Posts

Showing posts from February, 2015

NIKMATI SEKARANG..

Image
“Saya mengenali seorang sahabat yang hidup berpoligami. Kerana kerap menahan rasa dia selalu berdoa agar dia tidak dijodohkan kembali dengan suaminya jika ditakdirkan menghuni syurga. Bolehkah doa yang begitu? Jika ustazah ada peluang berkongsi pandangan.” Saya membaca persoalan yang diselit sedit kisah di atas dengan senyuman pahit bersama rasa simpati, mengerti dan memahami bahawa jiwa seorang wanita bernama isteri, saat emosi menguasai diri, bicaranya biasa begitu; agak melulu, tidak menentu. Meneliti kisahnya dari mesej yang agak panjang lebar, saya merasakan suami wanita itu bukanlah seorang lelaki yang cenderung menzalimi isteri, bahkan ada sikap baiknya  yang disenaraikan, yang pada saya cukup untuk meletakkan suami itu dalam senarai lelaki yang baik.  Begitu juga si isteri yang masalahnya dikisahkan kepada saya dari mesej tadi, pastinya seorang suri yang baik juga. Jika tidak, dia tidak akan mengandaikan dirinya menghuni syurga. Cuma, mungkin kerana ada selitan p

MERASAI UNTUK MEMAHAMI

Image
Usai bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, saya segera menuju ke kereta.  Tidak saya nafikan, sayu terasa saat kaki meninggalkan jejak terakhir di pintu pagar, namun saya juga akui ada rasa teruja di hati untuk bertemu insan-insan tersayang yang menanti di rumah, penuh sabar.  Anakanda Maryam, yang menemani, saya letakkan di tempat duduk bayi di belakang. Syukur, si kecil itu tidak banyak ragam. Sebaik kereta bergerak, matanya yang sedia layu tadi, terus tertutup. Maryam nyenyak dalam alunan nasyid Asma al Husna dendangan Sami Yusuf. “Betul ke As nak datang Cheras pagi ni? Kalau susah, abang boleh balik ke Gombak,” Terngiang-ngiang suara suami menerusi perbualan telefon pagi tadi. “Tak apa, bang. As nak ke Cheras. Boleh bawa Maryam jalan-jalan ke sana sekejap.” Saya membalas. Ada senyuman saya sisipkan sewaktu menyatakan itu; walau suami tidak melihat, saya yakin dia tahu. “Kalau macam tu, pandu baik-baik ya. Arah ke Cheras dalam jam-jam begini, tak berapa se