Posts

Showing posts from June, 2011

TERUSLAH BERCINTA HINGGA KE SYURGA-NYA

Image
Sejak keluar dari rumah jam 6.15 petang tadi, hujan masih turun mencurah. Tiada tanda akan berhenti. Sambil mendengar radio IKIM.fm, saya terus setia menunggu di dalam kereta. Sesekali saya meninjau dari kaca tingkap kereta, kalau-kalau terlihat kelibat suami di luar. 45 minit berlalu. Saya sedikit resah. Namun, sejurus terlihat samar-samar tubuh suami menghampiri, dengan berpayung dan membimbit tiga plastik barang-barang yang baru dibeli dari pasar malam berhampiran, saya menanti dengan senyum lega. “Alhamdulillah hujan…tak ramai orang di pasar malam,” ujar suami sebaik pintu kereta dibuka, tanpa sempat saya bertanya. Plastik barang dihulurkannya kepada saya. Sungguhpun pada awalnya saya dan suami bercadang membeli belah bersama ( berdua ), tetapi hujan lebat menyebabkan suami meminta saya menunggu sahaja di dalam kereta. Tambahan pula, tubuh saya masih terasa sedikit lemah kesan demam pada hari sebelumnya. “Eh! “ Senyuman saya kian melebar. Mata bulat meninjau ke dalam satu plastik

NILAI SEUTAS GELANG EMAS

Image
Kolam mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis. Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi. Berikut emel yang dikirimkan :