MY HANDPRINTS..


“Ummi..tengok ni..Khalil buat car..” Khalil berkata. Nyaring suaranya. Sengaja dikuatkan, untuk menarik perhatian saya.

“Wah! Cantiknya…good boy Khalil,” saya memuji. Tersenyum melihat keasyikan jemari kecilnya membentuk kereta dari mainan lego. Sambil memasak saya melihat Khalil bermain menyusun bongkah-bongkah kecil berwarna-warni di atas meja. Kemas dan ada seni.

Siap ‘sebiji’ kereta, dia membentuk rumah pula. Ada kalanya, terdengar dia ketawa bila susunan ‘rumahnya’ tidak sempurna. Senget dan hampir jatuh.

“Ala…jatuh…” saya bersuara lemah. Sengaja saya merendahkan suara untuk menunjukkan simpati kepadanya.

It’s ok..try again...try again, Ummi” balas Khalil. Bersemangat dan tidak kecewa. Terdiam saya mendengar kata-katanya.

Sambil tersenyum manis dia menyusun semula. Entah mengapa, hati saya diruntun sayu bercampur gembira.

EMPAT TAHUN DULU
It’s a boy!” kata Dr.Khamsiah, sedikit menjerit nada suaranya. Saya dan suami mendengar dengan senyum lebar dan ucapan tahmid ke hadrat Yang Esa. Mungkin memahami keinginan dan impian kami, dia kelihatan begitu gembira saat mengkhabarkan jantina anak yang bakal lahir ini.

Setelah beroleh dua puteri, keinginan untuk menimang seorang anak lelaki pada kandungan kali ini tidak dapat kami nafi. Namun, doa yang tulus kami panjatkan ke hadrat Ilahi. Hakikatnya, segala urusan tetap diserahkan kepada-Nya. Walau pun jika ditakdirkan anak yang bakal lahir itu tetap seorang perempuan, kami berharap agar dia dianugerahi kesihatan yang baik dan sempurna. Membesar sebagai manusia yang berguna dan bermanfaat kepada agama.

Selepas melahirkan hingga usianya dua tahun,Khalil tidak terlalu meragam dan mudah diurus. Hanya satu perkara sahaja yang merisaukan saya. Dia lambat bercakap dan kelihatan kurang faham dengan arahan yang diberikan kepadanya. Demikian juga bila dia mahukan sesuatu. Bahasanya sukar dimengerti. Keadaan ini menyulitkan saya dan keluarga memenuhi kemahuannya. Namun, saya tetap berusaha, berdoa dan mengharapkan keadaan itu akan berubah dari semasa ke semasa.

Syukur, Alhamdulillah. Perkembangan percakapan Khalil lebih memberansangkan selepas usianya menginjak angka tiga. Dengan bantuan suami yang mengajar Khalil membaca ‘Iqra’ serta perbualan dalam Bahasa Inggeris bersama Kak Long dan Kak Ngah, Khalil mulai berbicara dengan bahasa yang mampu saya telah.

BERSEKOLAH
Sudah rezekinya, Khalil memulakan alam persekolahan di negara orang. Bermula September lalu, dia memulakan sesi pra-persekolahan yang dipanggil ‘Foundation One’. Walaupun pada awalnya, Khalil kerap menangis sebaik ditinggalkan di sekolah, namun dia tidak pernah membentak dan memberontak sebelum meninggalkan rumah. Hanya riak wajahnya sahaja kelihatan muram, menunjukkan rasa tidak seronok yang terpendam.

Melihat ini, emosi saya ikut terusik. Setiap kali melihat dia menangis dan melambai tangan, kaki saya seakan berat mahu melangkah. Namun, saya sedar. Saya sendiri perlu kuat untuk menyuntik semangat. Bila dia melambai, saya membalas lambaiannya serta menunjukkan isyarat tangan. Saya mengepal empat jari dan meninggikan jari ibu. Dia faham maksud saya dan mulai tersenyum walau matanya masih digenangi air mata pilu.

Kini, Khalil sudah semakin betah dengan pengalaman baru di sekolah. Dia semakin seronok bermain dan belajar. Menyerap semua yang dipelajarinya, mengikut segala yang dilihat dan didengarinya. Tinggal lagi, tugas saya dan suami sebagai ibu bapa untuk menapis dan menjernihkan pengetahuan dan pengalamannya yang 'samar' dan 'kelabu' terutama berkait agama dan budaya.

MY HANDPRINTS
“Ummi…tengok ni…” Khalil tertawa sambil menghulur sekeping kad bersaiz dua poster. Sapaannya mengejutkan saya. Melihat beberapa biji kereta dan bangunan yang telah siap dibentuk di atas meja, saya tidak menyedari entah berapa lama saya tenggelam dalam lamunan dan kenangan lama.

