BELAJAR DARI PASIR
Kali pertama melihat aksi dan tari dari jemarinya yang lembut, tetapi pantas dan tajam melakarkan suasana, saya terpaku seketika. Tanpa suara, tanpa bilah kata. Hanya lakaran peristiwa berlatarkan muzik penuh dramatik menjadikan penceritaannya dilimpahi pelbagai ‘rasa’. Berbaur suka dan duka, tangis dan ceria. Mata menumpu penuh teruja menanti satu demi satu babak cerita yang akan dibawanya. Sejarah menjadi tema persembahannya. Pada awal pengkisahan, dia menghamparkan suasana damai penuh keindahan. Sejurus itu, konflik mula berlaku.Ia menggambarkan detik penaklukan Jerman terhadap Ukraine di dalam perang dunia kedua. Peperangan yang telah memisahkan orang-orang yang dikasihi, hidup dan mati yang tidak pasti. Penonton kelihatan terbuai dengan gaya dan ragam suasana yang dibawakannya sehingga ramai menitiskan airmata hiba. Dan hari ini, buat kesekian kalinya, saya sekali lagi menonton persembahan seni pasir dari Kseniya Siminova ini di laman Youtube . Beliau merupakan seorang pelukis b