UMMI SUKA SEMUA !

Ummi suka semua!

“ Alamak..banyak lagi doh ni..”saya merungut di dalam hati. Di hadapan saya, beberapa biji kuih donut telah siap saya bentuk menggunakan jari jemari. Oleh kerana tiada pemotong atau acuan donut, saya perlu membentuknya sendiri.

Saya berfikir mencari penyelesaian. Menghabiskan doh yang ada untuk membentuk donut semata, saya rasa bukanlah satu keputusan yang bijaksana. Ini kerana, suami, Kak Long dan Khalil tidak berapa gemar memakan kuih-kuih yang manis dan bergula.

“Oh..ya..inti karipap masih ada. Sambal tumis ikan bilis juga ada sedikit yang masih bersisa..”bisik saya sambil menguntum senyuman lega.

Pantas saya mengambil inti karipap dari peti sejuk beku, saya panaskan dan saya ambil doh untuk membentuk kuih pau berinti kari ayam dan kentang dipotong dadu.

Seterusnya, doh yang masih berbaki saya bentukkan bulat. Setelah digoreng, bahagian tengahnya dibelah sedikit untuk dimasukkan sambal tumis ikan bilis dan potongan timun bulat.

BERBEZA
“Kak Long ni asyik baca buku je..tolonglah Kak Ngah kemas mainan ni,” suara Kak Ngah tiba-tiba kuat kedengaran dari ruang tamu. Mendengar itu, ketenangan saya memasak sedikit terganggu.

Saya kuat sedikit pintu dapur lalu menjengulkan kepala. Mengintai-intai sambil mendengar bual anak dara berdua.

“Ala..bukannya banyak pun.. kemas sorang pun boleh..”balas Kak Long tanpa menoleh.

“Tapi..Kak Long pun ada main juga malam tadi..so, kenalah kemas sama-sama,”tukas Kak Ngah, tidak mahu mengalah.


“Eleh..itu pun nak berkira..,” cebik Kak Long lantas meletakkan buku di atas meja. Mereka mula mengemas bersama-sama walau wajah masing-masing masam mencuka.

Saya menarik nafas lega dan kembali ke dapur untuk melangsaikan gorengan kuih yang masih ada.

Mujur saya dapat menenangkan diri dan tidak bertindak reaktif terhadap pertengkaran mereka.

“Memang mereka berbeza..”bisik saya.

HEBATNYA UMMI!
“Ummi buat apa tu..Kak Ngah laparlah,” Kak Ngah menyapa ramah. Di belakangnya, Kak Long dengan wajah yang masih memuncung.

Saya hanya tersenyum sambil menyorotkan pandangan mata ke dalam kuali.

“Wah! Seronoknya. Ummi buat donut dan pau…nyum..nyum!”jerit Kak Ngah riang bercampur geram. Kecur lidahnya melihat kuih kegemaran.

“Suka betul makan manis-manis...”sindir Kak Long, masih tidak puas hati. Mungkin malas mahu memulakan pertengkaran, Kak Ngah cepat-cepat menjauhkan diri. Mengambil tempat di sebelah saya yang masih sibuk mengisi inti.

“Banyaknya..mcam-macam ada. Donut, pau dan..ini kuih apa ni, Ummi ?” soal Kak Ngah membelek satu persatu kuih di depan mata.

“Burger Malaysia. Tadi ada lebihan doh donut..Ummi pun buat la pau dan kuih tu sikit. Ayah dan Kak Long, kan tak suka manis,” saya menjelaskan. Kak Long tersenyum.

“Senangkan..dari doh yang sama, Ummi boleh buat tiga jenis kuih yang berbeza..”tambah saya.

“Wah! Hebat la Ummi..”puji Kak Ngah sambil menggelengkan kepala.

ALLAH LAGI HEBAT!
“Allah lagi hebat..sebab…”saya berhenti seketika. Terlintas idea untuk meredakan ‘perang’ rasa jiwa anakanda berdua.

“Sebab..dari perut Ummi yang satu ini, lahir empat orang anak yang berbeza perangai dan rupa. Mata Kak Long dan Kak Ngah agak sepet sedikit..ikut mata ayah. Khalil pula agak bundar mewarisi mata Ummi, dan Solehah...tengah-tengah..campuran mata Ummi dan ayah, maka jadilah ‘bunpet’,”celoteh saya sebagai mukadimah.

“Bunpet..? Apa tu?”Kak Long bertanya tersengih-sengih.

“Singkatan bundar dan sepet la.”Saya menjawab sambil ketawa kecil.

“Dan yang lebih hebatnya, kesemuanya ada sikap dan perangai yang berbeza. Kak Long suka baca buku manakala Kak Ngah pula suka menolong dan membantu. Khalil pendiam tapi agresif juga, Solehah pula ramah dan asyik mintak susu.

HORMAT DAN BERTOLAK ANSUR
Jika kuih tadi, dari satu doh boleh jadi tiga jenis kuih yang berlainan rasa. Ada pedas, lemak berkari dan manis bergula..anak-anak Ummi ni lagilah, macam-macam ada. Hebat betul Allah ni kan?”jelas saya lagi disambut anggukan kepala mereka. Mudah-mudahan mereka menangkap maksud kata-kata saya.

“Jadi, perbezaan yang ada seharusnya dihormati. Jangan kerana tidak sama citarasa, Kak Long dan Kak Ngah asyik bertengkar dan tak mahu bekerjasama. Bertolak ansur kan lebih baik dan mulia,”nasihat saya. Kak Long dan Kak Ngah saling berbalas pandangan mata.

“ Lepas ini, kalau Kak Ngah nak minta Kak Long bantu sama, minta dengan cara yang lebih elok dan Kak Long berikan kerjasama. Seterusnya, bila Kak Long baca buku…ajak Kak Ngah membaca juga. Tentu lebih seronok dan semua gembira,”saya mengakhiri bicara.

UMMI SUKA SEMUA!
“Ok, jom makan. Ummi pun dah lapar ni,”saya mempelawa. Kak Ngah segera mencapai dua biji donut kegemarannya manakala Kak Long mengambil sebiji pau dan sebiji burger Malaysia. Manakala saya meletakkan setiap satu ke dalam pinggan.

“Eh..Ummi ambil tiga-tiga sekali?” bagai serentak, Kak Long dan Kak Ngah bertanya.

“He..he..Ummi suka semua!”jawab saya disambut senyum dan ketawa mereka.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

Anonymous said…
Salam Ustazah,

Best artikel kali nie.Kelakar tapi masih wujud unsur2 nasihat!! Saya tergelak sakan bile bacer ending tu (ummi amik 3 skli).

Betul tu setiap kita ada kelebihan dan kekurangan. Tapi kekadang ibu-bapa sendiri membezakan anak2 tanpa menghargaai kelebihan masing2. Tahniah ustazah kerana dapat menyuburkan ilmu melalui saluran dan versi yang santai tapi bgitu ilmiah...:) Awesome!!

Regards
-Hakim-
(Australia)
nz said…
best.

cerita best. donut mesti lg best. hehe.

anyway, ni satu cara yg mudah utk dakwah bebudak kan. tq kak.. skrng sy ade idea sikit..

:-)
Salam Ustazah,
Keletihan dgn karenah dan keletah anak2 terubat bila membaca kesabaan dan kebijaksanaan ustazah mengendali anak2..

terima kasih atas perkongsian..
AkuBukanLelaki said…
waaa....Effiel Tower..sy mahu pergi sana..bilakah??bilakah??bila????
Ummu Ammar said…
Salam perkenalan..

Satu cara bijaksana nak tangani karenah anak-anak..terima kasih..boleh praktik ni..
Anonymous said…
salam ina.
serononknya baca posting ina pasala anak2. saya dah bertambah lagi anak sedara. sorang pompuan sorang laki. saya..mmmm....moga allah beri zsuriat pada kami. tolong doakan yer.

samsiah
sinar_islami said…
perkongsian yg sgt bermakna utk handle kerenah anak2 utk future nanti..plg dekat..blh la ana bijak melayan adik2 ana yg msh kecil...
Mastura Daud said…
salam kak ina, ni mas dubai.ingat lg x?

hehehe ummi suka semua :-). kalau mas ada kat situ, mesti nak ke tiga2 kuih tu jugak. alahai, rindulah kuih m'sia. nampak gaya pagi esok kene bukak almari dapur cari tepung, hehe nak buat pelbagai kuih jugak lah kat hubby, mesti suka dia tuh.
husna said…
salam..suka saya membaca entry ni..puan guna reverse psikologi dalam menangani masalah anak2..sebak pun ada..semoga berbahagia selalu..
Anonymous said…
nak suka semua tu yg susah sikit kalau bukan donat!! perangai mcm2..kelebihan kekurangan tak sama.. sungguh mencabar!! kan, kak ina, kan??!! ;)
Salam Ina,

Seronok tengok Ina dan anak-anak. Begitu juga perkembangan Ustaz. Dah lama tidak dengar berita sejak grad UM. Terima kasih bantu Kak Wan sebelum ni. Wish u all the best dan moga Allah merahmati kita semua!
Anonymous said…
Assalamualaikum kakak.

kakak, sebenarnya saya ni ada kemusykilan. nak cari tempat untuk bertanya, lalu sampai la saya ke blog ustaz. tapi malangnye tak pulak saya jumpe pepunat yang harus saya klik untuk bertanyakan soalan saya pada ustaz, cari punya cari...sampai pulak saya ke blog ini.

tapi...saya nak tanye la kakak dulu,
boleh ke saya kemukakan soalan saya tu kat sini?

saya pohon maaf kalau saya ni tersalah cara.

-ayu.
ummu said…
salam ummu Husna
Tahniah ya ...Alhamdulillhirabbil alamin,syukur,pasti anak-anak gembira punyai bonda sehikmah Ummu Husna
Salam,

HAKIM,INAS,MY LIFE MY JOURNEY : Alhamdulillah, yang baik dari Allah jua.

sekadar berkongsi, moga ada manfaat buat yang membaca.

VILDA : InsyaAllah satu hari nanti.

UMMU AMMAR : Salam ukhuwwah..Alhamdulillah..saya juga banyak belajar dari orang lain.

Semoga kita semua dapat mendidik anak-anak dengan didikan yang baik, sesuai dengan tuntutan Ilahi..ameen.
SAMSIAH : InsyaAllah, banyakkan berdoa dan jangan berhenti berusaha :)

Semoga penantian Samsiah dan suami akan berakhir tidak lama lagi. Saya doakan, ameen...ameen.

SINAR_ISLAMI : Ya..boleh juga aplikasikan pada adik-adik di rumah, sebagai latihan dan persediaan :)


MAS : Alhamdulillah..datang juga Mas ke sini ye..Kak Ina masih ingat Mas yang come lote tu :)

Mas, kalau Kak Ina ziarah sekali lagi ke Dubai suatu hari nanti bolehlah request masakan Mas ye..mesti sedap hingga menjilat jari ni..
HUSNA : Alhamdulillah..terima kasih. Semoga Husna juga berbahagia selalu.

NASHWA : Ya..sangat mencabar dan menggugat kesabaran juga ada kalanya :)

apa pun, banyak perkongsian dari Nashwa dan sahabat-sahabat lain juga yang bagus untuk Kak Ina dan pembaca-pembaca praktikkan.
RUSYAINI ( KAK WAN ): Ahlan..ya Uhkti :) Nampaknya Kak Wan dah semakin maju...Alhamdulillah dan tahniah kak.

Ina doakan perniagaan Kak Wan smakin pesat berkembang.

Oh ye, teruskan juga menulis untuk manfaat yang membaca..Kak Wan juga berbakat nampaknya.

AYU : Emel Kak Ina noraslinaj@yahoo.com atau noraslina.jusin@gmail.com
Salam Ina,

Ingatkan dah lupa kt kak wan. Alhamdulillah. Anak2 sihat? Brp lama Ina kat UK tu? Suami kak wan dulu belajar kat sana - Leeds Univ. kawan-kawan lain ke mana ye?

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA