Posts

Showing posts from April, 2010

NASIHAT BUATKU DAN DIRIMU

“Kenapa Ummi menangis ?” tiba-tiba Khalil menyapa. Memang anak yang seorang ini pantang melihat air mata. Pasti dia datang bertanya. “Ummi sedih…” saya membalas ringkas. “ Sudah Ummi, tak mau sedih-sedih,” Khalil memujuk sambil menggosok kepala saya. Meniru cara saya dan suami bila kami memujuknya. Saya tersenyum hambar, namun pujukannya menghilangkan sedikit gundah di jiwa. “Cuba Khalil tengok ni..kesiankan ?” Saya mengarahkan mata ke skrin komputer. Khalil turut mengalihkan pandangannya. Paparan video pada skrin di hadapan memperdengarkan sebuah nasyid yang cukup syahdu. Suara dari Syeikh Misyari al Afasi, yang cukup terkenal dengan alunan ayat-ayat suci yang merdu. Kandungannya menggambarkan kisah seseorang yang tidak mampu melihat keindahan bulan dan alam semesta. Juga, tidak dapat menatap wajah lembut seorang ibu kerana matanya buta. Kisah yang dipertontonkan itu cukup menusuk kalbu dan jiwa.

KITA YANG BERNAMA MANUSIA

Image
“Adik, jom mandi,” saya memujuk Solehah. Seperti biasa, Solehah menggeleng kepala. Bibir merahnya dicebekkan tanda tidak suka. Saya faham, dia keberatan. Saya merapati Solehah. Cebekannya semakin ketara. “Ala..mandi ya. Nanti Solehah bersih, wangi, cantik..” saya memujuk lagi beserta kata-kata pujian. Tapi, Solehah tetap bertahan. Tidak berganjak dari tempat duduknya. Bila-bila masa sahaja, riak ‘mendung’ di wajahnya bakal menurunkan hujan air mata. Melihat itu, saya diam sebentar. Memikir-mikir cara lain yang boleh diguna untuk melembutkan hatinya. Tanpa begitu memaksa. Oh! Ya! Saya teringat sesuatu di minda.

BAHAGIAKAN DIRIMU...

Image
Saya mengenali seorang wanita yang kerap menjalin hubungan istimewa bersama lelaki. Sebaik hubungan sedia ada menemui titik buntu, dia pasti mencari cinta yang baru. Hidup bersendirian bukanlah pilihan kerana baginya kesunyian bermakna tiada kebahagiaan. Dia sentiasa ingin menyintai dan dicintai, menyayangi dan disayangi. Suatu ketika, dia bersama seorang lelaki yang dilihat sangat sesuai untuk dirinya. Cuma sayangnya, lelaki itu tidak memberikan sepenuh cinta yang didambakannya. Namun dia membiarkan sahaja perkara itu terjadi tanpa mahu memutuskan ikatan yang terjalin. Apabila ditanya, mengapa? Jawapannya, dia tidak punya pilihan lain, kerana padanya bersendirian bukanlah sesuatu yang diinginkan. Bersendirian bagai suatu penanggungan yang amat memeritkan berbanding kurangnya kasih dari kekasih. Walau itu tidak sebagaimana yang diimpikan. Sampai saatnya, hubungan itu menjadi bertambah buruk. Perpisahan terjadi jua. Di ketika itu, dia bersedia menghadapi kemungkinan yang berlaku dan ter

KU INGIN JADI BIDADARI ITU...

Image
Sumber Kereta MPV Honda Shuttle berwarna biru meluncur laju menyusuri lebuhraya. Cuaca dingin sejak pagi mulai beransur hangat. Matahari bersinar terang memancarkan cahaya. Saya dan keluarga bermusafir ke Lancaster untuk menjayakan ‘Kem Solat’ bersama warga Malaysia di sana. Sepanjang perjalanan, saya mengambil peluang menikmati keindahan alam. Padang rumput yang menghijau. Juga, bunga-bunga Daffodil kelihatan tumbuh melata dengan kembang kuning yang menambah ceria. Damai. Menghilangkan resah dan risau. Suami pula tenang memandu di sisi. Sesekali dia tersenyum sendiri. Mungkin tercuit hati dengan isi ceramah yang didengarnya melalui MP3. Ceramah tentang syurga dari Syeikh Anuar Awlaki. “Hai..apalah yang disenyumkan tu?” usik saya, sengaja mahu mengajak suami bercerita. Suami menoleh. Senyumnya belum lekang dari bibir. Bahkan makin melebar saat melihat saya menjeling sinis. Belum mahu menjawab, suami kembali memberi tumpuan kepada pemanduan dan isi ceramah. Anak-anak di bahagian belaka