SINERGI 1,2 DAN 3 : Kekuatan Cinta Seorang Isteri

Saya meraup dua tangan ke wajah. Satu keluhan yang berat saya lepaskan. Mata terus terpaku ke skrin kaca di hadapan.

Hari ini buat kesekian kalinya saya menerima beberapa emel berkisar masalah rumahtangga. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa hiba dan sedikit terganggu dengan beberapa luahan dari pihak isteri. Baris demi baris saya baca dan amati sebaiknya.

Bukan seorang dua, malahan sebahagian besar emel yang diterima, sehinggakan ruang berbual di kotak sembang di blog saya juga mengenengahkan masalah yang hampir sama.

Kesemua mereka meminta pandangan bagaimana harus berhadapan dengan sikap suami yang tidak pandai memujuk, bermesra membelai, bahkan sebahagiannya panas baran, suka mengherdik, menengking dan memukul tubuh badan.

“Kasihan,” bisik saya.

Bagai turut merasai kepahitan dari luahan jiwa setiap seorang dari mereka. Bagai terbayang air mata yang tumpah saat mereka menghadapi hidup seharian.

“Ya ALLAH, bagaimana lagi dapat aku membantu ?” Bertalu sahutan dari dalam diri setiap kali saya menerima dan membaca perkongsian masalah dari para isteri di luar sana.

Mungkin ramai yang menyedari saya terlalu jarang mengenengahkan perbincangan tentang tanggungjawab suami dan hak-hak seorang isteri ke atas mereka .

Dari awal saya menulis dan menyentuh aspek hubungan kekeluargaan, terutama pendirian saya berkait hubungan suami isteri, saya pasti lebih cenderung untuk membicarakan tindak tanduk isteri; apakah peranan yang perlu para isteri laksanakan untuk mencipta ketenangan dalam rumahtangga, juga perbincangan hak-hak seorang suami yang wajib dipenuhi sebagai satu bentuk ketaatan para isteri kepada suruhan ILAHI.

Mengapa harus isteri sahaja di’kenakan’ sepanjang masa? Tidakkah saya merasa belas? Adakah saya tidak memahami?

Ada beberapa sebab untuk saya menjawab persoalan itu.


PERTAMA : PERINGATAN DARI NABI

Satu perkara yang saya semat sebaik sahaja berumahtangga ialah untuk menjadikan pelaksanaan hak dan tanggungjawab yang baru digalas ini kepada sesuatu kebiasaan hidup, ia perlu ‘meniti satu jambatan’ yang panjang yang terbina dari kombinasi dan gabungan antara unsur keperibadian dan bentuk lingkungan yang bertahun. Kedua-duanya telah begitu lama bersebati di dalam diri setiap individu baik wanita mahu pun lelaki selama 20 atau 25 atau 28 atau mungkin juga mencecah 30 tahun lebih usia.

Justeru itu, untuk mencipta keserasian dan persefahaman antara pasangan suami isteri, ia memerlukan waktu dan kesabaran yang jitu untuk saling memberi, menerima dan mengingatkan jika terlupa dengan apa sahaja cara yang dapat diterima masing-masing. Ia perlu dipupuk dan disemai, kerana mengabaikannya boleh mengakibatkan hubungan sedia ada tergugat dan terlerai.

Sungguhpun begitu, sebagai seorang isteri, usai akad ijab dan qabul yang dilafazkan oleh suami, telah menaikkan saya ke satu lagi ‘anak tangga’ peranan selaku hamba-NYA di muka bumi ini, dengan menggalas tanggungjawab dan kewajipan sekaligus meletakkan suami sebagai pemilik penuh ke atas diri saya seluruhnya.

Bagaimana dapat saya melupakan peringatan dari junjungan mulia yang dinukilkan lewat riwayat seorang sahabat bernama Husain bin Muhsin. Suatu ketika beliau menyatakan bahawa ibu saudaranya pernah bercerita kepadanya.


أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَيُّ هَذِهِ,
أَذَاتُ بَعْلٍ؟ قُلْتُ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتَ مِنْهُ؟ قَالَتْ: مَاآلُوْهُ
إِلاَّ مَا عَجِزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِي أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ فَإِنَّمَا
هُوَ جَنَتُكِ وَ نَارُكِ

Maksudnya : “Aku pernah mendatangi Rasulullah SAW, kemudian beliau bertanya, “Wahai perempuan, apakah engkau punya suami?” Aku menjawab, “‘ya.” Baginda kemudian bertanya, “Bagaimana perlakuanmu terhadapnya?” Aku menjawab, “Aku tidak lalai dalam melayani dan mentaatinya selama mana aku mampu.” Baginda kemudian bersabda, “Perhatikanlah bagaimana perlakuanmu terhadapnya, kerana sesungguhnya dia adalah syurga dan nerakamu.” ( Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i )

Hadis ini merupakan sebuah lagi nasihat yang paling baik buat saya dan para suri di luar sana untuk melihat ke dalam diri dan mendahulukan penilaian yang adil berpandukan akal yang waras dan iman yang lebih mendepani berbanding emosi. Memang tidak mudah menjadi isteri yang baik, berbudi luhur serta reda dengan apa sahaja yang berlaku.

Namun, andai ingin menagih pengertian suami tetapi enggan memuhasabah kesilapan diri sendiri terlebih dahulu, maka dibimbangi masalah yang ada tidak akan berkurang, malahan mungkin bertambah dan bercambah kepada konflik yang baru pula.

Bukan saya tidak mahu memahami kesayuan hati isteri berhadapan sikap dingin suami, bukan juga tidak mengerti keresahan dan remuk rendam jiwa isteri menghadapi kemarahan suami dan kata-katanya yang menyakitkan hati, akan tetapi tumpuan saya agar isteri memuhasabah diri adalah demi kebaikan dan mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa ‘mengkufuri’ kebaikan suami.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada ALLAH?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Bukhari )

Kerana itu, sebelum seorang isteri mengungkit kesalahan suami dan ketidakpuasan hati mereka terhadap layanan yang diterima, sebaiknya penelitian isteri terhadap latarbelakang hidup, corak asuhan, persekitaran yang mendominasi sejak kecil dan seumpamanya tentang suami sebelum berkahwin telah mereka maklumi dan fahami sebaiknya.

Ini penting sebagai satu panduan kepada isteri dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap masalah rumahtangganya sama ada dengan menyelesaikannya sendiri secara bijaksana atau meminta bantuan pihak ketiga yang berwibawa dan diyakini keadilannya ( kaunselor rumahtangga dan pihak berkuasa ) terutama bagi kes-kes yang melibatkan keganasan, pukulan dan seumpamanya.


KEDUA : UBAH DIRI SENDIRI

Seawal mula seorang lelaki dan wanita bergelar suami isteri,mereka sebenarnya sedang menabung tabungan kasih dan cinta sesama mereka. Namun begitu, tabungan kasih ini akan menyusut seiring berlakunya pergolakan rumahtangga.

Kebiasaan yang belaku, bila berkurangnya kasih, akan berkurang juga semangat untuk melaksanakan kewajipan yang ada. Usaha dan peluang untuk menyuburkan kembali kemesraan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Di pihak suami, lazimnya, ego seorang lelaki menahan mereka dari memulakan langkah pertama untuk berdamai; sedang di pihak isteri, selalu menjustifikasikan bahawa pasangan mereka yang harus lebih dulu memujuk dan membelai. Keadaan ini yang menghalang pasangan suami isteri untuk saling berkompromi sehingga masing-masing menjadi tidak peduli.

Baik suami mahu pun isteri mula membawa haluan sendiri. Masing-masing menunggu dan berharap pasangan akan datang meminta maaf. Menurut kajian pakar, seorang lelaki sukar untuk mengajukan permohonan maaf kerana mereka sangat benci dilihat sebagai seorang yang silap. Bagi mereka, meminta maaf bermakna mengakui kesalahan sendiri, sekaligus menunjukkan mereka sebagai orang yang gagal dan tidak berprestasi.

Sementara di pihak wanita, mereka meninggalkan perhubungan bersama lelaki yang dicintai bukan kerana tidak gembira dengan unsur material yang disediakan, sebaliknya kerana keperluan emosi mereka tidak dipenuhi sebaiknya. Inilah perspektif dan reaksi yang salah yang sering ditempuh oleh banyak pasangan dalam menangani kemelut dalam perhubungan mereka.

Lantaran itu, saya berusaha di dalam penulisan ini untuk mengajak para isteri memulakan ikhtiar pertama dengan melakukan perubahan pada diri sendiri baik fizikal, mental dan spiritual, demi menjaga keutuhan perkahwinan mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah :

1. Mempertingkatkan amal soleh dalam rangka untuk menambah iman, taqwa dan keikhlasan kepada ALLAH SWT. Ini dapat diimplimentasikan dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan-NYA. Rasa bahagia dan tenang akan berlaku seiring dengan tingkatan keyakinan seseorang kepada TUHAN Yang Maha Esa.

Tidak akan ada kesabaran melaksanakan semua itu kecuali dengan mengetahui kebesaran-NYA. Oleh itu, semakin akrab dan kenal kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa, maka semua masalah yang berat menjadi ringan, yang sukar akan bertambah mudah untuk menanganinya.

2. Menambah ilmu tentang perbezaan lelaki dan wanita sama ada dari sudut biologi, psikologi dan kecenderungan masing-masing. Buku-buku yang membicarakan tentang ini terlalu banyak di pasaran, tinggal lagi mahu atau tidak sahaja membaca dan menghadamkannya.

Alasan sudah lama berkahwin tidak wajar membantutkan usaha untuk memperbaiki hubungan sedia ada kerana tiada istilah terlewat dalam melakukan apa-apa kebaikan. Kefahaman terhadap perbezaan ini banyak membantu isteri untuk lebih mengerti dan memahami seorang suami.

2. Mengetahui punca ketidakselesaan suami yang boleh menimbulkan kemarahannya, sama ada dengan bertanya atau meneliti tindak balas suami serta berusaha menutup apa sahaja jalan yang boleh membawa kepada kemarahannya itu. Sebagai contoh, jika suami tidak gemar isteri memakai t-shirt dan berkain batik di rumah, maka isteri perlu berusaha untuk tidak memakai pakaian tersebut di hadapan suami atau sewaktu keberadaannya. Ia tidak sukar, tetapi ia juga tidak mudah untuk dilakukan jika kemahuan dan keselesaan sendiri mengatasi kecenderungan untuk menakluki hati suami.

Saya meyakini, seorang isteri tidak akan mampu mengubah seorang suami menjadi sebagaimana yang diingini, tetapi seorang isteri mampu mengubah diri sendiri untuk mendapatkan apa yang diimpi.

Percayalah !


KETIGA : MANFAAT EMOSI

Sebagai seorang isteri dan wanita yang dibekalkan oleh ILAHI dengan kelebihan dari sudut emosi, kelebihan yang ada ini boleh dimanfaatkan untuk menguasai suasana rumahtangga. Jangan hanya memanipulasi emosi dengan merajuk, cemburu dan bermasam muka, sebaliknya gunakan ia sebagai ‘senjata’ untuk memenangi hati suami tercinta.

Saya suka untuk berkongsi beberapa usaha berkait emosi yang pernah, sedang dan masih saya lakukan untuk meraih kedamaian rumahtangga. Tiada lain yang saya harapkan melainkan reda dan keberkatan dari ALLAH ar Rahman. Antaranya :

1. Ketika suami dikuasai marah adalah penting untuk seorang isteri mendiamkan diri dan tetap bertenang. Pertelingkahan hanya akan menjadi panjang bila masing-masing berbalas hujah dan menegakkan pendirian. Akan tetapi, jika isteri mendiamkan diri, ribut kemarahan yang melanda suami akan segera berlalu pergi. Api yang marak tidak akan padam jika disimbah dengan minyak, bahkan nyalaannya akan semakin marak, menular dan membakar apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Hanya air yang dingin sahaja mampu mengalahkan api yang menjulang tinggi.

2. Setelah kemarahan suami reda, jika mampu berdepan dan menjelaskan kebenaran, lakukanlah dengan tutur yang lembut dan sopan. Namun, jika sukar dan bimbang tangisan lebih menguasai perbincangan, manfaatkan teknologi semasa yang ada untuk berkomunikasi dan menyatakan pendirian. Saya juga sering melakukan ini bila berlaku salah faham di antara saya dan suami dan ia banyak membantu mengembalikan semula keceriaan dalam perhubungan kami.

3. Walau siapa pun suami yang ada di hadapan mata, dia masih memerlukan belaian dan layanan mesra seorang isteri. Justeru itu, gunakan luang waktu yang ada untuk melayan dan membelai suami sebaiknya. Jangan menjadikan anak-anak dan kesibukan rutin seharian sebagai alasan.

Tidak perlu menunggu masa, hari dan sambutan tertentu atau khusus sahaja untuk melayan suami. Tidak perlu juga meluahkan bahasa cinta yang berbunga-bunga untuk menjayakannya. Cukup sekadar dengan perlakuan yang lembut dan mesra di waktu senggang, contohnya, selepas solat berjamaah bersama. Sambil bibir membaca wirid dan zikir, tarikan jari jemari di badannya. Urutan yang bersahaja mampu memberikan kelegaan kepada fizikal dan mental suami setelah penat mencari rezeki.

4. Sekali sekala, luangkan sedikit masa untuk melakar luahan cinta dan kasih kepada suami walau hanya di atas lembaran putih. Saya melakukan ini, sebagai satu kejutan, berisi kata-kata penghargaan, terima kasih, harapan dan impian seorang isteri terhadap suami tercinta. Saya menyediakan sebuah buku khusus untuk itu. Ia bukan sekadar untuk menggembirakan emosi dan perasaan suami, malahan ketika hati dirundung hiba dan kecil hati terhadapnya, tulisan itu sedikit sebanyak dapat memujuk diri.

5. Bermunajatlah kepada ALLAH SWT dengan ikhlas dan pasrah pada sepanjang masa, terutama ketika dilanda masalah dalam rumahtangga. Ingatlah sentiasa, kebencian yang meluap, kemarahan yang memuncak tidak lebih hanya merupakan manifestasi kejayaan syaitan dan tipudayanya untuk menghancurkan binaan ‘sebuah masjid’. Oleh itu, padamkan kebencian dan kemarahan itu dengan tangisan pengaduan dan keinsafan seorang hamba kepada Khaliqnya.

Yakinilah dengan hati bersuluh iman bahawa tindakan dan usaha-usaha di atas bukan sekadar untuk meraih kasih suami dan perhatiannya, bahkan dengan izin dan rahmat dari ALLAH SWT, ia juga mampu menangkis dan menghalang seorang suami dari melakukan sesuatu berupa pengabaian terhadap kewajipannya kepada isteri dan rumahtangga.

Kepercayaan dan keyakinan ini perlu ada di dalam diri para isteri kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak boleh dihitung dengan jumlah dan angka kerana ia melibatkan unsur keberkatan dari Yang Maha Esa.

SINERGI 1, 2 DAN 3 : KEKUATAN CINTA SEORANG ISTERI

Saya tidak berdaya membalas kesemua emel yang diterima. Justeru, saya mengharapkan sedikit pandangan dan cetusan idea dari penulisan ini mampu membuka jalan buat para isteri terutamanya untuk mengembalikan keceriaan pada mahligai kasih mereka bersama suami yang dikasihi.


Sedarilah, cinta yang murni sifatnya selalu memberi. Ia tidak sesekali melemahkan, sebaliknya menyalurkan kekuatan.

Kasih yang suci, bersumberkan panduan ILAHI tidak pernah memendam benci kerana kesucian kasih dan cinta umpama baja yang menyuburkan taman kehidupan, manakala kebencian adalah racun yang membawa kemusnahan.

Ingin saya jelaskan bahawa saya sama sekali tidak menafikan kewajipan para suami dan pelaksanaan hak-hak isteri yang wajib ke atas mereka kerana penegasan tentang itu telah banyak disebut oleh Rasul yang mulia, juga amaran siksa dan azab yang menanti bagi suami yang mengabaikan anak isteri.

Cuma, di dalam kebanyakan penulisan saya di blog ini, saya lebih cenderung untuk menonjolkan peranan dan kewajipan seorang isteri atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.

Justeru, buat para isteri yang membaca, berusahalah memahami dan meyakini seruan Rasulullah SAW yang dikasihi bersama tekad dan azam untuk melakukan perubahan diri berbekal kekuatan emosi anugerah ILAHI.

Sesungguhnya pada saya, sinergi pertama, kedua dan ketiga perkara ini, merupakan kekuatan cinta seorang isteri.

Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberkati semua usaha dan ikhtiar kita, ameen.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

dja_bade said…
terima kasih ustazah.. entry bagai air dingin menyiram keluar keletihan. mahu baca tiap hari. siapalah seorang wanita jika tanpa suami..
ya ukhti solehah, pengisisan yang sangat-sangat bermanfaat utk saya.. moga membantu juga isteri yang luruh hati dengan ujian suami dan rumahtangga..
GIMBooL said…
sebagai pompuan mmg best...
Anonymous said…
syukran kak ina,panduan dan ilmu berguna dlm melayari bahtera rumahtangga,moga-moga diri ini bisa melakukan yg terbaik utk meraih title isteri solehah dialam rumahtngga kelak.memberi dan terus memberi krn sy akan mencari dan terus mencari utk kebaikan bersama.
Makbonda61 said…
الحمد لله
Artikal yang sangat memberi munafaat kepada semua orang.

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni).
Ummimusa said…
Salam Kak Ina,
Afwan kerana lama menyepi. Tapi kak ina, walaupun this will sound like a general statement, but...culturally women are often blamed for problems in the family and spousal relationship. There are also more women magazines out there than magazines for men (I'm trying to say that women read more.)

People say that women complain more than men, are more emotional, irrational than men, but I look at it as women trying to LOOK FOR SOLUTIONS, besides letting off some steam.

Yes, women need to improve, but so do men. But hoards and hoards of reading materials either electronic or printed, TV programs, talks, forums, are aimed at women, as if men don't need to improve themselves...

As if women are evil incarnate(s) while men are perfect human beings who do not need to learn to become husbands and fathers.....

While in fact Rasulullah was a man. A father, and a husband to more than one wife...Yet society will culturally blame women more than men...
just me said…
dulu sy rasa jengkel bila asyik2 isteri aje disuruh bersabar, redha, disuruh memahami suami sedangkan jarang ada nasihat nak suruh suami bersabar, suami memahami isteri. So kesudahannya sy asik x berpuas hati, masalah kami suami isteri x penah selesai...dlm kepala sy asik fikir nak bercerai or nak suruh suami kawin lain.

Tapi alhamdulilah disudut hati sy masih ada perasaan nak memperbaiki rumahtangga, sy bykkan baca2 ilmu rumahtangga, selain blog kak ina ni, sy baca juga saiful islam.

Ye, mmg byk nasihat rata2 suruh bini sabar, redha dan usaha sedaya upaya utk menjaga rumahtangga. Sebabnya allah s.w.t dah mencipta kita kaum hawa mmg mempunyai kekuatan utk melakukannya. Kita boleh bersabar mengandung 9 bulan, melahirkan anak walaupun sakitnya tuhan saja yg tau.

So kebelakangan ni sy praktikkan antara perkara2 yg kak ina sebutkan kat atas, alhamdulilah, things get better between me & my husband. kalau pon ada benda yg masih menyakitkan hati but i keep telling myself just redha, sy x rasa sakit hati pon. Sy rasa relax aje walaupun hal yg sama dulunya boleh buat sy fikir nak lari dr rumah.

Mmg bukan mudah nak jadi isteri solehan, mencabar emosi sebenarnya tapi sy percaya itulah jalannya nak rumahtangga yg bahagia dunia akhirat.

Dan lagi satu, betul kata kak ina...ubah diri kita sebelum nak suami berubah. Jaga ibadah kita dan byk2 berdoa...allah maha mendengar.
Naz Mohamed said…
Salam,

Setelah melakukan semua yg disarankan oleh ustazah, berdoalah & berserahlah kpd Allah agar suami berubah. Akhirnya bersabarlah sebagaimana sabarnya Asiah isteri firaun, sdngkan suami kita tidaklah sejahat firaun. Terimalah dirinya seadanya.
suri solehah said…
salam entri yang sangat2 diperlukan untukk insan yang kurang sabarnya seperti saya..kenapa sukar untuk menjadi surisolehah????.terima kasih untuk kak ina.....perhiasan paling indah ialah wanita solehah....
sufi said…
sy sebenarnya kasihan akan penderitaan kaum isteri.. kesal akan sy terhadap kaum suami yg kurang perihatin pd perasaan dan naluri wanita.. syurga yg di impikan kadang2 menjadi racun dihati.. ramai para isteri yg senantiasa bsabar dgn segala kerenah ,keegoan dan kurang peka.. semata2 mgharapkan keredhoan dan syurga allah.. namum beban dan tangungan dari kesabaran itu jua tampa disedari jua telah membuatkan diri akan terjerumus ke dlm kancah api neraka.. kerana hati wanita itu terlalu nipis dan lembut.. bila mana kesabaran dan pergorbanan yg dilakukan tidak di beri perhatian dan penghargaan sewajarnya oleh suami yg tidak dpt bfikir dan hidayah.. maka timbullah kekesalan dan merasakan segala2nya hanya sia2.. bukanlah salah mereka kaum isteri untuk memberontak tetapi mereka jua ada hak sebagai isteri, wanita dan insan.. kapada kaum suami hargailah isteri dan cari lah bersama2 keredaan Allah.
Unknown said…
salam Ina dan semua peminat blog Ummuhusna.

Apa yang Ina tulis banyak benarnya dan buat para isteri yang punya suami bersikap bukan seperti yang diimpikan, bersabarlah. Praktikkan Sinergi yang disarankan secepat mungkin. Keikhlasan hati kerana Allah amat penting dalam mempratikkannya.

Melazimkan amalan sunat seperti solat Dhuha, solat malam, zikir pagi dan petang,banyak memberi kekuatan untuk terus bersabar dan beristiqamah dengan amalan kita.

Saya menulis sebagai seorang isteri yang memang sudah kecundang dalam rumahtangga, tapi saya sangat bersyukur kerana Allah telah membukakan hati ini rentetan masalah rumahtangga saya.Alhamdulillah. Moga Allah Memberi hidayah untuk saya dan juga suami untuk bangunkan kembali rumah yang hampir ranap..

Apabila penyerahan yang bulat kepada Allah selepas betul-betul berusaha, perasaan akan menjadi tenang biar berbagai masalah yang timbul. Cuma satu yang dirisaukan, bagaimanakah penerimaan Allah dengan dosa yang lalu...apakah diri ini boleh terkeluar dari golongan wanita yang disebutkan dalam hadis Rasulullah s.aw. Ya Allah Ampunilah dosaku dan juga dosa para-para isteri muslimah seluruhnya...

Saya pernah terbaca corentan seorang penulis yang lebih kurang gini maksudnya "Bila berrumahtangga niatkan dihati untuk memberi kepada pasangan bukan hanya menerima. Fokuskan apa yang boleh diberi kepada pasangan kita bukan apa yang kita hendak dari pasangan kita. Sebab apabila fokus kita hendak menerima dan kita gagal mendapat, disanalah bermulanya masalah. Tetapi apabila kita fokus untuk memberi yang terbaik kepada pasangan, disanalah rahmat Allah. Wallahua'lam.

Saya kagum dan cemburu dengan isteri-isteri muda yang solehah. Tapi tak mengapa, saya belum terlambat untuk meraih cintaNya....
Unknown said…
Saya suka berkongsi website: Mufti Ismail Menk yang mana kita boleh download banyak ceramah (English) tapi sangat jelas dan mudah difaham. Ada 3 ceramah mengenai marriage (part 1 - part 3). Pada sesiapa yang belum pernah dengar dan berminat bolehlah ke link http://muftimenk.com/ cari page download untuk
"Tafseer - Ramadaan 1430 (2009,
Mitchells Plain, Cape Town", di sana ada berbagai ceramah yang sangat bermanfaat. 3 ceramah mengenai perkahwinan yang patut kita dengar.Cubalah.
aswad said…
alangkah bagusnya jika isteri aku pandai bercinta seperti anda. saya terpaksa mencari cinta halal kedua kerana isteri tidak reti walaupun sudah 3 tahun sy cuba beri peluang.
MR : Sememangnya saya tidak tahu apa yang berlaku antara saudara dan isteri pertama sehingga saudara menyatakan :

"alangkah bagusnya jika isteri aku pandai bercinta seperti anda. saya terpaksa mencari cinta halal kedua kerana isteri tidak reti walaupun sudah 3 tahun sy cuba beri peluang."

Pada saya, alasan isteri saudara tidak pandai bercinta sehingga terpaksa mencari yang kedua tidak wajar dijadikan punca dan sebab.

Apapun, berilah peluang kepadanya untuk belajar dengan saudara sebagai suami menunjukcara. Boleh juga belikan buku-buku yang berkaitan untuk itu. Walau bagaimanapun isteri pertama saudara itu, tentu ada sisi kebaikan yang telah dilakukannya walau hanya mencuci kain baju. Hargailah ia.

Semoga saudara suami isteri bertemu bahagia, ameen.
Unknown said…
mawarberduri
MR:saya teruja pada lelaki yg mencari cinta halal kali kedua,inginku kongsi satu cerita pada semua ini adalah pengalaman realitiku.selepas SPM adik iparku tlh bkhwin dgn bapa angktnya yg pda ketika itu adlh cikgu ekonominya.bapa angktnya selalu bcrita ttg maslh rumhtangganya pda adik iparku ktika skolh(LOM khwin lagi)bpa angktnya pda ktika itu brumur awl 40an sdgkn dia bru blsn tahun.stiap kli masa tluang BA" mya selalu mluahkn luluh hatinya dok sikap isteri yg x tau tggungjwb mguruskn umahtngganya yg pd ktika itu itu mreka tlhpn mempunyai 4 org anak.Sbg pendengar setia akhirnya si bpa angkat tua ni tlh tpaut hati dok ada mdgr cerita &mslhnye itu.Sbg cikgu di jemputnyalh bberpa org murid dtg umah tmasuklh adik iprku kononnya nk buktikn pd adik iprkulh yg umh tganya tungnglangang mcm kpl pech.Mlh adik iprku pnh bkata yg bini suaminya tu pmalas singki blendir umah bsepah.Dh jodoh mreka ckgu tua gatal tu ceraikn bininya dn kwin dgn adik iparku dan perkhwinan mreka seolh2 x drestui msyrkt shgakn snak saudra perli bgai bapa dgn anak,shinggalh si tua tu pindh sekolah kerna x thn dgn umpt keji msyrkt dn kakitgn sekolh.Nak mcri bini smpurna n bergetah padan mukanya umah adik iprku jgnkn singki nk lalu kt ruang tamu kena bjinjing kaki pkaian berhambur ,ruma bau busuk singki bukn saja berlendir tp bkulat.Bukan itu je dok burukkn sgt bini ptama kot tuhn nak tunjuk...bila kmi blik kg cikgu tua tu leh juga d tgu masak blik dr skolah,bini dok lembik nk angkt pingganpn x larat.klau nk g umahnye nk makan masyallah geli tekak x tgok lg bilik kelamin mereka mcm reban ayam..x tau nk cakap pengotornye.Bukan aku nk memburukkan tetapi itulah lelaki bila dah nafsu di kuasai sytan bini ptama tulh yg buruk dan hina.Skarang bila mreka dok kga mtuaku crita kburukn istri ptama aku jd benci nak jek aku baling muka mreka dgn tahi anak mreka yg pgotor tu x sdr.aku kesian sgt dgn nasib bini ptama yg mjadi lumut dan bahan umpat nista bini ke dua dan suami x tau di untung.kepada isteri halal kedua dan suami yg tak tau di untung tu ingatlah hari ini kamu ketawa tgelak2 suatu hari kourang akan rasa sakit spti mana org yg kau org buat tu.Allah itu maha adil dan maha mengatahui apa yg akan terjadi pada masa depan kamu.beringatlah belum tentu org kedua itu lebih sempurna dan mnjalnkn tgungjwb spt yg kamu hrpkn.......bila kamu merasa pedih di hati ingat akan dosa yg tlah kamu lakukan.doa org terinaya itu x sempadan dengan allah swt.
cilipadi said…
Apa agaknya makna perkataan cinta?Macam-macam tafsiran yang berlainan.Ada 5 bahasa cinta...Mr kena telaah.Mungkin bahasa cinta berbeza...words versus khidmat(service).Mr maybe nak bahasa yang berbunga2 versus kain-baju yang siap bergosok/makanan yang lazat n mengenyangkan.Takda bahasa yang berbunga...ditafsir sebagai not loved/tak bercinta.Wallahualam...Moga mendapat macam-macam cinta yang bersesuaian sentiasa...masa muda,masa tua,masa sakit,etc.
Mrs Honeybee said…
Salam,

Perhaps culturally society does blame woman more for the breakdown of their marriage. Why? Because we women hold more power over our marital relationships than we thought.

We can either break our husbands down or build him up with our words, actions, and attitude.

We can blame our husbands for our unhappiness and seek to change him-or look to ourselves first and seek to develop our selves with the help of Allah. There is a reason he became our husbands. Our husbands- flaws and all-are here to develop and heal parts of ourselves that have remained hidden such as our nafs for example, or pride, or selfishness...I am writing here from my own humble experience.

Allah made us as garments for each other, to protect each other, comfort, and give pleasure. However it is not our place to question our husbands' contribution in this. It is our responsibility to carry our roles as wives. If we are sincere, humble, and seek to make our husbands' lives happier and smoother through our good and gentle examples our husband's heart will melt at the sight of his pious wife. Insha Allah.

Again I have to say is not our place to 'improve' our 'flawed' husbands. Allah will see to that. Instead feed him with the 3 A's; Acceptance Admiration, and Appreciation.

I cannot recommend enough the book 'Fascinating Womanhood' by Helen Andelin. Masha'Allah a very insightful and practical book about understanding men and our feminine roles in marriage.

Wassalam
Maryam said…
As salam dan terimakasih di atas peringatan dan kata nasihat..Memang di kala ini hati saya meruntun hiba di atas perlakuan suami pada anak saya @ anak tiri suami, tp betapa Allah ingin menguji saya untuk lebih dekat padaNya walau pedih menusuk kalbu dn laju airmata bak air terjunan..Memamg saya sedang di uji..Mohon doa dr teman-teman ku di sini agar kita sema akan lebih dirahmati dgn ujian2 yg menimpa diri. Amin
ummi said…
terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat.syukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan suami yg baik.cuma perlu perbaiki diri agar rumahtangga yg dibina terus kukuh dan dikalungi cinta yg subur & mewangi...
Unknown said…
Terimakasih di atas nukilan di atas. saya punya kisah sendiri yg tidak tentu kesudahannya lagi. kami telah berkahwin sejak februari 2007. kami dikurniakan 2 cahayamata. yg pertama 3 tahun, yg kedua 2 tahun, dua2 perempuan. kami tinggal berjauhan sejak kahwin kerana slps graduate, saya terpaksa berkerja dgn syarikat yg menaja pengajian saya dulu.saya di KL,suami di negeri pantai timur.dia businessman.jadi, tidak sukar untuk dia ke KL ketika emergency (itu pandangan kami semasa berbincang isu tinggal berjauhan).saya sgt taat setia kepadanya.saya rela berulangalik setiap hujungminggu untuk menunaikan tanggungjawab seorg isteri.semuanya indah diawal perkahwinan.tp lama kelamaan dia spt mahu menakluk saya seorg.kewangan saya diatur olehnya.belanja rumah saya yg dahulukan.kredit kad saya sering mencecah maksimum limit kerana brg keperluan rumah sy dahulukan dulu. saya dipengaruhi utk tidak rapat dgn keluarga saya sendiri,krn takut segala kesengsaraan diketahui keluarga,terutama abg sulung saya yg terlalu ambilberat ttg saya.sblm berkahwin,abg sulung saya tidak yakin akan pilihan saya kerana saya hanya mengenalinya hanya 6bulan.abg sulung saya tidak senang dgn tingkah lakunya.byk bercakap,byk tidur,byk makan.kerjanya tidak tentu,sekejap ada,sekejap tiada.segala hartanya tidak diberitahu pada saya.byk rahsia.abg dan kakaknya semua tidak tahu bagaimana dia blh mnjadi kaya.dia yatimpiatu.jd,hanya makcik dia tempat saya mengadu setiapkali dia panasbaran terhadap saya.saya redha utk tidak berpantang diumah mak saya slps melahirkan anak pertama dan kedua,hanya kerana ingin taatsetia padanya.padahal di rumah arwah ibubapa nya tiada sesiapa,kecuali keluarga abgnya yg punya isteri dan 5 org anak.saya byk bersabar dan redha walau tinggal sendirian di KL bersama 2 org anak dan pengasuh thailand yg sgt kaku.akhir tahun lepas,saya mengandung,anak kedua baru berusia 1 tahun.kandungan ketiga sgt mencabar,saya alahan teruk,saya menyambung pengajian "master" di universiti di shahalam di hujung minggu,berkerja,menyusu anak sepenuh masa,manjaga anak 2 org dan kandungan ketiga seorg diri,keluarga saya mula menyisihkan saya,dan suami pula spt tidak peduli alahan saya yg teruk.kemudian...

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA