Posts

Showing posts from January, 2010

BUKAN PERTANDINGAN !

Image
Sumber Saya sebenarnya kurang selesa bila ada orang bertanya berapa juzukkah bacaan al-Quran anak-anak saya. Andai sekadar bertanya, masih tidak mengapa. Saya akan menjawab dengan penuh lapang dada. Akan tetapi, yang menjadi sebab ketidakselesaan saya ialah bila jawapan saya dibalas dengan pandangan mata seakan tidak percaya. “Eh..takkan baru banyak tu. Anak saya, Alhamdulillah… dah nak khatam dah,” dia berkata dengan nada suara dan senyum sinis yang menyakitkan mata dan jiwa saya. Namun, saya tahankan hati. Buat-buat biasa, seolah-olah tidak terasa. “Tak mengapalah…saya memang agak ‘keras’ dalam bab mengaji ni. Selagi belum betul-betul lancar, bacaan mereka tidak akan saya alih ke muka surat seterusnya,” penuh yakin saya menjelaskan pendirian. Saya percaya, ada di kalangan pembaca yang pernah mengalami situasi sama seperti saya. Tidak tahu apa tujuan dan maksud dia berkata begitu. Bukanlah saya mahu menelah niat di dalam hatinya, cuma cara dia menyatakan kesyukuran atas pencapaian an

PULANGKAN

Tulisan ini adalah untuk menjawab persoalan dari seorang pengunjung pada artikel ‘Pakaikan Dirimu pakaian taqwa’. Soalan itu dikatakan dari seorang wanita Cina yang Free-thinker : 1) mereka ditanya apakah maksud 'fitrah', dan adik2 ni jawab "yg Allah dah jadikan terhadap sesuatu, cthnya, wanita fitrahnya lembut". Maka wanita tersebut balas balik, apa bukti fitrah wanita mesti lembut? dan buktinya... 2)soalan kedua pasal knape lelaki ada yg tukar jantina ke wanita? dan sebaliknya...isu fitrah juga. Pertamanya, saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab semua persoalan besar yang diutarakan. Namun atas dasar saling ingat mengingati dan berkongsi, saya cuba berikan sedikit huraian berpandu pengetahuan yang sedikit ini, InsyaAllah. Umumnya, perbincangan tentang fitrah bertitik tolak dari firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada

PAKAIKAN DIRIMU PAKAIAN TAQWA

Image
“Kenapa muka Ummi berkerut-kerut tu?” Kak Long yang suka bertanya menghampiri saya. Saya menoleh memandang kepadanya. Tersenyum lantas kembali menatap gambar-gambar penuh warna ceria. “Wah!Cantiklah…”tukasnya tiba-tiba. Belum pun sempat saya menjawab, bebola anak matanya lebih dahulu memandang skrin komputer. Teruja dan terpesona. Bercorakkan motif floral abstrak dengan kombinasi satin warna ungu di bahagian dada, baju dari kain satin lembut warna hijau muda terang itu sangat menarik pandangan mata. Ditambah pula aksesori tambahan dari batuan mewah, baju itu cukup memukau dan indah. Itu tanggapan awal saya. “Kak Long suka?”soal saya pula. Kak Long tersenyum lebar mengiyakan pertanyaan saya. Memang cantik. Sebagai perempuan saya juga turut tertarik. Cuma, ada kerisauan yang berdetik setiapkali saya menemukan gambar-gambar seumpamanya. Memang perkara yang satu ini sungguh membimbangkan saya. Dari sehari ke sehari, perkembangannya merunsingkan hati. Kecamuk jiwa mengenangkan nilai Islam y

WAJAH-WAJAH DI KALENDAR

Image
Sengaja saya letakkan kalendar dengan wajah tiga permata hati saya itu di meja kerja. Betul-betul di sebelah komputer riba yang banyak berjasa. Tempat saya berkarya dan mencurah ilham untuk ditinta. Kalendar itu sebagai pembakar semangat dan pencetus idea. Menatap wajah ketiga-tiga mereka iaitu Kak Long, Kak Ngah dan Khalil yang sedang tersenyum manis, ia seolah-olah manifestasi keceriaan dan kebahagiaan mereka pada tahun sebelumnya. Dan InsyaAllah, diharapkan kesinambungannya akan terus berlaku pada tahun ini dengan bantuan saya dan suami. Mereka menghadirkan pelbagai suasana dalam kehidupan saya. Gelagat dan telatah mereka cukup menghiburkan. Namun, tidak dinafi, ada ketikanya kerenah dan ragam mereka menyesakkan dada dan fikiran. Ringkasnya, mereka mengajar saya erti gembira. Dan mereka juga mendidik saya erti sabar dan tidak putus asa. Bersama mereka saya mencipta kenangan yang tersendiri. Lantaran, setiap dari mereka masing-masing punya karektor dan peribadi. KAK NGAH YANG CERIA S