Posts

Showing posts from June, 2012

CELIKKAN KECEMBURUANMU....

Image
Semilir petang yang berhembus begitu mendamaikan. Rumput-rumput hijau yang memenuhi taman kecil di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Sentosa turut meliang lintuk dihembus bayu. Sesekali terdengar kicauan burung. Pulang ke sarang setelah seharian mencari rezeki buat menyambung kehidupan. Cukup mengasyikkan. Akan tetapi kecamuk rasa di hati Ahyana sedikit pun tidak berkurang dengan keindahan ciptaan TUHAN yang terpapar di depan mata. Hanya tubuhnya menikmati sapaan lembut alam, sedang jiwanya tenggelam dalam gelombang perasaan. Satu keluhan dilepaskan. Berat! “Mengapa kau lakukan begitu?” Solehah, teman karib yang menemaninya menghirup udara petang itu tiba-tiba melempar tanya. Agak menyentak rasa. Ahyana memalingkan kepala sambil menatap dalam anak mata Solehah. Kelihatan sahabatnya itu serius. Namun, riak ketenangan dari wajah keibuannya itu, seperti selalu, tidak terganggu. “Lakukan apa? Merajuk dengan suami sendiri sehingga berhari-hari. Itu maksudmu?” Ahyana membala

BUKAN BABU, BUKAN JUGA RATU

Image
"Assalamualaikum kakak. Saya hanya mahu bertanya. Apakah pendapat kakak tentang pautan yang saya sertakan ini? Boleh kakak bagi penerangan yang jelas tak tentang isu ni? Adakah seorang lelaki itu perlu menjadi kuli pada isterinya sedangkan isterinya hanya duduk makan tidur makan tidur di rumah sahaja? Saya tertanya-tanya sebab jika lelaki yang perlu membuat kerja rumah, maka apa tugas isteri di rumah yang sebenar-benarnya? Memangbenar, kalau di zaman moden ini ramai wanita bekerjaya, maka keadaan itumungkin boleh diterima iaitu suami sama-sama membantu melakukan kerja-kerja rumah...tetapi jika si isteri tidak bekerja...dan sangat-sangat pemalas untuk membuat kerja rumah, maka terpakaikah perkara ini pada si isteri yang tidak bekerja dan tugasnya di rumah hanya makan tidur makan tidur sahaja?” Demikian paparan soalan pada kotak mesej Facebook yang tertera di hadapan mata saya. Ia datang dari seorang gadis yang masih muda dan belum menempuh alam rumahtangga. Bersama emel tersebut,