RUMPUT DI PADANG NAN LUAS...

Wahai sahabat...apa jawabmu jika ditanya : "Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia?"

Kuakui soalan ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....

Bagiku....seorang pemburu cinta....
Dia ibarat seseorang yang berada di padang rumput yang menghijau luas. Impiannya adalah mencari sehelai rumput yang paling cantik di antara sekian banyak rumput yang melata.

Dia berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada sehelai rumput yang dirasakannya paling cantik, hatinya pula berkata : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini..."

Lalu, rumput itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya, tanpa disedari dia sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...

Untuk berpaling ke belakang dan kembali mencari, dia sudah keletihan, sedang masanya juga sudah banyak terbuang tanpa penghasilan....

Inilah realiti hidup....

Justeru, dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...

Ambillah pedoman agama....pesan rasul menjadi syaratnya, pasti bahagia akan kau kecapi sehingga ke syurga sana, InsyaALLAH :)




Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Makbonda61 said…
Assalamualaiku Ina.

Entry ini sangat membantu makbonda yang sekarang sedang punya anak-anak yang sedang memasuki musim ini. Jazakillah..

Kalau dia ibarat si pencari itu,dia dapati rumput-rumput yang dijumpanya bukan sahaja tidak hijau tatapi seperti berpenyakit dan tidak sihat.Bimbang kalau diguna juga akan memudaratkan kehidupan dan agama,jadi dia masih meneruskan perjalanan.

Pertanyaannya "Tidak salahkan Bonda?"

Bolah Ina tolong Makbonda jawabkan.
LindaLittle said…
blog sudah berwajah baru...:) cantik...


...ibaratnyer...jangan lah mencari yg sempura...bimbang takkan terjumpa...
norelmi najiha said…
sy mohon utk share~~ tq
mamawana said…
Assalamualaikum,

Kita mencari yg terbaik maka terlebih dahulu kita mesti menunjukkan contoh amal olleh yg terbaik . No body is perferct.
Unknown said…
ustazah, boleh bg emel ustzah?sy nak bertanya soalan hukum hakam yg peribadi.harapmustazah dpt mmbantu
Unknown said…
Sekadar ingin berkongsi.. sy umpama daun nan rumput semalu jua.. yg masih perlu banyak belajar dari ujian kehidupan ini...
Hidup ini memberi dan menerima.. jika kita yang kuat..maka tidak salah kita merawat...
Jika kita yg lemah tidak salah bersandar pada yang kuat..itulah manusia..
Itulah diriku...

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA