Posts

Showing posts from July, 2014

JADILAH CERMIN JIWA

Image
“It bothers me a lot when I have such low grades but the laziness inside me conquers me, so I don’t feel like doing anything to cange. Tapi sumpah stress!” Demikian luahan seorang remaja kepada ibunya. Si ibu terdiam. Hanya menggeleng-geleng kepala. ‘Nak buang malas pun susah? Malas buang malas, memang tak akan ke manalah..’ Keluh si ibu dalam hatinya. Wajah si anak ditenung lama… ‘Mampukah aku memotivasinya sehingga dia boleh mendaki tangga jaya?’ Pertanyaan itu bergema. “Suami saya sendiri tidak memahami saya..sehingga saya bagaikan lupa bagaimanakah rasa bahagia hidup berumahtangga” Keluh pula seorang isteri semasa satu sesi kaunseling keluarga. Kehidupan yang dilaluinya selama lima tahun bersama suami yang dinikahi atas dasar suka sama suka nampaknya bagai retak menunggu belah sahaja. Si suami dirasakannya tidak mampu membahagiakannya, namun cinta yang pernah berputik dulu, masih ada… ‘Mampukah diriku melakukan sesuatu demi kelangsungan cinta kami berdua?’ Dia

MARI MILIKI KEJELITAAN SEJATI

Image
“ Ummi….kenapa kulit adik putih sangat, not fair !” Luah kak long sambil mencubit lembut pipi mulus adik kecilnya yang berada dalam dukungan. “Alhamdulillah, kulit kak long pun kecil-kecil dulu putih macam adik juga…sekarang ni je berubah sikit sebab banyak kena cahaya matahari…nanti dah macam ummi putih la balik..hehe..” bidas saya sambil tertawa kecil.  Mengerti, bahawa iri anakanda sulung saya ini bukanlah datang dari hati, hanya mainan bibir sahaja kerana saya meyakini sayangnya pada adik kecilnya ini tak tergambar dengan kata-kata. Kerana itu, biar pun letih sebaik pulang dari sekolah, dia tetap melayan adiknya bermain. “Ye ke? Cuba ummi tengok kulit kak long ni…macam aiskrim neapolitan…” Ulas kak long lagi dengan sengihan di bibir. Mendengar itu, meledak ketawa saya. Terbayang aiskrim yang dimaksudkan…belang kuning, merah jambu dan coklat! Hmmm…Sememangnya kecantikan dan wanita tidak boleh dipisahkan terutama dalam dunia hari ini yang mengenengahkan sena