Posts

Showing posts from April, 2014

MENGHARGAI UNTUK DIHARGAI

Image
Assalamualaikum ustazah, saya seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahayamata; sudah hampir lima tahun berumahtangga dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Saya seorang surirumahtangga, sementara suami merupakan eksekutif kanan di sebuah syarikat ternama. Kami hidup bahagia, cuma akhir-akhir ini, saya mulai merasakan perhubungan saya dan suami semakin hambar. Saya seakan tidak memahami suami yang kelihatan semakin pendiam, tidak lagi banyak bercerita seperti awal-awal perkahwinan dahulu. Keadaan ini menjadikan saya bimbang. Pelbagai andaian muncul dalam fikiran. Apa yang perlu saya lakukan Ustazah? Saya menyayangi rumahtangga kami dan sangat menyintai suami. JAWAPAN : Tiada laut dan sungai yang tidak pernah bergelora; akan ada waktunya tenang dan damai, dan ada ketikanya berombak dan berarus deras. Demikian juga alam perkahwinan, tidak semua keadaan sentiasa bahagia dan manis. Pasti ada waktunya, pahit, kelat dan masam mencelah. Akan tetapi jika d