Profile


Diberi nama, Noraslina binti Jusin oleh kedua-dua ibu bapa tercinta, ayahanda Jusin bin Batin dan almarhumah bonda Kalsum binti Haji Othman. 



Dilahirkan di sebuah perkampungan felda, Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Gedangsa selama 6 tahun dan kemudian meneruskan alam menengah di Sekolah Menengah Agama Sungai Selisek dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Perjuangan menuntut ilmu diteruskan selepas itu di Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) selama dua tahun dari tahun 1991 - 1992 dan dua tahun selepas itu saya berpeluang pula ke Nilam Puri, Kelantan untuk mengikuti kursus Pra-Akademi Pengajian Islam di sana.

Pada tahun 1995, bermulalah alam universiti sebenar bagi saya bila saya meneruskan pengajian di kampus induk, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cabaran sebagai pelajar dengan tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan Islam turut dirasa melalui aktiviti persatuan dan kolej kediaman.

Pernah bergelar guru. Telah berhenti berkhidmat pada bulan Oktober 2006 dan mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa dengan aktiviti sampingan sebagai blogger.

Merupakan isteri kepada suami tercinta, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan dikurniakan setakat ini dengan empat orang cahaya mata yang menjadi amanah dari ALLAH SWT kepada saya dan suami di dunia ini.

Kini, mengikuti suami ke Leicester, England, United Kingdom untuk bersama-sama beliau meneruskan pengajian phd nya di dalam bidang kewangan Islam.

Ringkasnya, saya adalah seorang anak, isteri, ummi dan muslimah yang sentiasa ingin memperbaiki diri.

salam ukhuwah :)

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA