Posts

Showing posts from July, 2015

SALING MEMBERI, ITULAH CINTA...

Image
“Dalam perjalanan rumahtangga makcik bersama suami, ada beberapa individu yang sangat kami hormati dan jadikan rujukan untuk mengemudi bahtera perkahwinan. Salah seorang daripada mereka ialah bapa mertua makcik sendiri..” Makcik Aini berbicara dengan senyuman manis bertali. Ketika itu, beliau bersama anak perempuannya yang baharu sahaja menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk di Irbid, berkunjung ke rumah saya diiringi beberapa orang temannya yang juga akan pulang ke tanahair tercinta. “Makcik masih teringat suatu masa, makcik balik ke kampung suami untuk berhariraya. Oleh kerana bilik yang ada tidak cukup, makcik sekeluarga serta beberapa keluarga adik beradik suami yang lain tidur di ruang tamu; yang perempuan, tidur di satu bahagian, manakala lelaki di satu bahagian lain, pakaian dan aurat sangat dititikberatkan di kalangan keluarga suami.” Makcik Aini menyambung kata-kata. Kami berteleku mendengar ceritanya. Ada kalanya senyum dan ketawa kecil memenuhi suasana,