HATI YANG BERBICARA...



Menjadi seorang yang pendiam, iaitu tidak banyak berbicara dan bercakap bila perlu sahaja itu pada saya berganda lebih mudah berbanding menjadi seorang yang mampu men'diam'kan hati dari 'berkata-kata' dalam apa jua suasana dan ketika berhadapan siapa saja.

Persepsi negatif pada hati selalunya lebih mendahului bila memandang sesuatu kejadian, peristiwa atau manusia lain hingga sangat memungkinkan seseorang itu jatuh kepada buruk sangka yang jika diluahkan kepada seseorang yang lain pula, menyebabkan buruk sangka itu menjadi umpatan atau pembohongan atau fitnah yang amat dilarang dalam agama.

Persepsi seorang isteri kepada suami, suami terhadap isteri.

Ibu bapa kepada anak-anak, anak-anak terhadap ibu bapa.

Majikan terhadap pekerja, pekerja kepada majikan.

Da'ie kepada mad'u, mad'u terhadap dai'e.

Dan paling penting persepsi diri terhadap semua yang dilalui dalam hidup ini...semua ini sangat perlu dievaluasi! Menjadi individu yang persepsi positifnya lebih dulu mengambil tempat teratas lebih sukar dan mencabar.

Kerana itu, ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan Baginda Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam sangat menekankan aspek penyucian jiwa kepada manusia seandainya mereka benar-benar mahu menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa iaitu dengan sering memuhasabah dan meneliti diri, bercermin pada al Quran dan sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, sibuk memperbaiki amalan serta menjauhkan diri dari tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mengikut hawa nafsu, tidak memohon keampunan sedang diri berangan-angan dosanya diampunkan oleh TUHAN.

Tambahan lagi, Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam sendiri pernah menegaskan dalam satu hadis bahawa kunci kejayaan yang pertama adalah muhasabah; "Orang yang bijak ialah yang menghisab dirinya sendiri" , diikuti selepasnya tindakan pembaikan (action after evaluation ); "beramal untuk kehidupan selepas kematian."

Insafilah, semakin berat dan banyak waktu yang diperuntukkan oleh seseorang bagi melakukan muhasabah diri dan bertindak memperbaikinya di dunia ini, maka semakin ringan dan sebentar pula diharapkan tempoh hisab yang akan dilalui di akhirat nanti.

Kita tidak dibangkitkan membawa pekerjaan mulut, mata, telinga dan anggota orang lain, tetapi kita membawa beban amalan anggota sendiri.

Sendiri, sendiri....

Untuk itu, soallah hati yang berbicara...positifkan patah kata yang terbit padanya?

Muhasabah diri dan yang sudi 💖

 Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. 

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA