NILAI SEUTAS GELANG EMAS
Kolam mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis.
Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi.
Berikut emel yang dikirimkan :
"Saya begitu meminati ruangan Tanbih yang ditulis oleh Puan Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yang tersendiri kepada pembaca.
Begitu juga dengan tulisan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang begitu saya minati hinggakan tiap-tiap patah perkataan yang ditulisnya saya cuba hayati satu persatu.
Bersyukur kepada Allah kerana insan-insan yang istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham dariNYA untuk sama-sama berkongsi dengan kami, para pembaca yang dahagakan ilmu.
Namun, isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.
Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.
Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina.
Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.
Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.
Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.
Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku.
Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.
Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta.
Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.
Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu.
Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.
Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal.
Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.
Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran.
Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.
Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak.
Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.
Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini.
Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat.
Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.
Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.
Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.
Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan.
Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang.
Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.
Wallahualam."
NILAI SEUTAS GELANG TANGAN
Apalah sangat nilai seutas gelang tangan emas berbanding berkat dan rahmat ALLAH SWT atas tindakan nekad ini!
Berbahagialah wanita ini kerana usaha dan penyerahannya yang tinggi kepada ILAHI.
Berbahagialah suami wanita ini kerana memiliki seorang suri yang berusaha menjaga diri.
Berbahagialah zuriat pasangan ini kerana memiliki ibu bapa berjiwa rabbani.
Berbahagialah kalian kerana sesungguhnya ALLAH SWT merahmati hamba-hambaNYA yang sentiasa berusaha mentaati perintah-NYA.
Ameen Ya Rabbal ‘alameen.
Sesungguhnya airmata ini menitis kerana-MU jua Ya ALLAH.....
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Comments
menarik skali isinya.
mmbuatkan sy tertarik untuk mgambil bidang pbidanan.
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KAK INA DAN SI IBU SERTA SELURUH WANITA YANG SENTIASA BERUSAHA MENJAGA 'IZZAH DIRINYA...LANTAS KEBERKATAN ITU MENGALIR KE SEKALIAN MAKHLUK.AMIN.
oh ya,berkaitan perkara isu di atas,syikin belum punya anak.. tapi sudah 3 kali keguguran :).. dua dari nya d & c di hospital kerajaan.. 1 darinya dah keluar habis,tak perlu d & c. Keadaan ekonomi keluarga yang agak kurang mampu,dan kesemua kandungan adalah di luar sedar membuatkan syikin tidak berkemampuan untuk ke hospital swasta,hajat hati sudah mengintai-ngintai dewan bersalin muslimah @ al islam medical center untuk kelahiran anak suatu hari nanti,kohilal pun sudah biasa ibu bersalin di sana dulu :)..
Pengalaman "cuci" di hospital kerajaan,pertama kali bersama doktor india dan cina ,kedua-dua nya lelaki. Dalam keadaan sakit masih sempat bertanya "tak ada doktor perempuan ke?? " ... gelengan yang diterima amat mengecewakan.
Alhamdulillah,urusan di permudahkan,w'pun doktor bukan islam,niqab di muka tidak di paksa untuk di tanggalkan,mahu memegang pun masih meminta izin,tetapi kecewaan berbulan-bulan dirasakan kerana tidak mendapat doktor muslimah.
kali kedua 2 bulan lepas :)... baru syikin tahu yang d & c di hospital kerajaan tidak di bius,subhanAllah,rasanya seperti di siang hidup-hidup.. kali ini dapat 2 doktor perempuan,seorang muslim dan seorang bukan muslim. Kali ini layanan begitu kasar,doktor bukan islam "memaki " syikin kerana berniqab dan di anggap begitu bodoh. Dilakukan dengan begitu kasar sehingga menjerit syikin ,rasa seperti betul-betul di siang,sehinggakan ketika mahu balik berdiri pun rasa tak mampu...
Alhamdulillah,kami hanya punya motosikal,suami bawak perlahan-lahan untuk mengurangkan kesakitan.
Sampai syikin menangis berpesan kepada suami,"tolonglah.. lepas ni,jangan bagi saya di siang hidup-hidup lagi.Sakit."
Begitu ngeri,hingga kini sakitnya masih terasa jika buat kerja berat sikit :)..
Tetapi kepakaran O&G adalah satu kepakaran yang memerlukan pengorbanan yang amat besar bagi seorang wanita yang juga seorang isteri dan ibu. itulah sebabnya ramai doktor wanita tidak sanggup mengambil bidang ini atas sebab pengorbanan masa dan tenaga hingga boleh mengabaikan keluarga sendiri.
Saya bersimpati dengan kisah syikin. Namun tak mengapa, puan telah berusaha semampu puan untuk mendapat rawatan yang sepatutnya.
Cuma agak terkilan dengan sikap doktor wanita yang tidak mempunyai sensitiviti dan tidak menghormati pesakit wanita. Hal ini macam meng'iya'kan kenyataan doktor lelaki lebih lemah lembut dalam melayan pesakit.
p/s : sy pun pengikut setia article Pn Noraslina dan suami di dlm Solusi.. Terima Kasih kerana sentiasa ikhlas dalam berkongsi kisah utk diteladani .=)
sangat bersetuju dgn artikel ukhtie dan pengalaman pembaca artikel.
saya melalui 2 pengalaman kehamilan dan bersalin 2 kali dengan sentuhan dr.serta jururawat wanita!alhamdulillah..
sepanjang tempoh itu ada yang mengatakan saya demand, mengada-ngada dan macam2 lagi kerana memilih pusat rawatan swasta!walhal, saya dan suami menabung untuk menyambut dan menyambung zuriat demi mengikut syariat!
alhamdulillah, semuanya adalah berkat dan rahmat dariNya.
Hati saya mmg terkilan bila mengenangkan tiga kelahiran sblm ini dilakukan oleh bukan dktr muslimah. Malangnya di tempat sy tiada hospital swasta yg mempunyai dktr muslimah/wanita. Yang ada hanydi daerah/negeri berdekatan yg mengambil ms 1 jam perjalanan.
harap ustazah dpt memberikan buah fikiran dalam hal saya ini.
Bykkn solat taubat & hajat minta dgn Allah.. berkali-kali dah mmg x cukup duit bekalan nk bersalin kat swasta yg ada dktr muslimah, berhutang dulu(guna duit lain, hspt kena byr cash!). Alhamdulillah lepas baby kluar ada je jalan utk selesaikan hutang tu.. rezeki anak.
Dktr muslimah mmg susah sikit nk cari klau luar KL tp sampaikan doa pd Allah minta bantuan... saya tinggal di Melaka sbb nk khidmat mak mrtua, anak ke4 kami aturkan awal2 bersalin di gombak kat tmpt anak no.2 & 3 bersalin dulu. Jaga kesihatan btul2, Alhamdulillah, selamat bersalin, balik ke melaka smula. Anak ke 5 saya masih di melaka, survey trdekat pusat bersalin ada di nilai. budget masa 1 jam 4 minit drive...suamipun nekad juga, solat hajat x putus2. Alhamdulillah, selamat juga bersalin dgn dktr muslimah.
Skrg ni sdg prgnt yg ke 10 (yg lps 5 hidup, 4 x gugur) mohon Allah beri kemudahn menjaga syariat sepjng kehamilan hingga bersalin kelak...
kos bersalin swasta mmg agak tinggi mungkin kerana mereka profit oriented. doa sangat2 Allah bukakan hati2 org hartawan2 ke jutawan2 muslim agar bole infaq wang , kemudahan & kemahiran utk buat hspital bersalin muslimah yg mampu utk org2 islam di SETIAP negeri di Malaysia ni. Aaamin. Harap sekalin muslimin dapat sama2 usaha ke arah itu.
Utk muslimah yg kena bersalin di tmpt darurat tu, mgkin membantu sekiranya di dlm senarai "things to bring to hspital" tu masukkan 'legging' paras buku lali ke pangkal peha agar aurat kita dpt lebih trjaga kerana legging tu x ganggupun proses bersalin biasa..mohon kerjasam yg menyambut baby tu..asal kita tau kita dah buat yg terbaik masa tu, tawakkallah dgn Allah. Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa.. wsslm.
minta izin share di blog saya jugak.. terima kasih..
Mohon share artikel ini di "facebook"...
Moga Allah merahmati Kak Ina sekeluarga di atas perkongsian yang menarik..
ameen...
Mohon share di fb dan blog ye