Posts

Showing posts from December, 2014

SEDARKAH?

Image
Engkaukah....manusia 'halu'a' Berkeluh kesah atas tiap masalah... Yang kecil diperbesar tak sudah-sudah... Yang besar lebih mengundang gerah... Salah dirimu tak pernah terpandang, silap yang lain sering dicanang... Engkaukah....manusia 'jazu'a' Menerima ujian hidup penuh sempit dada... Bagai pintu-pintu bahagia tertutup tidak terbuka... Jiwa lupa pada DIA, Maha Mengasihani tanpa alpa... tak pernah menjauh, hanya dirimu tak ingin 'bersua'-NYA... Engkaukah...manusia 'manu'a'.. Nikmat ditanggapi dari diri yang lelah berusaha... Leka bahawa TUHAN Maha Pemurah yang mengurnia... Hingga kikir memberi sesama... Gerun susut nikmat yang ada... Engkaukah...manusia 'halu'a', 'jazu'a', 'manu'a'... Manifestasi jiwa yang sakit menderita... Selumbar dosa dan maksiat yang di'pelihara'... Tidak kembali bagi bertaut cinta Yang Maha Esa... Lantas, engkau terus terluka... Sed

RASA ITU KURNIAAN-NYA...

Image
“Andai ditanya, antara dua pilihan : menyayangi dan disayangi…apakah jawapan daripada ustazah…jawapan yang pasti?” Suatu ketika, persoalan ini diluahkan kepada saya oleh seorang isteri yang sedang mengalami  derita hati; merasa dirinya tidak dikasihi suami. “Kalau saya memilih kedua-duanya?” Saya pula bertanya sambil membetulkan duduk. Redup cuaca petang itu dengan angin sepoi-sepoi bahasa di bawah gazebo berlantaikan kayu pada sisi kiri rumah lot tepi itu, menjadikan perbualan kami turut terbuai dari perbualan penuh mesra soal anak-anak hingga akhirnya bersoaljawab agak serius pula tentang kasih dan cinta dalam rumahtangga. Mendengar pertanyaan itu, dia menundukkan kepala. Wajahnya masih muram, sama kelamnya tatkala dia menyambut ketibaan saya sejam yang lalu, hanya senyuman hambar menjadikan situasi ketika itu sedikit bercahaya. “Saya juga ingin kedua-duanya, ustazah…tapi….” Lontaran bicaranya terhenti; tidak sempurna. Saya menunggu…namun kelihatannya, dia terus

DOAKU PADA-MU TUHAN....

Image
"Ustazah, boleh tak saya berdoa supaya suami kahwin lain, dengan seseorang yang lebih baik daripada saya?" Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an mengajukan soalan. "Ustazah, boleh ke kita berdoa agar cinta dan kasih suami hanya untuk seorang isterinya sahaja?" Soal seorang wanita lain pula yang lebih muda, baru menginjak usianya ke angka 30. Itu adalah antara dua soalan yang pernah diajukan kepada saya dalam salah satu sesi perkongsian dan ceramah saya bersama para muslimat. Jika direnung-renung, kedua-duanya tidak banyak berbeza, kerana ia berkisar pada topik yang sama, iaitu tentang poligami. Dan, saya yakin, rata-rata wanita menganggap topik ini sebagai sesuatu yang agak sensitif dan pedih untuk menghadapinya. Saya tidak menafikan keadaan itu, cuma untuk menjawab kedua-duanya dalam waktu yang terbatas dan tidak mengguris perasaan kewanitaan yang halus, saya cuba mengalih perhatian mereka kepada persamaan yang wujud pada inti persoalan