MENGENANGMU FATIMAH....


Siapalah aku berbanding dirimu....
Tumbuh membesar dari tangan manusia paling mulia....
Bondamu tidak meninggalkan harta,
tapi khazanah peribadi yang sentiasa disebut-sebut sang nabi, ayahandamu nan tercinta....
Kerana itu, dirimu dan bondamu...
tergolong antara empat srikandi pilihan Yang Maha Esa...

Siapalah aku berbanding dirimu....
Maharmu bukan dari wang berjuta....
Cukup nilaian sebatang perisai sebagai penyatu cinta....
Episod rumahtanggamu masyhur bahagia...
Bukan kerana harta, tapi kaya jiwa....
Kau meniup obor semangat perjuangan...
Merawat luka ayahanda dan suami di medan peperangan...


Siapalah aku berbanding dirimu...
Ketaatan tidak berbelah bahagi kepada suami,
kesungguhan mengurus rumah sebagai suri,
Mendidik generasimu menyintai ukhrawi...
melebihi dunia dan segala isinya...
Walau kerana semua itu..tubuhmu letih dan lesu....
tidak pernah mengganggumu mengabdi diri
kepada Yang Satu....

Sungguh...siapalah aku berbanding dirimu...
Fatimah bintu Rasulillah...
menyusuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya,
kau teguk kepahitan di dunia ini....
untuk kemanisan abadi di akhirat nanti....
Aku tahu, sungguh tidak mudah 'menjadimu'
Kau suri tauladan buat aku wanita biasa....
Buat menjejak makna 'solehah' sebelum jiwa ini menuju Rabbnya.

Namun di sisi lain...
tenggelam dalam ceritamu, menjadikan mataku basah
“Syurga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaukum kak.salam perkenalan dr sy.Nukilan yg menarik utk panduan hawa...menjadi inspirasi utk menjadi muslimah sejati...salam ukhwah...
waniez said…
insyaAllah,kasih syg Allah melebihi kemurkaanNya..
mohon diberi kekuatan menempuhi pahit maung, suka & duka hidup berumahtangga. sekadar cadangan, maybe akak blh ceritakan kisah2 insan2 yg plg hampir dgn Rasulullah esp wanita utk dijadikan inspirasi di sini :)
Hana Qarirah said…
Assalamu'alaikum kak ina...

Alhamdulillah, banyak tauladan yang boleh kita ambil daripada kisah puteri Rasulullah ini. Mungkin selepas ini k.ina boleh ceritakan mengenai kisah2 anak2 Rasulullah.

Btw, anak Rasullullah ada 7 orang kan?Adakah ketujuh2 anak Rasulullah adalah bersama Saidatina Khadijah?

Mohon penjelasan yea kak. Sebab sebelum ni saya pernah terbaca yang Rasulullah pernah ada seorang anak bersama isteri lain.

Salam ukhuwwah :)
Cimas Tc said…
Subhanallah..Sungguh Fatimah adalah contoh yang sangat baik untuk diikuti. Idola yang sangat saya kagumi..Walau sangat jauh bezanya, semoga Allah sudi kurniakan iman seteguh Fatimah yang mulia..Thanks kak, entry ni mengingatkan saya semula..
ummi muiz said…
mohon untuk share ya ukhti =)
rosfazila said…
salam ya ukhtie

Maasyaallah..Aisyah dan Asma sudah dinamakan anakanda2 puteri, mohon untuk Fatimah pula untuk berkat nama dan Roh perjuangan islam...amin;)
mamawana said…
Assalamualaikum

Salam singgah.
Assalammualaikum Puan,

Nama saya Puteri Shakira Jahn Kassim, dan pembaca setia ruangan Puan di dalam Majalah Solusi. Namun, baru sebentar tadi saya tergerak untuk membuka blog Puan. dan sejurusnya membaca profile Puan. Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan orang yang boleh saya rujuk untuk memenuhi impian saya.

Dipendekkan cerita, saya teringin sangat untuk jadi seperti Puan, walaupun saya mengaku, bakat saya jauh ketinggalan dari Puan.

Saya sedang menunggu peperiksaan viva-voce bagi ijazah Phd dari USM. InsyaAllah, bila selesai semuanya, ingin sekali menjadi blogger dan kolumnis majalah seperti Puan. Tambahan pula, suami amat suka jika saya jadi surirumah. Jadi secara tak lansung saya ingin mengambil inspirasi dan pengalaman dari Puan. Adalah menjadi harapan saya untuk menjadi surirumah dan penulis sepenuh masa macam Puan.

Saya ingin sangat tahu bagaimanakah Puan bermula sebagai penulis jika Puan tidak keberatan menerangkannya serba ringkas memandangkan saya faham kesibukan Puan. Saya kurang pasti bagaimana harus bermula, menjadi blogger atau menghantar rencana ke majalah dahulu? Amatlah besar hati saya jika mendapat jawapan kepada soalan saya ini.

Saya ada cuba menghantar rencana ke Solusi tapi mungkin tersalah emel kut. Mungkin Puan boleh menerangkan bagaimana saya boleh menyumbangkan buah fikiran saya ke majalah tersebut atau majalah-majalah lain.

Perhatian Puan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamu'alaik warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukru ila Allah. Sungguh bermakna akan makna terhadap penulisan di atas. Kerana apa, masing-masing mengharapkan akan nilai keteguhan iman seumpamanya Fatimah radiaAllahu 'anha, di mana ianya memerlukan pengorbanan, dan kesungguhan. Semoga kita semua dapat berusaha dengan penuh keazaman untuk mencontohinya, dan seterusnya untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kelak, insha Allahu Ta'ala. Wallahua'lam bissowab.
Unknown said…
Fatimah as penghulu wanita di dunia dan syurga.
Fatimah said…
kak , saya ada buat nukilan pasal fatimah r.a..nanti nak minta akak komen -)...

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA