Posts

Showing posts from December, 2011

MENGENANGMU FATIMAH....

Image
Siapalah aku berbanding dirimu.... Tumbuh membesar dari tangan manusia paling mulia.... Bondamu tidak meninggalkan harta, tapi khazanah peribadi yang sentiasa disebut-sebut sang nabi, ayahandamu nan tercinta.... Kerana itu, dirimu dan bondamu... tergolong antara empat srikandi pilihan Yang Maha Esa... Siapalah aku berbanding dirimu.... Maharmu bukan dari wang berjuta.... Cukup nilaian sebatang perisai sebagai penyatu cinta.... Episod rumahtanggamu masyhur bahagia... Bukan kerana harta, tapi kaya jiwa.... Kau meniup obor semangat perjuangan... Merawat luka ayahanda dan suami di medan peperangan... Siapalah aku berbanding dirimu... Ketaatan tidak berbelah bahagi kepada suami, kesungguhan mengurus rumah sebagai suri, Mendidik generasimu menyintai ukhrawi... melebihi dunia dan segala isinya... Walau kerana semua itu..tubuhmu letih dan lesu.... tidak pernah mengganggumu mengabdi diri kepada Yang Satu.... Sungguh...siapalah aku berbanding dirimu... Fatimah bintu Rasulillah... menyusuri kisah

SABAR DAN SYUKUR

Image
Melakukan maksiat memang mengasyikkan, kedurhakaan terlihat cantik dan mempesonakan, lantaran syaitan menghiasinya dengan keindahan yang palsu, tidak berkekalan justeru, berSABARlah pada menjauhi maksiat… dan berSYUKURlah, kerana imanmu menjadi penyelamat dengan rasa malu pada-NYA. Melaksanakan ketaatan selalu terasa berat, ibadah bagai beban, memelihara kesolehahan bagai mengurung , menyekat dan menyesakkan… justeru, berSABARlah pada melakukan ketaatan… dan berSYUKURlah, kerana imanmu membangkitkan kesedaran bahawa ALLAH itu amat dekat. Dan, berSYUKURlah kerana ALLAH terus mendatangkan ujian cinta-NYA.. yang dengannya kita tahu bahawa kita masih memerlukan DIA dengan berSABAR untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia.... tetapi, kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan... kerana bimbang, ia hanya habuan di dunia semata, tanpa sedikit pun yang tersisa untuk kelangsungan hidup di akhirat sana....... U

BUKAN SEMATA PERASAAN!

Image
Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa. Sedangkan….. Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana. Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara : “Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.” Dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita; sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah : “Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan

TUHAN, IZINKAN KAMI TERUS BERSAMA

Image
Saya hampir kehilangannya. Ye, pernah…hampir-hampir kehilangan seorang insan yang amat saya kasihi. Seorang sahabat sejati setelah akad menyatukan kami, dia juga seorang suami yang sangat saya cintai. Ketika itu, kami dan dua permata hati, kak long dan kak ngah masih berada di bumi asing, di Irbid, Jordan. Jauh dari sanak saudara, dengan kewangan yang juga amat sederhana. Terbayang saat melihat suami terbongkok-bongkok menahan sakit, setelah bersusah payah melintas jalanraya, menggagahkan diri mendaki anak tangga dan mengetuk pintu rumah, hanya untuk memberitahu saya, yang dirinya akan dibawa ke hospital berdekatan. “Nanti as jumpa abang di sana ye…” lemah nada suaranya sambil melangkah menuju ke ambulan yang menunggu di tepi jalan. Saya bagai terpempan. Hanya mengangguk dan terdiam tanpa kata. Wajah anak-anak yang sedang leka bermain, saya pandang dengan mata mulai berkaca. Saya menangis. Takut. Bimbang….kehilangannya. INGIN DI SISINYA “As baliklah…abang boleh sor