DETIK INI KUPATRI JANJI....


Detik ini kupatri janji, untuk lebih menikmati…

Desir dedaunan ditiup angin malam…

Bersama deruan membelah kesunyian…

Bauan enak dari ayam panggang di dalam ketuhar…

Harum aroma dari secawan kopi hangat…

Menghidu nyaman buah-buahan segar.


Detik ini kupatri janji, untuk lebih menghayati….

Kegigihan sekawan semut menghurung seketul kecil serbuk roti…

Kicauan beburung mencari rezeki dinihari…

Suam-suam terik mentari di musim dingin bersalji…

Layangan lembut sehelai daun ditiup bayu pagi.


Detik ini kupatri janji, untuk lebih menghargai…

Bening mata insan-insan tercinta…

Tangan kecil mengharap dipimpin…

Tangan besar meminta dibelai…

Senyum manja, hilai tawa, tangis hiba…

Bersilih ganti menggugah rasa.


Kuyakini, setiap satu ada nilai tersendiri…

Walau ia mungkin tidak beerti apa-apa pada sesiapa…

Namun padaku, semua itu menambah ‘hidup’ pada kehidupanku...


Selagi ada masa…

Akan kucuba untuk mengotakan kata-kata…

Bahawa setiap ‘mereka’ penting dan berjasa…

Agar tidak kukesali apa yang tidak dapat kunikmati…

Agar tidak kukesali apa yang tidak dapat kuhayati…

Agar tidak kukesali apa yang tidak dapat kuhargai…

Kerana kuinsafi, usia ini milik ILAHI.


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

~fam~ said…
kak as....

detik ini, ku mula menyedari...
betapa indah kata jemari...
yang lahir dari sudut hati...
yang mengharap damba Ilahi...
agar aku jua akan susuri...
jalan pancaroba dalam duniawi...
moga kelak akan terdidik si hati...
lebih ingat akan mati...

chewah!

tetiba nak berpuisi gak macam kak as....jngan marah....hehe
Admin said…
i love this post!

teruskan menulis ya ukhti,
^^,
Unknown said…
saya suka bait2 kata nieh..terasa dlm hati..tambahan arwah abah saya baru meninggal pada 10 ramadan yang lepas, lepas tuh emak saya skrg berdepan dengan sakit jantung...mmg besar dugaan untuk keluarga kami...sesungguhnya usia ini milik ALLAH s.w.t..tiada upaya melainkan diriNYA...setiap nikmat disyukuri..dan selagi bernafas, bersama-sama mencari kasihNYA...
ummu said…
assalamualaikum ummuhusna
alhamdulillah
semoga kita diberikan kekuatan olehNya.amin
alhamdulillah,suka dengan puisi ini
Salam,

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberikan buah kata.

Pada saya, setiap sesuatu/seseorang itu pasti hadir dengan membawa bersamanya walau tidak banyak, sedikit pengajaran dan pengalaman di dalam hidup kita, sama ada ia baik atau sebaliknya.

Banyak ketikanya, unsur-unsur kecil yang selalu kita jumpa kala berpapasan di lorong dan jalan, memiliki keindahannya yang tersendiri..cuma selama ini ia bagai tidak wujud di dalam 'perhatian' kita kerana kita selalu mengambil mudah dan tidak endah...

"The things we often take for granted."

Justeru, saya cuba untuk tidak menyesali pertemuan dengan sesuatu/seseorang tersebut, kerana mungkin tanpa saya sedari, ia pernah menghadirkan ( walaupun cuma sekali) secarik senyuman pada wajah ini.

Saya berdoa agar kita semua dianugerahi 'mata' yang tidak alpa dan hati yang tidak lalai dari melihat 'keistimewaan' pada setiap satu ciptaan-NYA di dunia.

Open your eyes, your hearts and minds :)

ALLAHU AKBAR!
gadisBunga™ said…
salam...

sesungguhnya hidup kita ini sentiasa di taliNya.
Mama Marcello said…
sala kak.ina...

so nice..
mintak kebenaran utk copy bait2 indah ni yer...lov u!!
sakinah said…
Salam ...

Kebanyakan artikel Husna saya dah baca...alhamdulillah semuanya ada mesej dan menjadi motivasi untuk saya...banyak yang boleh dipelajari..saya sentiasa tertunggu artikel2 di sini!!!

برك الله فيك

-ismizar-

شكرا
lilin inheart said…
assalamualaikum...sy tersgt la suka entry ukhti kali ini..klu blh nk mintk izin tok copy n pastekan dkt my blog tok disahrekn bersamma. kata2 indah lgi bermkna so that nnti dpt dijadikn peringatn bersama....blh kan??

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA