan saya kepada pengalaman hidup di bumi bersejarah Urdun, suatu masa dahulu. Selebihnya, hati gembira kerana terasa dihargai dengan bicara berisi memori bersama tersebut. Sebagai seorang suri rumah dengan dua cahayamata yang masih kecil ketika itu, rumah yang disewa oleh suami ( yang menyambung pelajarannya di peringkat MA) sudah cukup ‘mewah’ untuk kami berempat beranak huni. Alhamdulillah. Hanya sahaja ada sedikit kekurangan yang perlu disabari, antaranya tiada ‘central heating’ untuk memanaskan rumah ( kami hanya menggunakan portable heater yang dipanggil subah , disorong ke sini sana ) dan tiada pemanas air ( sakhanah ) di dapur. Tua

HARAPAN DARI PERPISAHAN

Image
"H, ni mama dah dapat hubungi ayah..cakap dengan ayah ye..." Saya yang duduk di sebelah hanya mendengar sambil tersenyum. Saya mengangumi kesungguhan pasangan ini meneladeni anak-anak walau mereka tidak lagi hidup sebumbung. Sambutan hari lahir anak-anak masih terus disambut bersama, hal persekolahan dan segala yang bersangkutpaut dengan anak-anak, mereka terus bergandingan melunasinya. Perceraian tidak menyebabkan mereka saling bermusuhan, sebaliknya setelah akad terlerai hubungan kawan menjadikan mereka sering berbincang tentang pendidikan dan keperluan anak-anak yang sedang membesar. "Abang...cakap dengan H ye..." Lunak panggilan itu pada pendengaran saya; tanda sikap hormat kepada ayah anak-anak masih terpelihara dan ditunjukkan di depan mereka. Sekadar hiasan : Anak-anak ummi Tiada pasangan yang mahukan perpisahan setelah cinta pernah menyatukan...namun ada masanya kehidupan ini memberi cabaran yang amat dahsyat dalam meniti alam rumahtangga hingga akhi

NASIHAT UMMI

Image
GAMBAR : Kek Pelangi Ummi Saya sering mengusik anak-anak dara saya tentang bab kahwin...sengaja 'mengenakan' mereka apabila malas malas untuk membantu ummi memasak di dapur. "Nanti kalau dah ada orang berkenan, ummi tak bagi lepas kalau tak pandai masak..." Saya membulatkan mata. Anak-anak solehah ummi ayah ni sekadar tersengih malu-malu.  "Ummi ni..." Paling tidak, itu jawapan mereka.  Selepas itu, panjanglah 'ceramah' ummi buat anak-anak tercinta ini ❤ PERKAHWINAN Ye, bebelan yang bukan saja-saja dilontar tetapi mau mengingatkan bahawa perkahwinan bukan sekadar untuk memiliki pasangan yang halal bagi memenuhi fitrah manusia, akan tetapi lebih dari itu ia merupakan satu tanggungjawab yang berintikan komitmen yang besar, baik di pihak suami mahupun di pihak isteri.   Untuk yang dikasihi Suami dengan tugas hakikinya mencari nafkah sementara isteri pula berperanan di rumah, dengan antaranya menyediakan masakan buat hidangan keluarga.  Sementelah, sifat