Salam Ramadan 1443H/2022M




Satu cara untuk mengatasi insan lain yang menyakiti lagi membenci, ialah dengan memberi huluran maaf dan persahabatan sejati...Zikirkan namaNYA di sudut paling dalam pada nuranimu...biar ia menjulang tinggi, menggapai akal, merawat fikir.... agar mendekati rasional, menjauhi emosi...menebar wangi akhlak, membenam dendam dari hati yang jelak....

Dengan izinNYA, suatu masa nanti...insan itu akan sanggup berkorban bagimu atas sebuah senyuman yang terukir untuk dirinya hari ini...

Justeru, usah pernah menutup pintu hati andai pernah disakiti, kerana tidak semua yang datang mengetuk bermaksud melukai...

Sesungguhnya, kesedihan tak mungkin pernah berakhir, sementara kegembiraan tidak mungkin disembunyi...hanya sahaja, berlatihlah untuk bersabar pada yang pertama, dan bersyukur pada yang kedua...

Sekuntum senyuman dan sebuah kemaafan...jadikan ia 'harga' buat meraih kasih TUHAN <3

*ummuhusna99*

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA