HARAPAN DARI PERPISAHAN

"H, ni mama dah dapat hubungi ayah..cakap dengan ayah ye..." Saya yang duduk di sebelah hanya mendengar sambil tersenyum.

Saya mengangumi kesungguhan pasangan ini meneladeni anak-anak walau mereka tidak lagi hidup sebumbung.

Sambutan hari lahir anak-anak masih terus disambut bersama, hal persekolahan dan segala yang bersangkutpaut dengan anak-anak, mereka terus bergandingan melunasinya.

Perceraian tidak menyebabkan mereka saling bermusuhan, sebaliknya setelah akad terlerai hubungan kawan menjadikan mereka sering berbincang tentang pendidikan dan keperluan anak-anak yang sedang membesar.

"Abang...cakap dengan H ye..." Lunak panggilan itu pada pendengaran saya; tanda sikap hormat kepada ayah anak-anak masih terpelihara dan ditunjukkan di depan mereka.


Sekadar hiasan : Anak-anak ummi

Tiada pasangan yang mahukan perpisahan setelah cinta pernah menyatukan...namun ada masanya kehidupan ini memberi cabaran yang amat dahsyat dalam meniti alam rumahtangga hingga akhirnya perceraian menjadi jalan penyelesaian.

Namun, keindahan tetap terlihat pada ujian sebegini apabila ibu dan ayah tetap berperanan demi kebaikan anak-anak, perpisahan hanya pada ikatan mereka sebagai suami dan isteri, akan tetapi gelar ibu dan bapa masih menghendaki mereka untuk bertanggungjawab terhadap amanah besar dari ILAHI ini.

Pasangan yang sedar akan sabdaan baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam :

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ

Maksudnya :"Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dza'bi dari Az Zuhriy dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah...Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang ternak yang melahirkan binatang ternak dengan sempurna. Apakah kalian melihat ada cacat padanya?"

Tiada siapa yang berkata hidup ini mudah, tetapi telah ramai membuktikan bahawa hidup ini indah jika bertemu penyelesaian yang tepat untuk sebarang masalah.

Tepat itu pula tidak beerti sekali mencuba maka selesai segalanya, mungkin dua, tiga malah lebih dari itu barulah solusi yang mengena ditemui, alhamdulillah.

Pokok pangkalnya pada terus berusaha dan tidak putus asa.

💖



Comments

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA