Posts

Showing posts from January, 2015

CINTA ITU BUKAN FANTASI..

Image
“Apa lagi yang boleh kita usahakan bagi mengatasi masalah ini?” kakak naqibah bertanya kepada saya dan rakan-rakan lain sewaktu usrah mingguan baru-baru ini. Kami saling berpandangan. Raut wajah masing-masing begitu serius memikirkan sebarang pandangan yang boleh dimanfaatkan. Merungkai persoalan 'couple' yang kini kian menjadi-jadi di kalangan penuntut universiti. Gejala ini bukan sahaja menimpa golongan pelajar yang jauh dari aktiviti persatuan bahkan lebih menyedihkan individu yang melibatkan diri dengan persatuan dan menjadi penggerak aktiviti di universiti adalah sasaran yang lebih mudah dan terbuka untuk terjebak ke dalam budaya berpasangan yang merosakkan ini sehingga mereka tidak tahu bagaimana mahu keluar darinya. Menurut mereka, tidak memiliki 'pasangan' atau tidak ber'couple' kini menjadi sesuatu yang sangat pelik dan ganjil di universiti. Golongan pelajar yang masih belum memiliki pasangan terlihat asing bahkan ditertawakan! Am

ANAKMU BUKAN MILIKMU

Image
“Kakak risau la ustazah. Membesarkan anak-anak di zaman dunia tanpa sempadan hari ini terlalu besar cabarannya bagi kita sebagai ibu ayah.” Keluh seorang kenalan sewaktu saya minum pagi bersamanya di sebuah restoran usai menghantar anak-anak ke sekolah. “Apa yang kakak risaukan?” Saya bertanya. “Macam-macam, ustazah. Masa kecil, terasa mudah untuk menasihati anak-anak; tambahan mereka juga tidak banyak karenah dan baik-baik sahaja pada penglihatan saya dan suami. Tetapi, setelah meningkat remaja dan memasuki alam universiti, lain pula kisahnya,” dia menambah dengan wajah gelisah. Seakan ada sesuatu yang berbuku di dada, belum terluah. Saya diam, sekadar memberi respon dengan anggukan; memberikan masa untuknya berfikir. Biar dia sendiri yang membuat pilihan, sama ada mahu meneruskan bercerita atau sebaliknya, tanpa apa-apa paksaan atau permintaan. Tambahan pula, masa yang masih berbaki sebelum pulang ke rumah untuk memasak juadah tengahari, agak selesa juga untuk kami

IKHLAS ITU....

Image
Ikhlas itu... Tak selalu hadir dari rasa mudah mengerjakan perintah... Tak sering tampil saat ringan meninggalkan larangan Allah... Kerana ia mampu tumbuh dari usaha yang sukar dan payah... Beratnya jiwa memerangi nafsu, menumbangkannya hingga meranap serakah... Ikhlas itu... Datang bersama pengorbanan dan mujahadah... Walau rasa ringan, walau rasa berat.. Melangkah terus melangkah, dengan harta dan jiwamu diserah... Demi redaNYA Yang Maha Haibah... Lepas bebas dari belenggu perasaan haiwaniyyah... Ikhlas itu.... Merasuk jiwa yang sedar dari mana ia bermula... Ke mana pula pengakhirannya... Lantas merona gelisah dalam dada... Gelisah yang bukan menoktah langkah... Bahkan menggerak ikhtiar untuk terus menapak... Lagi dan lagi, lebih gigih lebih sejati... Berlumba mengejar rahmah dan cinta ILAHI... Ummuhusna99 295 Kg Raja 060115 – Buatmu yang dikasihi sentiasa. ******************************************************************************************