CINTA 100%

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka bertanya, lalu berapa peratus pula cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…
Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.


p/s : Sekadar mengambil kefahaman dari didikan Junjungan mulia, Muhammad SAW dan masih berusaha untuk mencapainya, doakan saya :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Especially bila orang- orang yang disayangi dan dicintai tu mendekat dan menambah cinta kita pada Allah:')
rosfazila said…
as salam ya ukhtie
saya stuju 100% dengan ukhtie.
cinta anugerah Allah pada manusia bukanlah sekadar formula matematik yang bila di tolak, tambah, bahagi dan sebagainya ia menyamai nilaian yg sgt objektif, tetapi Cinta anugerah Allah adalah tersendiri dan lebih daripada yang tersebut di atas!SubhanAllah!:)
salam akak..
begitulah tafsiran cinta..
maka, ayuhlah kita sama-sama tanamkan kecintaan pada sekeliling kita.. memaafkan juga salah satu cara untuk menambah cinta itu.. :)
cun09 said…
as-salam sahabat ^_^

nk mintak komen n3 terbaru saya...tq
Insyirah said…
saya dah follow awk
btw nama kita sama lah
nama saya ummu husna insyirah
jemput dtg ke blog saya k..
Unknown said…
nk minta copy sajak cinta 100% ni blh?
Sang Pemikir said…
Cinta kepada makhluk bukan kerana Allah boleh menjadikan seseorang itu lemah dan hina, tapi cinta kepada makhluk kerana Allah akan menjadikan kita bertambah kuat dan mulia.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA