15 December 2010

DALAM TADBIR KUSUSURI TAKDIR-MU ( Bhgn 2 )


Namun, langit tidak selalu cerah. Ada ketikanya, awan mendung berarak megah menutupi sinar mentari yang indah.

Demikian juga kehidupan saya dan suami. Entah bagaimana, penempatan pertama saya sebagai guru sandaran terlatih ditempatkan jauh di bumi Kenyalang, Sarawak. Saya terpaksa menolak kerana keadaan sangat tidak mengizinkan untuk saya berjauhan dari suami yang dikasihi.

Kami reda dan meneruskan hari-hari seadanya. Persediaan menyambut ‘orang baru’ juga dilakukan sekadarnya memandangkan suami baru bekerja dengan gaji bulanan RM800 sahaja. Akan tetapi, dengan bantuan dari adik beradik saya dan suami, juga kenalan yang bermurah hati, sedikit sebanyak menambah keyakinan kami terhadap rahmat dan kasih sayang ILAHI.


IMPIAN TERLAKSANA
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, setelah dua tahun berlalu, saya masih lagi belum bekerja. Penolakan saya untuk mengajar di Sarawak tempohari, menyebabkan status penempatan saya terus ‘pending’.

Hati seorang ayah resah melihat keadaan itu. Saya cuba memahami kerisauannya. Dalam dunia hari ini yang serba serbi memerlukan wang, pasti terdetik sedikit sebanyak keresahan dalam diri seorang ayah terhadap masa depan anaknya ini.

Saya pasrah andai ini takdir-NYA, setelah berhempas pulas selama enam tahun untuk segulung ijazah, saya hanya bergelar surirumah. Akan tetapi, saya tahu, saya tidak pernah rugi apa-apa. Ilmu yang diperolehi sekian lama, masih dapat saya cerna untuk membesar dan mendidik anak-anak di rumah.

Namun, tiada siapa yang dapat meneka ‘kerja’ dan kehendak TUHAN Yang maha Kaya.

September 2001, selepas 3 bulan melahirkan cahayamata kedua, permohonan suami untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Jordan telah diterima. Saya terkedu tatkala suami mengkhabarkan berita gembira itu. Terbayang harapan lama yang disangkakan tidak akan menjadi nyata, rupa-rupanya ia tetap tersimpan dalam perancangan Yang Maha Kuasa.


Impian itu akhirnya terlaksana setelah saya bergelar isteri dan beranak dua!

Bahkan ia menjadi kurnia berganda dari ILAHI, kerana impian saya ini, juga merupakan impian suami yang belum menjadi realiti.

Di pihak suami, beliau juga amat menginginkan untuk menyambung pelajaran di peringkat degree ke timur tengah, namun kesempatan tersebut dimakbulkan ALLAH untuk peringkat yang lebih tinggi ( peringkat Masters ).

Buat kesekian kalinya, tersingkap betapa besar hikmah kegagalan saya dan suami untuk menyambung pelajaran di Timur Tengah dahulunya.

Malah jika direnungkan dengan lebih mendalam, andai salah seorang di antara kami menuntut di sana, ‘jalan’ kepada mahligai perkahwinan ini juga tidak mungkin bertemu puncanya.

Sesungguhnya hanya DIA yang Maha Mengetahui...


TANGISAN SYUKUR
“Bacalah yah. Nanti ayah komen ye..maklumlah, Ina ni orang baru belajar menulis,” saya cuba berjenaka.

Terdengar ayah tertawa. Saya terhibur.

“Ayah, kalau ada pahala pada penulisan Ina tu, ayah dan arwah maklah yang lebih berhak mendapat bahagian darinya sebab ayah dan arwah mak yang mendidik dan membesarkan Ina sehingga 'menjadi' Ina yang ada hari ni,”luah saya jujur.

Saya begitu memaksudkan kata-kata saya.

“Ina tak ada harta melimpah sebagai hadiah. Moga-moga tulisan Ina jadi amal jariah yang mengalirkan pahala buat arwah mak dan ayah,” saya menambah. Entah kenapa, terasa hiba ketika menuturkannya. Sebak.

Esakan kecil mencuit corong telinga saya. Saya terkesima.

Ya ALLAH! Ayah menangis!

Saya menggetap bibir. Air mata meluncur laju membasahi pipi. Tangisan saya menyambut esakan ayah.

Kami menangis bersama.


KUSUSURI TAKDIR-MU
Saya bersyukur. Tertawa dan tersenyum dalam kerendahan diri terhadap kebesaran ILAHI. Menangis dan merintih dalam ketinggian ilmu-NYA yang tidak bertepi.

Betapa saya menginsafi kelemahan diri meramal baik dan buruk atas setiap yang terjadi.

Betapa saya menyedari bahawa takdir dan perancangan ALLAH SWT yang Maha Berkuasa sentiasa mendahului tadbir manusia yang lemah dan tidak berdaya ini.

DIA mendidik saya, untuk selalu berbaik sangka dengan takdir-NYA.

Dan DIA mengajar saya, untuk tetap teguh berdiri, melakar tabah melukis tadbir meniti perjalanan usia.

Alhamdulillah, walhamdulillah, Allahuakbar!



Kususuri takdir-MU, Ya ALLAH……

Benarlah :

Maksudnya : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( Surah al Baqarah ayat 216 )

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

19 comments:

Laili Suriani Idris @ Hamzah said...

salam.

setiap kali membaca bingkisan dr k.ina, mst air mata sy tanpa segan silu mengalir.....
tulisan k.ina byk mengajar sy erti kehidupan..
Alhamdulillah...
terus kan berkarya, kerna ianya tidak sia-sia.

Sulam Kaseh said...

Laili : aa samalah dengan saya.. setiap kali membaca bingkisan2 kak ina, mesti hati terasa sebak, dan sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan yang kekadang yang banyak di tutupi dengan dosa.. banyak kata2 kak ina yang dapat membangkitkan semula semangat saya untuk menjadi insan yang takwa kepadaNya.. moga Allah permudahkan segala urusan buat kak ina dan keluarga.. dan, semoga jodoh kak ina dengan ust zaharuddin akan berkekalan hingga ke syurga.. Ameen.. doakan kami juga..
p/s : banyak juga catitan kak ina saya masukkan ke dalam blog saya, sebagai pemangkin utk diri yang serba dhaif ini.. http://sulamkaseh.blogspot.com/

cikceriacorner said...

salam ziarah k.ina..
bestnye baca penulisan akak..:)

aNiSaHuRi said...

akak... saya pun menangis jugak...

atie said...

salam ina...

setiap yang diturunkan Allah SWT itu pasti ada hikmahnya..... kesusahan dan cabaran hidup itulah yang mematangkan kita bersyukurlah atas setiap pemberianya..... ada tulis buku ye... insyaallah kalau saya jumpa nanti saya akan beli.....untuk muhasabah diri...

dari~ummie said...

salam kak ina..
saya menjadi pembaca senyap kak ina selama ini..alhamdulillah..dengan setiap tulisan akak,ia mampu membuat saya kembali sedar dari dunia nyata yang hanya tipu daya...sy ingin terus perbaiki akhlak..insyaALLAH

Cik Afzan Binti Saad said...

yaAllah...besarnya rahmatMu...

Asiah yusro said...

ternanti nanti tulisan mu wahai sang murabbiyah ;)

akuhamba99 said...

mashaAllah baik sekali penulisan ini, jzkk kak ina

am0i Ida said...

Teringat dulu, hati memberontak sampai hampir nak lari dari rumah (konon2nya) gara2 ayah tak benarkan ida sambung belajar..kalau nak belajarpun kena keja dulu, bayar sendiri sb keluarga tak mampu..sb sia2kan peluang yg meka bagi..

Syukurlah masih berpijak di bumi yang nyata..ada hikmahnya semua ini berlaku..bertemu dunia tarbiyah, bertemu suami dan segala2nya..(termasuk berkenalan dgn kak Ina) :)

sesungguhnya perencanaan Allah lebih hebat..

terima kasih kak Ina atas perkongsian..

* uMieCuiE * said...
This comment has been removed by the author.
ratna said...

salam kak ina...

menitis airmata saya membaca tulisan kak ina. 'langit' saya sedang mendung, namun saya berdoa agar mendung ini akan berlalu. semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada saya untuk redha dengan takdirNYA. terima kasih, kak ina...

Whoelses said...

Salam, hanya dgn ucapan Terima Kasih diatas nukilan..

As-Syams' said...

jatuh juga air mata ini...

Eda said...

teringat kat parents...

sebak tak terkata..

raihana said...

salam kak ina.
alhamdulillah tulisan2 kak ina bnyk memberi inspirasi dan motivasi kepada ana.ana sebenarnya dalam keadaan agak down dengan keadaan sekeliling.ketika hati mohon pertolongan Allah,alhamdulillah ana membaca entry di blog kak ina kali ni dan tulisan2 entry kak ina seolah2 mngubat tiap luka yg ana hadapi.jazakallah khairan kathir dan ana doakan moga kak ina terus menulis. (^_^)

Rashidah Ismail said...

salam kak ina..di tengah2 dunia yang seperti lupa ada penghujungnya, ada hati yang rasa perit tak keruan.
thanks kak ina kerana melalui penulisan akak hati2 itu dapat dibawa kembali ke laluan rahmat Dia...semoga Allah memberkati akak sekeluarga:)

Umm Ali said...

Salam Kak Husna,

Thank you for this beautiful post.

Alhamdulillah, I too have stepped out on faith. Bertawakkal kepada Illahi believing He will absolutely support us if we fulfill His commands and put our trust in Him.

Early on in my marriage I knew I wanted to be the one to raise my family. Even though we were in debt and my husband's income does not seemed sufficient to cover our expenditure I quitted my job and got a part-time job so that I can focus on learning to become a wife to my husband and eventually a mother.

We lived on his income and used my monthly pay to pay back our debts. Alhamdullilah just before I gave birth to our first child we were freed from the bondage of credit card debt! The journey was tough, there were lots of tears and tightening of belts. While a lot of our peers bought new houses, cars, and annual holidays we stayed put and resolved that Allah will find a way for us if we remain steadfast in our trust in Him.

Now five years later I am living my dream as a homemaker, wife and mother to 2 beautiful boys! It's hard work but we try to live simply and so far alhamdullilah our finances are no longer as tight as it was before. Such is the power of Divine will!

All that is required of us is to submit to His will and become His obedient servants. Allah knows best.

Salam perkenalan...

anak2mama said...

Assalamualaikum. Menarik sekali nukilan ina. Diharapkan ina dpt mengisi kuota penulis wanita yg islami,bukan penulis yg akan membawa pembacanya berkhayal di alam ciptaannya .
Sekadar berkongsi pengalaman, akak juga berhenti kerja ketika menanti kelahiran anak kedua. Alasannya tak mau berjauhan dgn suami tercinta. tentangan sememangnya tak dapat dielakka. Berbagai cemuhan yg sampai ke telinga. "buat penat mak ayah hantar belajar sampai u, dapur juga dipilihnya".
Setelah 15 thn menjadi surirumah ternyata inilah keputusan yg terbaik. Alhamdulillah Allah tlh menunjukkan jln yg terbaik. Biarpun jalan yg dipilih byk likunya tapi kemanisannya tetap seiring. Seorang ustaz berpesan "apakah maksud hadis walau di atas unta sekalipun? iaitu isteri hendaklah berada /tinggal dimana suaminya tinggal. Bukan tinggal berjauhan." didunia macam2 alasan blh dicipta tapi di akhirat nanti mampukah kita beralasan? wassalam