Posts

Showing posts from November, 2011

CHAT : Satu pandangan

Image
Dalam usrah baru-baru ini, saya dan sahabat-sahabat seusrah bersama naqibah banyak membincangkan tentang pergaulan tanpa batas hari ini terutama di kalangan remaja walaupun mereka berlatarbelakangkan pengajian agama di universiti. "Saya tengok 'suasana' di ***, dah tak sama sebagaimana ketika saya mengajar di sana 15 tahun yang lalu..." kata seorang rakan usrah. Pada saya, bila memperkatakan tentang remaja, orang dewasa juga perlu 'melihat' dirinya sendiri, bahawa mereka adalah cerminan kepada individu yang masih muda di bawah mereka. Contohnya, bagaimana seorang ayah/ibu berchatting di fb, YM atau seumpamanya bersama lawan gender , tidak mengawal kata-kata, pertanyaan yang meleret-leret tanpa keperluan, maka keadaan yang sama juga boleh berlaku di antara anak-anak dan rakan-rakan mereka atau mungkin mereka menjadi lebih jauh lagi dari apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Saya masih ingat ketika berusia awal 20-an suatu masa dulu ( masih di IPTA ) saya menelefon

DI SEBALIK FOTO INDAHMU

Image
“ Astaghfirullah !” Meluncur kalimah tersebut dari bibir saya diiringi gelengan kepala tatkala menatap sekeping foto dari deretan News feed pada dinding ‘muka buku’ ( facebook ) pagi ini. Tidak lama dulu, saya ada membaca beberapa tulisan di blog yang mendakwa gambar-gambar muslimah bertudung telah di’ scan ’ dan diedit sehingga ‘menjadi’ seperti sekeping gambar bogel. Diikuti kemudiannya, paparan beserta bukti bergambar yang menampilkan foto muslimah dieksploitasi sehingga seakan-akan menampakkan susuk badan. Walaupun, asal foto-foto tersebut adalah bertudung dan menutup aurat sempurna, namun ia telah diedit melalui teknik super impose dan sinar x-ray untuk menampakkan bahagian dalaman. Kini, cerita yang sama muncul semula. Dari paparan nota pada gambar dan komen-komen di bawahnya, dapat saya simpulkan bahawa cerita tentang gambar-gambar muslimah menutup aurat di'bogel’ka, kembali heboh diperkata. Jujurnya, saya sendiri amat sedih melihat gambar-gambar tersebut dan

CINTA USIA EMAS

Image
Pagi ini, sewaktu menghantar kak long ke sekolah untuk ujian lisan bahasa arab, saya melalui sebuah masjid berhadapan jalanraya utama. Sewaktu kereta berhenti di lampu isyarat dengan warna merah yang baru menyala, di sisi lantai dan tangga bawah masjid, mata tertancap ke susuk tubuh seorang mak cik tua, manis bertelekung bagaikan menunggu seseorang. Selang beberapa langkah di kawasan tempat letak kereta, seorang pak cik tua sedang berusaha menghidupkan enjin motornya. Sebaik enjin hidup,dia bersegera menuju kepada mak cik tua yang setia menunggu dengan senyuman di bibirnya. "Tentu mereka baru mendengar kuliah subuh pagi ini..." saya berbisik. Mak cik tua membonceng motor dengan tangannya berpaut pada pinggang pak cik tua. Kejap. Erat. Sungguh romantik pemandangan itu bagi saya. "Tentu sudah banyak ranjau kehidupan berumahtangga yang mereka lalui untuk sampai kepada peristiwa pagi ini," saya menelah.