Posts

Showing posts from June, 2014

MENYINTAIMU KERANA ALLAH...

Image
“Ustazah, saya sedih…” Lirih suara wanita berusia hampir lima puluh tahun yang saya panggil Kak Ni ( bukan nama sebenar ) melalui telefon bimbit. Saya mendengar dan cuba memahami perasaannya yang baharu sahaja menerima kehadiran seorang teman baharu sebagai pendamping bersama suami yang dikasihi. “Saya reda dan telah merestui, akan tetapi apabila ada teman dan saudara mara yang meluah rasa kasihan melihat saya yang ‘kehilangan’ suami setelah berpuluh tahun susah senang bersama. Kata mereka, yang untung isteri barunya. Tak perlu menempuh perit hidup. Apa yang dinikmati kini semua yang terbaik dari suami. Mendengar semua itu, saya jadi tak menentu. Entah mengapa, saya seolah mengiyakan kata-kata mereka.” Tambah Kak Ni sayu. Saya mengesan nada suaranya yang sedang ‘sakit’ menahan hiba. Saya akui, kebelakangan ini, sudah beberapa kali saya menerima panggilan telefon daripada  individu bergelar isteri meluahkan suara hati, meminta pandangan tentang keadaan mereka yang sedang be