SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU...

Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepada jalan-jalan penyelesaian.

Namun, menginsafi bahawa saya bukanlah seorang yang benar-benar berkelayakan dalam memberikan nasihat dan pandangan, ditambah pula hambatan masa yang sukar berkompromi untuk saya berlama-lama di hadapan komputer bagi menjawab kemusykilan yang diutarakan, justeru menulis secara umum sebegini diharapkan mampu memberi sedikit jawapan bagi merungkai kekusutan perasaan seorang isteri yang sedang gerhana dari cahaya cinta.

Sebenarnya, sudah agak lama saya mahu menambah penulisan saya pada sesuatu yang memfokus kepada ikhtiar isteri dalam melakar bahagia rumahtangga tetapi masa dan idea belum kunjung tiba. Sehinggalah saat ini, kala suami berpergian memenuhi tanggungjawabnya kepada ummah, kerinduan yang hadir membangkitkan keinsafan, kesedaran dan muhasabah diri seorang isteri. Lalu, jemari ini mulai ligat menyusun kata bertemankan wajah-wajah bersih yang sedang lena dibuai mimpi.


JATUH CINTA

Saya yakin, ramai pasangan membuka kunci kehidupan berumahtangga dengan rasa cinta antara mereka. Jatuh cinta! Ya, bermula dengan jatuh cinta pandang pertama atas sebab yang pelbagai sehingga ikhtiar dilaksana bagi memulakan salam perkenalan antara keduanya. Demikian juga, rata-rata pengirim emel tersebut menyatakan mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Sebahagiannya sudah mengenali antara satu sama sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Setelah dua jiwa yang saling menyintai diikat dengan lafaz mulia ‘aku terima nikahnya’ mereka mula membina kehidupan bersama. Berbekal perasaan cinta yang masih membara, serasa tidak begitu menyukarkan untuk mereka melakar musim bunga perkahwinan yang dipenuhi warna warni keindahan. Kalaupun sesekali hujan gerimis datang tanpa diundang, keadaan itu tidak merencatkan kegembiraan mereka menikmati kuntuman mewangi yang sedang mekar dalam hati. Masalah yang timbul, pasti tidak memakan masa lama untuk dileraikan.

Semuanya tampak selari, sehati sejiwa.

Begitulah kebiasaannya, permulaan yang bagai sempurna, tiada cacat dan cela.

Walaupun begitu mukadimahnya, kini, di antara mereka ada yang merasa kasih suami sudah beralih arah setelah segala pengorbanan dilakukan sejak melangkah ke alam perkahwinan. Ada juga yang meluah sikap suami yang kurang memberi belaian tanda cinta dan sayang. Tidak kurang juga yang menyatakan sudah tidak tahu bagaimana lagi usaha yang patut dilakukan bagi meraih cinta suami sedangkan kecantikan dirinya begitu dijaga dan diperhati namun layanan acuh tak acuh daripada suami menjadikan dirinya merasa kurang dikasihi.

Bagaimana ini terjadi?

Justeru, dalam keadaan rumahtangga dihenyak kegelisahan dan ketidakharmonian seperti di atas, beberapa perkara di bawah ini mungkin baik untuk dijadikan muhasabah dan renungan terutama kepada para isteri bagi membangun cinta sejati, buat merealisasi bahagia hakiki. Kemungkinan, sebaik melangkah ke tahun kedua, ketiga dan seterusnya setelah tanggungjawab bertambah dengan kehadiran cahayamata, keperluan kewangan yang semakin meruntun kerja keras dan lebih masa, maka ketika inilah saat-saat indah itu akan sirna sedikit demi sedikit andai tiada inisiatif untuk memBANGUNkan cinta setelah sekian lama terduduk leka saat diri JATUH cinta.


BARAKAH

Satu persoalan yang selalu terlupakan oleh pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan ialah tentang keberkatan rumahtangga. Seharusnya, suami sebagai nakhoda bahtera kehidupan, dan isteri selaku pembantu yang menggerakkan pelayaran, bertanya kepada diri :

“Ke manakah rumahtangga ini akan kami bawa?”

“Komitmen bagaimana yang mampu dilaksana bagi menjayakan matlamat bahagia bersama?”

“Adakah hanya di dunia? Tidak! Kebahagiaan itu pasti mahu diteruskan hingga ke syurga milik-NYA.”

Firman ALLAH SWT :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya : “Jikalau sekiranya penduduk desa / negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami anugerahkan kepada (kehidupan) mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” ( Surah AI-A'raf ayat 96 )

Jelas, dari ayat ini, ALLAH SWT menyatakan bahawa keimana dan ketaqwaan adalah sumber barakah. Ia dijana apabila nilai-nilai yang diambil dari al-Quran seterusnya dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, bukan kemewahan dan kesenangan hidup menjadi piawaian barakah. Bukan juga rumahtangga sifar masalah menjadi tanda aras keberkatan, tetapi keterikatan hati penghuninya kepada ayat-ayat ALLAH SWT.

Justeru, sebagai isteri yang lebih banyak mencorak suasana rumahtangga mari kita renungkan sekadar mana usaha yang telah dan masih dijana demi meraih barakah dalam perkahwinan. Sudah berapa banyak kebaikan dan ketaatan yang kita gerakkan kerana itu adalah langkah-langkah bagi meraih keberkatan. Solat dan ibadah-ibadah lain yang terjaga dan dilaksana sebaiknya, perhiasan rumahtangga yang tidak melangkaui keharusan yang digariskan syari’at yang mulia, program televisyen dan filem yang menjadi tontonan sekeluarga, dan seumpamanya.

Semestinya, rumahtangga yang paling beruntung menurut kacamata agama adalah rumahtangga yang paling banyak produktiviti ketaatannya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya, hati yang akrab kepada Penciptanya, pasti mudah dilorongkan kepada jalan keluar atas setiap masalah yang tiba. Bahkan, mungkin ia menjelma dari peristiwa dan jalan yang tidak pernah dijangka!


DOA DAN MUNAJAT

Saya pernah membaca satu kisah tentang doa yang cukup menyentak tangkai nurani. Ia mengingatkan saya bahawa dalam kebanyakan masa yang telah dan sedang berlalu, saya dan ramai individu di luar sana sebagai manusia yang punya banyak kelemahan kita sering tidak menyedari bahawa ada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini merupakan pengabulan dan jawapan ALLAH atas permintaan kita dalam munajat dan doa kepada-NYA, cuma ia terjadi dalam keadaan yang tidak kita sangka-sangka.


Kisahnya begini…..

“Ada seorang ‘abid ( ahli ibadah ) yang selalu meminta dalam doanya agar dikurniai dua potong roti setiap hari tanpa perlu bekerja, sehingga dia dapat menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah dan menambah 'amal. Dalam bayangannya, jika tidak bersusah payah bekerja mengejar dunia, ibadahnya akan lebih terjaga.

Lalu, ALLAH SWT mengabulkan doanya dengan cara yang tidak terduga; ia ditimpa fitnah yang dahsyat yang menyebabkan dirinya terhumban ke penjara. Sepanjang berada di penjara, ALLAH mentakdirkan setiap hari dia memperoleh dua potong roti; pagi dan petang, tanpa bekerja. Dengan ini masanya banyak terluang dan sangat lapang untuk beribadah.

Namun, apa yang dilakukan oleh si 'abid tadi? Dia sibuk meratapi nasibnya yang terasa nestapa di penjara.

"Mengapa ini terjadi?" soalnya sendiri.

Tanpa dia menyedari inilah jalan ijabah ( jawapan dan pengabulan ) dari ALLAH SWT atas doanya yang terisi, berikan aku dua potong roti sehari!”

Lalu, mari kita ingat-ingati semula. Adakah selama ini kita pernah memohon : “Ya ALLAH, kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah, perhiasan yang mewah, rumah yang besar..”lalu dengannya ALLAH SWT mengabulkan doa itu dengan cara suami memperolehi keuntungan besar dalam perniagaannya atau kenaikan pangkat yang tinggi pada pekerjaannya sehingga dia kini menjadi semakin sibuk dengan aktiviti di luar melebihi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada anak dan isteri di rumah. Kita meminta mewah, lalu ALLAH memberikannya tetapi ia diiringi ujian yang mampu merobek kebahagiaan sebuah rumahtangga!

Justeru, selaku wanita yang dianugerahi kelembutan jiwa, mari kita meneliti dan memuhasabah diri terhadap adab kita dalam meminta kepada-NYA, adakah ia bernada perintah, atau berirama harapan nan indah atau ianya adalah manifestasi kerendahan hati seorang hamba yang menginsafi dirinya yang lemah, fakir, menghiba, mengakui salah dan banyaknya noda diiringi perakuan dan pengagungan keesaan-NYA yang tiada tara. Sebagaimana doa Nabi ALLAH Yunus a.s :


وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِين


Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa KAMI tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ""Bahwa tidak ada TUHAN (yang berhak disembah) selain ENGKAU. Maha Suci ENGKAU sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." ( Surah Al Anbiya' ayat 87 )

Indah, mesra dan penuh kerendahan jiwa seorang hamba.

Oleh itu, bagi merawat luka yang sedang pedih menimpa perhubungan rumahtangga, juga sebagai usaha memohon keberkatan yang mungkin terlupa, ALLAH SWT mendidik agar kita memanjatkan doa ini :

وَقُل رَّبِّ أَنزِلْنِي مُنزَلاً مُّبَارَكاً وَأَنتَ خَيْرُ الْمُنزِلِينَ

Maksudnya : “Dan berdoalah: “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada rumah yang dianugerahi barakah, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat.” ( Surah Al Mukminun ayat 29 )

Juga doa yang bernada memujuk dan membelai sebagaimana firman ar Rahman :

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( Surah al Furqan ayat 74 )


MOTIVASI SI BIDADARI

Perkara seterusnya yang baik untuk dimuhasabah bagi mengembur kembali kebahagian suami isteri ialah mengenai kecantikan.

Saya selalu membaca dan mendengar kata-kata daripada beberapa individu muslimah hari ini tentang siapakah ikon, role model dan contoh ikutan mereka dalam usaha menjadi seorang muslimah yang cantik, baik dan berketrampilan menarik. Saya akur terhadap suasana yang mendominasi sudut pandang kebanyakan muslimah hari ini, namun demi melihat satu demi satu imej dan ikon muslimah dijelmakan menerusi tarikan fizikal yang menawan sukma, bagai ada benih kerinduan yang memutik dalam hati.

Kerinduan yang tumbuh seiring rasa bimbang dan gusar bila menyaksikan para muslimah bagai dididik untuk lebih menghargai diri hanya dari sudut fizikal semata. Demikian suasana yang banyak ditemukan lewat iklan dan peragaan busana muslimah baik di kaca televisyen mahupun suratkhabar dan majalah.

Soal hati dan ketundukan jiwa yang menyerlah pesona malu para sahabiyat era nabi dan Rasul terdahulu bagai telah ditenggelamkan oleh keghairahan ramai muslimah hari ini menonjolkan kecantikan diri. Keadaan ini sedikit sebanyak mencipta cemburu para isteri yang turut terheret sama dalam menyimpulkan solusi :

“Aku juga mesti tampil cantik persis model hari ini agar dengan perawakan fizikal yang mempesona itu, cinta suami pasti dapat aku menangi dengan mudah! “

Sangka mereka, yang cantik hidupnya selalu bertuah. Lalu mereka sibuk menghias rupa sehingga kecantikan itu terlupa untuk dilindungi sewaktu keluarnya mereka dari ruang rumahtangga suami.

Sedangkan hakikat sebenar bukan selalunya begitu.

Inilah kerinduan yang semakin kuat laungannya dari dalam jiwa. Kerinduan untuk melihat muslimat hari ini menyebarkan pesonanya dari tarikan intelektual, kecerdasan emosi dan rohani, kerinduan untuk melihat kesedaran dalam diri wanita bahawa pencinta sejati dari kalangan lelaki bertakwa hanya mendambakan pesona sebegini dari bidadarinya di dunia ini. Pesona yang dimotivasikan oleh ayat-ayat cinta-NYA tentang bidadari syurga idaman setiap jejaka. Peribadi suci sang bidadari yang ditata khusus hanya untuk tatapan suami yang dinanti. Firman ALLAH SWT :

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Maksudnya : “Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” ( Surah ar Rahman aayat 56 )

Justeru, kembalilah para isteri memuhasabah diri. Pada saya kecantikan fizikal dalam mewarnai bahagia rumahtangga adalah satu keperluan, tetapi keindahan jiwa yang memancar darinya peribadi mulia adalah satu kemestian. Sewajarnya, perkara kedua mendapat perhatian yang berganda berbanding perkara pertama kerana cinta dari tarikan fizikal akan sirna seiring masa, tetapi cinta dari tarikan akhlak dan peribadi pasti kekal dalam lipatan kenangan.


SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU...

Buat akhirnya, saya mengakui kebenaran bicara seorang penulis dari seberang yang pernah saya baca. Lewat tulisannya beliau menukilkan :

“Ada dua pilihan ketika bertemu cinta. ‘Jatuh ‘ cinta dan ‘bangun’ cinta. Untuk dirimu, aku memilih cinta yang kedua, supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga!”

Untuk itu, marilah para isteri…kita jadikan bidadari syurga sebagai ikon dan role model yang membangkitkan motivasi untuk memperbaiki diri, manfaatkan kerendahkan diri sebagai hamba sewaktu bermunajat kepada ILAHI dan usahakan keberkatan dalam setiap aktiviti rumahtangga agar kemelut rasa yang melanda, akan menemui jalan keluarnya, dan kebahagiaan hakiki menjadi milik kita.

Setelah jatuh cinta, kita bangunkan cinta berpaksi reda-NYA.

Dan buat suami yang dikasihi…bersamamu isterimu ini pernah jatuh cinta, dan dengan izin serta rahmat-NYA, kita akan terus bangunkan cinta ini sehingga lestari ke syurga yang abadi, InsyaALLAH….ameen.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.


Comments

Fatimah said…
Assalamualaikum,

Kak ina,


Apa khabar? semoga kak sentiasa sihat bersama keluarga. Tulisan amat membantu para isteri dalam menangani konflik emosi dan dilema.SUdah lama saya ketinggalan dari usrah kak ina, masih ingat saya lagi ? fatimah dari setapak indah.. sekarang, saya tetap mendapat santapan ilmu dari kak ina walau dari alam maya, kerana masa membataskan. teruskan menulis kak ina, kerna kak ina sememangnya membantu membalut dan mendidik jiwa yang halus dan lembut ini iaitu para isteri .


Semoga saya dapat berada di majlis ilmu kak ina lagi..

Assalamualaikum .
Anonymous said…
Assalamualaikum ustazah.. mohon izin share..^^ saya sangat suka bab doa dan munajat tu.. mungkin sebagai manusia yang sentiasa kesilapan, ianya dapat membuka mata saya berkaitan dengan doa..
SEEPOT SEEDOT said…
Assalamualaikum..
Pertamanya, terima kaseh kerana sudi membaca komen saya ni.
Sebenarnya, saya tiada komen nak diberikan cuma mungkin luahan hati saya atau pertanyaan tentang persoalan kehidupan.

Saya sebenarnya teringin sangat berjumpa dengan Ustaz Zaharudin iaitu suami puan.
Kalaulah dapat berjumpa dengannya, lapang rasanya hati saya ni kerana setiap saat yang diberikan akan saya manfaatkan untuk bertanya seberapa banyak mungkin persoalan mengenai hal-hal perbankan kepadanya.

Di kesempatan ini, tidak keberatan rasanya jika puan menjadi perantara untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan saya ni. Maklumlah, sebagai isteri tiada insan lain yang lebih memahami dan dekat dengan suami tercinta. Saya dah beberapa kali bertanya di ruangan komen pada blog Ustaz Zaharudin iaitu zaharudin.net tapi tiada jawapan diberi. Saya tidak salahkan Ustaz kerana sebagai orang penting dalam perbankan Islam, sudah tentu Ustaz sibuk dengan kehidupan seharian.

Dipendekkan cerita, saya sebenarnya nak bertanya tentang pinjaman peribadi, Insurans PrudentialBSN dan pinjaman kereta konvensional Maybank.

Soalan pertama:
Saya begitu terdesak sekarang nak menggunakan duit. Tapi pada masa yang sama, saya tak mahu terjebak dengan riba yang diamalkan oleh kebanyakan bank di Malaysia sekarang. Contoh kita pinjam RM5000, tapi bayaran balik dikenakan sebanyak RM7000. Saya pernah bertanya di Bank Islam dan CIMB Bank Islamic tentang pinjaman peribadi, tapi setelah membuat carian di blog Ustaz Zaharudin, ternyata tiada satupun Bank di Malaysia yang betul-betul mengamalkan perbankan Islam. Apa yang saya maklum, Ustaz Zaharudin ialah salah seorang panel syariah di Bank Ar Rajhi. Soalan saya, bolehkah saya membuat pinjaman peribadi di Bank Ar Rajhi? Sedangkan Bank Ar Rajhi pun mengenakan bunga (interest) kepada pinjaman peribadi.

Soalan kedua:
Sebulan lepas, saya tertarik dengan ajakan seorang kawan yang menyuruh saya menyertai insuran. Saya sudah membuat bayaran pertama untuk insuran PrudentialBSN. Soalan saya,halalkah insuran PrudentialBSN tersebut? Melalui blog Ustaz Zaharudin, saya nampak Ustaz pernah memberi Talk atau ceramah mengenai Takaful Ikhlas di Klang. Adakah Takaful Ikhlas ni halal?

Soalan ketiga:
Bulan Oktober 2011, saya membeli kereta Myvi dengan pinjaman konvensional dari Maybank. Saya sebenarnya terlupa membuat pinjaman secara Islamic kerana terlalu ghairah memiliki kereta. Sepatutnya saya membuat pinjaman melalui Maybank Islamic tapi lain pula jadinya. Soalan saya, perlukah saya tukar kepada pinjaman Islamic? Adakah pinjaman kereta konvensional Maybank ni Haram?

Saya sangat berharap puan sebagai isteri atau orang paling dekat dengan Ustaz Zaharudin dapat membantu saya yang memerlukan pertolongan ini. Sekian…terima kasih.
Assalamualaikum,

Selama ini saya menjadi silent redear pada blog ini, sesungguhnya saya amat menyukai blog ini kerana banyak manfaat kepada saya dalam melalui kehidupan ini.

Pada cerita puan mengenai doa Abid itu mengingat saya pada seorang kawan saya, dia kata apabila pergi bekerja, dia selalu berkata alangkah mudahnya kalau setiap bulan duit masuk ke dalam akaun aku setiap bulan tanpa pergi kerja dengan keadaan jalan raya yang selalu sesak ini... dan akhirnya doa itu dimakbulkan Allah tapi cara dia di uji mendapat sakit kanser pada tahap 3... sedih rasa hatinya mendapat ujian tersebut.. semasa saya menziarahi beliau dirumah.. beliau menasihati saya agar berdoa dengan baik kerana doa itu akan dimakbulkan dengan pelbagai cara. Sekarang memang dia tidak bekerja kerana tiap2 bulan duit masuk kedalam akaun oleh SOCSO untuk pencen ilat akibat sakit.. Itulah dugaan utk beliau, semoga beliau tabah dengan ujian ini...

Izinkan saya share artikel puan ye..

Terima kasih Jazakallah..
riz_eiman said…
Reply to Seepot seedut:
Saya bukan org yg byk ilmu, tp InsyaAllah, sy cuba jawab soalan ini (kalo slh, maaf)
soalan 1: dlm konsep kewngan islam sbnrnya, konsep pinjaman cuma satu je, iaitu pinjaman ikhlas (qadrul hasan), iaitu pinjaman tnpa interest. walau bagai mana pon, konsep personal loan yg dioffer oleh perbankan islam mungkin menggunakan contract lain utk 'menghalalkan' pinjaman ini. mmg betuk, xde bank di malaysia yg betul2 mengamalkan perbnkan islam yg sbnr, tp insyaAllah, kalau dlm keadaan darurat, harus utk mmbuat pinjaman di bank2 islam di malaysia ni.
2. insuran adalah haram kerana terdpt unsur2 gharar(ketidakpastian), maisir(judi) dan riba. seeloknya, bertukarlah ke takaful. tp setahu sy, Prudential BSN adalah takaful, bukan insurans. Ya, takaful ikhlas juga adalah satu syarikat yg menawarkan produk takaful berlandaskan islam.
3. sy pernah bertanya soalan yg sama ttg penukaran car loan konvensional kpd islamic. car loan ni lain sket dr housing loan. if kita tukar car loan konventional kpd islamic, rate dia biasanya akan jd lbh mahal sbb dikira rate second hand car. so, sekiranya anda mampu utk membyr dgn harga yg blh mahal, kena la tukar kpd loan islamic. tp sekiranya penukaran loan ini akan menyebabkan byk mslh, so, ini dikira darurat, dan anda boleh teruskn pinjalan konvensional ni. cuma, dinasihatkan, kalo ada duit lebih nnti, settlekanlah cpt2 loan tu.
wallahualam.
NuR FaRaHiM said…
alhamdulillah, sangat terkesan di hati
Nurliana Novi said…
Halo,
Saya Nurliana Novi saya ingin berbagi karya Allah yang baik dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi buruk di beberapa negara.
 Saat ini saya tinggal di jakarta di Indonesia. Saya seorang Janda dengan empat anak dan aku terjebak dalam situasi keuangan pada bulan Juli 2016 dan saya perlu untuk membiayai dan membayar tagihan saya
Saya adalah korban dari penipuan pemberi pinjaman 4-kredit, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan bahwa teman-teman saya menjelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya ke sebuah perusahaan pinjaman yang ELINA JOHNSON PINJAMAN PERUSAHAAN reliabl.
Bagi orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan internet di sini, tapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
 Saya mendapat pinjaman saya dari ELINA JOHNSON PINJAMAN PERUSAHAAN Rp500.000.000 sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya diterapkan, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui ELINA JOHNSON PINJAMAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda, silakan hubungi ELINA JOHNSON PINJAMAN PERUSAHAAN. menghubungi mereka melalui email:. (elinajohnson22@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (nurliananovi96@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.
Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA