Posts

Showing posts from October, 2010

ANDAI SEMUA ITU BELUM CUKUP!

Image
Bagaimana kita menanggapi sekian banyak 'teguran' dari ALLAH SWT ini. Adakah cukup dengan rasa sedih dan pilu tatkala menghitung angka korban, jumlah kerugian harta benda, atau hanya memanjangkan perdebatan tentang siapakah yang bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan nyawa, sekadar itu?

SEDIKIT PENJELASAN

Image
Sebenarnya, saya berazam untuk tidak melanjutkan perbincangan tentang rumahtangga selepas entri : Sinergi 1,2 dan 3 yang lalu, tetapi memang sukar nampaknya; kerana berbicara tentang perkahwinan dan hubungan suami isteri tidak ada satu pun yang remeh dan kecil. Semuanya penting dan besar bagi saya. Tidak pernah saya lupa kepada peribahasa ‘orang-orang’ kita, It takes two to tango :) Bertepuk sebelah tangan, manakan ada bunyinya! Kerana itu saya tidak pernah menafikan peranan dan tanggungjawab lelaki ( suami ) untuk mengemudi bahtera rumahtangga. Lebih-lebih lagi lelaki dihalakan di dalam masyarakat dan agama yang mulia ini sebagai teraju utama kepimpinan sesebuah keluarga.

SINERGI 1,2 DAN 3 : Kekuatan Cinta Seorang Isteri

Image
Saya meraup dua tangan ke wajah. Satu keluhan yang berat saya lepaskan. Mata terus terpaku ke skrin kaca di hadapan. Hari ini buat kesekian kalinya saya menerima beberapa emel berkisar masalah rumahtangga. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa hiba dan sedikit terganggu dengan beberapa luahan dari pihak isteri. Baris demi baris saya baca dan amati sebaiknya. Bukan seorang dua, malahan sebahagian besar emel yang diterima, sehinggakan ruang berbual di kotak sembang di blog saya juga mengenengahkan masalah yang hampir sama. Kesemua mereka meminta pandangan bagaimana harus berhadapan dengan sikap suami yang tidak pandai memujuk, bermesra membelai, bahkan sebahagiannya panas baran, suka mengherdik, menengking dan memukul tubuh badan. “Kasihan,” bisik saya. Bagai turut merasai kepahitan dari luahan jiwa setiap seorang dari mereka. Bagai terbayang air mata yang tumpah saat mereka menghadapi hidup seharian. “Ya ALLAH, bagaimana lagi dapat aku membantu ?” Bertalu sahutan dari dalam diri setiap k

KALKULATOR CINTA

Image
Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri. Berulangkali. Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi. Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta. ‘Kalkulator cinta’.** Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya. Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, I love you my dear , maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai. ‘Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia. Saya berangan-angan lagi. Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

Image
“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan. “Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua. “Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas. Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata. Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi. ‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.