Kukuhkan simpulan kasihmu...

 


Hidup berumahtangga memang ada pasang surutnya, baik kewangan, kesihatan, terlebih lagi soal hati; lantaran sifatnya yang berbolak balik berkadar pula dengan iman yang turun naik.


Cinta..ada masanya menggebu jelita, rindu ada masanya mewangi melata, rumahtangga ketika ini penuh gelak tawa.

Tapi tak dinafi, banyak juga fasa-fasa perselisihan dan bermasam muka...tiada persefahaman hingga masing-masing hanya bersama untuk menjalankan kewajipan terutama untuk kebaikan anak-anak yang dikasihi.

Normal lah tu.

Bukankah cinta juga ada 'demamnya'?

Namun, usah kerana cinta itu sedang sakit, dibiarkan sahaja panas membahang mendiam lama pada 'tubuh' rumahtangga, usahakan pemulihan untuk ia kebah semula...bimbang jika tidak dirawat, sakit lain akan menjengah pula 🙂

Kerana itu pada saya, bila timbul rasa benci atau apa-apa emosi negatif, segera buang ia dari hati. Jangan dicari-cari sebab untuk menambah 'sakit' di hati. Setiap yang buruk jika dibiar terpuruk, akan membusuk!

Lalu bagaimana cara untuk meminggir benci?

Terpulang kepada apa sahaja kaedah yang sesuai pada diri masing-masing dan pasangan. Mungkin ada yang berjauhan seketika biar rindu bertamu semula, mungkin ada yang pergi bercuti berdua untuk meluang lebih masa bersama untuk kembali cuba mengenali insan yang pernah bertakhta di jiwa...atau mungkin juga dengan menulis warkah cinta sambil menyelitkan foto-foto di hari bahagia..atau lain-lain.

Apa yang paling utama, teruslah meminta dari PEMILIK HATI agar cinta dalam rumahtangga terus dipelihara dalam naungan kasih-NYA. <3

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

ummuhusna99

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA