Posts

Showing posts from May, 2014

BUKAN SEMATA SAYANG

Image
“Ummi, letih tak jaga adik?" Begitu soalan Solehah tatkala saya sedang sibuk memakaikan pakaian buat si kecil. Saya menoleh dan menghadiahkannya senyuman manis. Namun, Solehah tidak membalas senyuman saya, bahkan wajahnya serius memandang tepat ke arah adiknya yang sedang dipakaikan lampin pakai buang. Melihat adiknya tertawa barulah Solehah menguntum senyuman di bibirnya. “Kenapa kakak Solehah tanya macam tu?” Saya pula melontar soalan sementara pertanyaannya tadi saya biarkan dahulu tanpa jawapan.    “Sebab Solehah rasa macam susah je. Kena susukan, mandikan, pakai diaper , adik menangis….” Luah Solehah. Jujur. Senarai ‘aktiviti’ seorang bayi yang semakin dimakluminya setelah hampir lima bulan bergelar kakak. Mendengar itu, sekali lagi saya tersenyum. Kali ini lebih lebar. Bicara tulus Solehah mengimbas kembali kenangan saya masa-masa lalu ketika persoalan yang sama pernah bermain di fikiran. Terlalu banyak tandatanya yang memerlukan jawapan tetapi umur yang

MASIH ADAKAH PERTEMUAN

Image
“Kita duduk dulu ye. Lepas ni, baru baca al Quran, “ pinta saya  usai solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak. Setelah beberapa malam dihambat beberapa urusan si kecil yang kurang sihat, saya ingin mengambil luang waktu yang ada malam ini untuk memberikan sedikit tazkirah buat peringatan bersama anak-anak tercinta. Kak ngah duduk bersebelahan Solehah, kak long pula selesa berada di tengah-tengah antara dua orang adiknya, Solehah di sebelah kiri dan Khalil di sebelah kanan, sementara saya mengambil tempat di sebelah kanan Khalil sambil memangku si kecil Maryam. Sambil menatap seorang demi seorang wajah anak-anak yang dikasihi, saya menarik nafas bagi memulakan mukadimah. Pandangan dari setiap biji mata dari wajah-wajah indah di mata saya ini, bersilihganti menerjah ruang hati seorang ummi. “Kak ngah sayang Solehah?” Saya memulakan sesi dengan satu soalan mudah. “ Of course , ummi..” Ringkas jawapan kak ngah dengan sedikit ketawa kecil menghiasi. Solehah di sebelah hanya t