Saya menyambut kad berwarna merah dengan rasa sedikit bersalah. Padanya terdapat dua cap tangan berwarna ungu pekat dengan kata-kata berunsur nasihat. Ia umpama kata-kata Khalil yang dahulunya sukar saya fahami, tetapi kini, kata-kata itu cukup memberi bekas di hati dan sanubari. Kata-katanya berbunyi :

“My handprints…There used to be so many of my finger prints to see, on furniture and walls and things, from sticky grubby me!
But if you stop and think a while, you’ll see I’m growing fast, these little moments disappear, you can’t bring back the past.
So here is a small reminder, to keep not throw away, of tiny hands and how they looked, to make you smile someday!”


“Terima kasih, sayang..Khalil memang anak yang baik,” saya merangkulnya erat penuh sebak dan syukur di dada.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

Unknown said…
assalamualaikum ina. kakchik pun sayu membaca kata-kata puitis yang khalil titipkan bersama cap tangannya.
gembiranya hati seorang ibu tidak dapat nak kakchik bayangkan. mashaAllah.
nz said…
mmmm...
tak sabar nak kahwin bila bace cerita ttg budak2. hahha..

ummi, semoga semua selamat =)
Kak Ummi said…
Assalamualaikum Dik Ina...

Bagus dan kreatif sungguh idea kad handprints tu...Mat Saleh ni memang banyak idea,kan?Rasanya tak derlah pulak sekolah-sekolah kat Malaysia ni yang buat cam tu..diselitkan pula dengan ungkapan indah yang cukup meninggalkan kesan dihati.

Sayu gak Kak Ummi baca ungkapan tu..Ina kena simpan betul-betul handprints tu..suatu hari nanti ia pasti menjadi suatu memori yang amat bermakna buat kita.
Makbonda61 said…
Masa si bungsu berumur 5 tahun,dia hantar kat makbonda kad selamat hari raya,berbunyi "Selamt hari raya mama,bila mama nak beli kuih raya,Emy nak makan kuih raya yang mama beli" sejak itu makbonda cuba buat sendiri kuih raya,kini dia dah berumur 11 tahun,dan sentiasa menjadi pembantu setia semasa membuat kuih raya.
Intan said…
Kak Ina...Saya turut tersentuh sama..i might consider doing this to my nieces and nephews :)

kirim salam kepada khalil,semoga dia membesar menjadi seorang lelaki yang bijak dan beriman,pelindung kepada keluarganya di saat susah dan senang.
Fatin Ismail said…
salam kak ina..

kali pertama meninggalkan komen..

tersentuh sy baca entry ni,kak ina..

iAllah,melihat perkembangan khalil selama berkenalan dgn keluarga kak ina,sy nampak khalil dah byk sgt berubah dlm setahun ni..

harapnya,khalil dpt jd anak yg soleh dan berbakti utk islam,iAllah

kirim slm sy pd kak long dan kak ngah..

kak ina,khalil ada tertinggal glove yg warna oren tu masa fuiyo.nanti,ada kelapangan sy hantarkan ke rumah kak ina,ye..

maaf x smpat hantar kak ina balik hari tu.sedar2 je kak ina dah tinggalkan camp site FUIYo..nak col pulak,fon dah habis bateri..iAllah,ada kesempatan,kita jumpa lagi ;)

wassalam
Salam,

KAK CIK : Ws, memang kata-kata itu menusuk kalbu seorang wanita yang berjiwa keibuan, dan Kak Cik juga salah seorang daripadanya.

INAS : Sikap dan perasaan yang bagus ni..suka kanak-kanak. Tak pe..layan adik atau anak-anak saudara yang kecil dulu sebagai persediaan :)

Syukran ukhtie.
KAK UMMI : Memang mereka kreatif dalam hal-hal seperti ini. Sebab itu, kebanyakan kanak-kanak di sini suka ke sekolah.

InsyaAllah, kad tu akan disimpan sebaiknya.

MAKBONDA : Bagusnya :) Memang jika difikirkan, anak-anak ni banyak mendidik kita secara tak lansung.
INTAN : Terima kasih berkunjung dik :) Cubalah buat untuk mereka. Tentu mereka gembira dan terhibur.

Khalil sampai hari ini masih melonjak gembira melihat cap tangan kecilnya tu.

FATIN : Tak mengapa. Kak Ina faham..orang penting Fatin tu :)InsyaAllah, ada kesempatan kita jumpa lain masa ye.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA