SALAM AIDILADHA


Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...
Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.

Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir...
Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah...
Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini.

Melangkah dengan ikhtiar yang mapan...
Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman..
Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan...
Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui...
Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran.

Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.

Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Fazlinil Irma said…
Salam wbt.

Salam Aidul Adha buat kak Ina sekeluarga. Kirim salam sayang buat anak-anak semua dengan lafaz assalamualaikum. :)
Selamat menyambut Aidil Adha...moga setiap pengorbanan Puan meluangkan sedikit masa demi perkongsian ilmu di blog ini mendapat ganjaran yg besar diri Allah..
Amoi Ida said…
Salam..terima kasih kak..

Salam Aidiladha buat kak Ina sekeluarga...

uhibbuk fillah.. :)

p/s:Kak, plz check email, hope to hear from u soon ^__^

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA