JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.

“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.

“Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas.
Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata.

Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.

‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

PERCERAIAN
Buat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.

Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan, bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita tersebut melaporkan :



“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.

Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.

Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”


Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa. Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.

Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir saban hari.

Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.

Mengapa?

SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.

Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.

“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.


PERUBAHAN
Sikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.


MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.


JANGAN BERHENTI BERKENALAN
“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.

Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.

Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.

“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.

Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.

Alhamdulillah…

Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.





Comments

Dilla said…
Saya setuju dgn pandangan puan. Walaupun dah bertahun kahwin, sebenarnya banyak sisi pasangan yg perlu kita peajari. Dan bagi saya selain usaha, yang paling penting ialah doa yg tak putus kepada Allah supaya rumahtangga sentiasa dalam rahmat-Nya
Unknown said…
saya suka membaca perkongsian ini

saya sedang menghadapi kemelut rumahtangga

sudah sekian lama berkahwin (hampir 5 tahun)

suami tidak pernah memujuk, berbual, berkomunikasi (hanya bila mahukan hubungan intim) malah tidak pernah memberitahu apa yang disukai atau apa yang tidak disukai

saya bagai hidup dengan stranger

setiap hari saya menangis mengenangkan hal ini

saya tidak mahu selfish, anak saya sudah 3 orang walau saya masih muda (belum menjangkau 30 tahun)

saya sayangkan rumahtangga ini dan anak2 saya

cuma sedih kerana rasa langsung tidak dihargai kecuali bila suami mahukan hubungan intim
saya bukan wanita berkerja, saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada suami dan anak2

dunia saya hanya suami dan anak2

bila jadi begini saya rasa amat tertekan dan rasa useless

apa yg patut saya buat/fikirkan?

banyak kali saya berbincang dengan suami namun jawapan yang diberikan hanya 1 :

"maaf abang tak tahu nak cakap apa"


saya sangat kecewa

saya tak pernah berhenti berdoa
harapan saya suami akan menyayngi saya..

saya pernah suarakan, jika suami mempunyai kekasih hati/pilihan lain saya izinkan dia berkahwin...mungkin suami akan berubah kepada yang lebih baik dengan cara ini

tapi tiada jawapan dari suami

dan hubungan kami berterusan hambar beku seperti ini

harap ustazah sudi memberikan pandangan
Min said…
tima kasih kak ina... an eye opening... keep on writing and sharing because sharing is caring!
Latifah said…
hati rasa tersentuh bila membacanya...
PSS SMKTTJ said…
Asalamualaikum! perbincangan yang menarik, saya setuju dengan penulisan ini. tapi sebenarnya ia amat sukar untuk dipraktikkan. Usia perkahwinan saya telah masuk tahun ke 25 dengan 6 orang anak. Alhamdulillah. sebenarnya memang sukar untuk sampai ke tahap ini, yang penting kesefahaman. keegoan seorang lelaki jangan di cabar, itu sifat yang di kurniakan oleh Allah pada lelaki, tp gunakan kelembutan seorang perempuan untuk menaklukinya. saya berkelulusan tinggi lebih dari suami tapi saya buatkan supaya saya bergantung padanya memerlukannya pada masa yang sama suami bergantung dengan saya, sebab saya berusaha menjadi seorang isteri yang di idam oleh seorang suami, saya boleh menjahit, memasak sehinggakan mengambil upah menjahit baju dan mampu membuat kenduri sendiri tanpa bantuan katering. tapi apa pun yang dilakukan mestilah ikhlas. perlu sedarkan suami tentang kelebihan isteri, apa akan berlaku sekiranya beliau berkahwin dengan perempuan lain. saya selalu hidupkan suasana kasih sayang antara kami. suami suka dimanjakan oleh itu lakukan seperti baru berkahwin. Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana mempunyai suami yang boleh menerima teguran isterinya dan boleh dibawa berbincang. Semoga perkahwinan ini akan terus bahagia hingga ke akhirnya.
Unknown said…
hati saya tersentuh.....betul lah dunia akhir zaman...bila suami terlalu memberi kepercayaan dan kebebasan pada isteri....sang isteri akan menerajui semua tugas utama....isteri yang penat lelah...isteri sibuk cari duit...isteri sibuk urus anak dan rumah....iateri sibuk membantu meringankan beban suami...tetapi itu seolah tidak bermakna bagi suami....betul lah kata kawan saya ..suami sekarang semakin pentingkan diri sendiri..dan dayus kerana membiarkan isteri memikul begitu banyak tgjawab.....
suri solehah said…
salam...perkongsian yang sesuai untuk saya yang baru setahun jagung melayari bahtra rumah tangga..kadang banyak yang terlepas pandang terutama dalam mengenali suami...terima kasih kak ina.
Anonymous said…
Hidup alam rumahtangga memerlukan byk pengorbanan.Setiap ahli memainkan peranan masing2 terutama suami isteri.Terima kasih kak ina sbb sentiasa memberi tips dan ilmu yg berguna.Berhasrat utk mjd yg terbaik dlm menempuh alam rumahtangga yg bakal dibina kelak.Teruskan kak Ina memberi dan memberi krn sy akan terus mencari dan mencari dgn mengikuti blog @hasil nukilan kak ina...syukran.
Unknown said…
salam

thanks for sharing the good info..sgt berguna utk pasangan suami isteri..

Tapi, saya mohon sgt pix suamiisteri itu dibuang krn ianya pix sya&suami..Mohon kerjasama akak yer..
t.kasih
Ana_ummu said…
Alhamdulillah..syukron kak, sangat bagus pengisiannya..insyaAllah jangan pernah berhenti mengenali sesama pasangan kita...tak kenal maka tak bahagia, tak bahagia maka tak cinta, tak cinta maka tak bermakna, tak bermakna akhirnya bercerai jua...nauzubillah.
Joe's Babe said…
terima kasih untuk entri ni. saya suka sekali dengan apa yang dibaca. insyaallah, saya akan lebih berusaha menjadi isteri disayangi selalu. :D
DaiADellas said…
Minta izin share di Facebook...
imin said…
http://www.trymasak.my ..kat sini ade beratus video resepi utk dipelajari :d
Kaktiny said…
salam kak..

ya betul betul betul.. setuju sgt..
mmg tak abis kenal lagik pasangan kita ni..
saya kenal suami 13 tawon, dan dh kawen 6 tawon, baru minggu lepas saya tau dia tak suka IKAN STIM (saya buat ikan bawal putih masak stim).. dia makan nasi suku pinggan.. katanya, "TAK LEPAS TEKAK".. siaaannnya cik abang ku.. yg pasti, lepas ni setiap menu WAJIB ADA PEDAS.. hatta sambal belacan pon jaadiiillaaa... (teringat plak cerita seniman bujang lapok.."Kenapa kau masak tak bubuh BELACAN???"... hihihihi)
masliza said…
mohon share di FB
ieja_abu said…
salam.mohon share di FB.terima kasih:)
Syuhada Kamal said…
salam kak ina..

info yg sgt baik & bernas...sy mohon share dlm FB yer...tq...:)
indahhouse said…
Salam Ummuhusna,
Saya amat suka video ni. Jelas dan terang nasihatnya. :) Terima kasih sbb berkongsi.

Buat Lyyn,
Saya jg ingin berkongsi. Sahabat saya juga pernah mengalami masalah yg sama mcm Lyyn. Bahkan pernah dia risau kalau2 suaminya trpikat dgn wanita lain. Pesan saya, jangan trlalu memendam rasa...

- Suarakanlah, tapi jangan mengungkit kekurangn sifatnya..
- Qanaah, menerima sifat kekurangan pasangan..
- Tepis semua pendapat org lain. Isteri lebih kenal sifat suaminya luar dan dalam...
- Bersangka baik, dia mungkin ada masalah peribadi yg taknak menyusahkan isteri. Pujuklah dia...
- Meminta nasihat, tapi janganlah pada orglain... tapi pada ibubapanya. Suarakan dlm nada minta pendapat... tapi ikhlas dan redha, dan gembira dgn sifat suami. Berpura2 manis, tapi kalau hasilnya ialah gula, Insya Allah.
- Akhirnya.. Dia masih pulang ke rumah, menunaikan batinnya pada yang hak, iaitu isterinya. Bergembiralah.. wahai isteri. Syurga dah separuh kaki dijejak..

Moga kita sama2 mencapainya. :))
saya mohon share dalam blog saya..terima kasih
Salam semua :)

DaiADellas, Masliza, Ieja_Abu, syuhada & Aryati : Silakan :) Kak Ina sangat menghargainya. Semoga lebih ramai beroleh manfaat dari perkongsian tidak seberapa ini, InsyaALLAH.

Terima kasih ye.
DILLA : Setuju :)

LYNN : Semoga perkongsian artikel terbaru dari saya, KALKULATOR CINTA, dapat membantu serba sedikit merungkai resah jiwa di hati Lynn.

Jangan mengalah untuk mempertahankan mahligai cinta Lynn dan suami.

Apapun, jika ada tersinggung bahasa, saya memohon maaf. Sesungguhnya, yang baik itu dari ALLAH, manakala yang kurang itu dari kelemahan saya sebagai manusia.

Salam ukhuwah dari saya :)
MIN, LATIFAH, PSS SKMTTJ, SUPIAH, SURI SOLEHAH & SU MUKHLIS : Alhamdulillah, seronok membaca perkongsian semua. Terima kasih.

Memang tidak mudah untuk melaksanakan apa yang ditinta ini. Segalanya memerlukan kesabaran, mujahadah dan sikap tidak mudah berputus asa, semata-mata demi mengharapkan reda ILAHI.

Andai lemah, mohonlah kekuatan dari ALLAH. Andai gusar, pintalah juga ketenangan dari-NYA. Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan untuk kita terus mengenali dan memahami.

Ameen.
JULIETDEYELLOW : Saya mohon maaf atas keterlanjuran menggunakan foto saudari dan suami. Semoga ini tidak menghalang kita untuk bersilaturrahmi ye :)

Salam ukhuwah. Mudah-mudahan ada manfaatnya buat dunia dan akhirat kita semua.
supermom said…
salam.. saya sdh berkahwin selama 6thn
kisah saya hmpir serupa dgn lyn.. saya buat apa saja untuk anak2 dan suami.. segala urusan rumahtangga, selain kerja rumah, saya turut menghantar dan menjemput anak2 dr sklh.. sehinggakan anak2 demam, saya seorang yang membawa mereka ke klinik.. saya cuba menjadi seorang yang kuat wlpun kadang2 saya rasa mcm nak terjatuh menyembah bumi..
suami serahkan semuanya pada saya.. sehingga membayar bil2 pun saya yg lakukan.. alasannya, suami sibuk dan banyak kerja..
saya boleh terima alasan itu, tetapi bila sahabat2nya minta tlg,dia sanggup ambil cuti.. bayangkan perasaan saya.. masalahnya pertolongan yg diminta boleh dilakukan sdr oleh sahabatnya tanpa bantuannya..
disebabkan ini, saya merajuk hati.. dan akibatnya sudah hampir 3 hari saya banyak mendiamkan diri.. saya sebenarnya sangat sedih..apakah kerana sudah 6 thn berkahwin saya patut diperlakukan spt itu?suami pula seorang yang susah dibawa berbincang.semua keputusan dibuat tanpa berbincang dengan saya dahulu.. saya selalu rasa terpinggir.. dia hanya menelefon saya bila ada perkara penting atau pertolongan yg dia perlukan.. saya adalah orang terakhir dalam senarai hidupnya
YatiHaney said…
salam..saya juga ingin berkongsi cerita..saya sudah berumah tangga 7thn.atas dasar suka sama suka dan mempunyai 3 org ank.dulu suami seorg yg penyayang.xpenah tinggi suara,xpenah berkasar.sangat baik hati dan jujur.tp skrg suami dah berubah.menjadi seorg yg sgt egois,panas baran.puas saya fikir ape puncanya.saya sanggup berhenti keje,jaga makan minum suami dan ank2.boleh dikatakan semua saya yg uruskan.malah semasa saya dlm pantang ank yg ketiga,saya juga yg uruskan hal ank2.suami sikit pun xbantu atau beri perhatian.banyak kali saya cuba ajak dia berbincang.jawapan yg selalu saya dapat,ok ok lain kali xbuat dah.tp xsampai setengah hari dia mula balik.saya puas berendam rasa.xtau nak buat ape..
abdills said…
Salam ustazah.
mintak share artikel nie boleh?
Unknown said…
Salam, seronoknya bila membaca nukilan isteri2 yg sentiasa dinamik dlm mengenali suami mereka. Tetapi apakan daya, akulah sang suami yg ditakdirkan dinamik utk isterinya sahaja tetapi tidak sebaliknya. Akulah pemaaf tetapi tidak baginya. Akulah pemakan apa yg dia masakkan, walaupon aku tidak gemarinya. Akulah tukang kejutnya tiap pagi utk sembahyang subuh. Akulah yg selalu mengalah tiap kali berlaku perselisihan faham. Tiap kali makan diluar akulah yg selalu meminta menu yg sesuai dengannya tetapi dia langsung tidak tahu apakah menu yg ku gemari. Sukar baginya kalau diberikan nasihat atau tunjuk ajar oleh suaminya tapi tidak dari org lain. Kalau dirumah suaranya lah yg paling kuat dariku. Kalau ku pergi bekerja diwaktu pagi hanya impian lambaian dari isteriku sahaja yg aku dapat kerana dia sibuk menyambung lenanya semula selepas sembahyang subuh....... tetapi apakan daya dialah ibu kepada anak2ku..... membasuh pakaian anak2ku, cadar tmpt tidurku, kencing berak anak2ku.... chef utk anak2ku. Walau begitu aku sentiasa memaafkannya kerana ku tahu dia kurang pengetahuan agama kerana datang dari keluarga yg berantakan. Ku bukan mahukan kesempurnaan tetapi hanya cukup sekadar keikhlasan. Semoga suatu hari nanti allah memberikan petunjuk kepadanya. Aminnnnnnn
cilipadi said…
Memang betul...kita sentiasa kena belajar tentang diri kita dan pasangan.Apa kata kalau makin kenal makin terserlah perbezaan?Adalah hikmahnya Allah menentukan segala sesuatu.Subhanallah...Allah Maha Mengetahui...We complement each other on our journey back to HIM.Moga kita saling membantu menarik ke syurga Allah,jauhkanlah daripada bertolongan dalam kederhakaan kepadaNYA.
bella said…
terima kasih untuk info ni,,sgt berguna:)
as Salam, kak ina...thanx for the very useful info n share video tu bleh ?

Thanx in advanced!!!

Salam ukhuwah...
~ezlin~
aiza nordin said…
As Salam....
sy nak minta keizinan utk share hasil penulisan akk..utk berkongsi manfaat utk diri yg bakal menjalani hidup berumahtangga..
sering kali membaca hasil penulisan akk..sangat memberi motivasi pd diri sy..terima kasih..
Azman said…
Baru dapat rasakan perasaan seorang isteri terhadap suami...agak sukar untuk mendapat isteri yg tak jemu2..memerah otak untuk mencari keredhoan Allah...
Ummi Nur said…
As'kum..salam ukuhwwah..

Minta izin copy dalam blog..Jazakillah khairal jaza'
juliyanaludin said…
assalamualaikum..

mohon share artikel ni ummu husna..sangat bermanfaat,bukan sahaja untuk yang sudah berumahtangga,tetapi juga panduan berguna buat yang berimpian membina bayt muslim idaman..

syukran..
Abu Huzaifah said…
Assalamualaikum.
Puan, saya memohon untuk copy ke blog hamba dengan izin bagi perkongsian ilmu.Barakallahu fik..dijemput ziarah ke blog hamba di http://bicara-hamba.blogspot.com
ibuanak2ku said…
Salam,

Ummu husna,mohon pendapat puan berkenaan beberapa perkara.

Saya telah berumahtangga selama 5 tahun. Sepanjang tempoh ini, banyak yang saya pelajari dan fahami tentang suami sendiri.

Suami saya tidak gemar jika saya menegur kesilapannya terutama yang melibatkan hukum Islam. Dia kerap menonton video & gambar porno di laman web dan sesekali mengajak saya menonton bersamanya. Bila saya menolak, dia akan bermasam muka dan menunggu saya yang memujuknya dan akur pada permintaannya.

Suami saya juga suka meniru aksi2 yang dilihatnya di laman porno itu terhadap saya. Bila bersama, dia tidak suka berselimut malah mahu kami berdua mendedahkan semua kerana anak2 tidak nampak. Seperti biasa, bila saya bersuara, dia terus keluar dari bilik & tinggalkan saya keseorangan.

Dalam menegakkan hal agama, amat susah bagi saya membuatkan suami mengerti dan memahami terutamanya bila melibatkan halangan terhadap apa yang dia suka.

Apa yang perlu saya buat? Perlu ke saya terus mentaati permintaannya walaupun tahu perkara itu tidak selari dengan kehendak Islam?
silentwriter said…
kisah saya berlainan plak...saya n suami baru berkahwin selama 5 blan...
sepanjang perkahwinan ni kluarga mentua mmg sgt baik dgn saya...kecuali kakak kepada suami saya yg dingin...sekarang ni...hubungan suami n saya bagai telur dihujung tanduk...kami saling sayang menyayangi...tp akibat hautan kakak suami pada kluarga suami..ibu suami tiba2 menjadi begitu marah ngan saya di atas kesilapan yg x seberapa n kakak ipar saya yg banyak mengadu domba...menambah-nambah crita sehingga ibu mentua memerintahkan anknya menceraikan saya...n saya cuba beralah n memohon maaf dgn kluarga mentua walaupun segala kesalahan yg dikatakan saya x buat...tp kluarga mentua x mahu dengar... sekarang ibu suami saya menghalang suami saya bersama saya,bercakap dalam telefon n msg pun x bleh....suami kadang2 curi2 kluar untuk berjumpa saya. n bila tgh2 malam baru call saya...untuk pengetahuan semua...suami mmg seorang ank yg sangat taat...dia kata dia ingin hidup bersama saya tetapi takkan lukakan ati ibunya...suami hanya minta saya bersabar hadapi dugaan ni...sy banyak menangis sendiri bila fikir dugaan ini...moga allah meleraikan segala kekusutan ini.
silver tawau said…
salam..saya stuju sangat bila kita perlu belajar tuk mengenali hati budi,pasangan masing2..dengan lbih mendalam dan tidak hanya berpuas hati bersandarkan bilgan tahun hidup bersama sbgai pasangan..wonder y..bila pasangan dah puluhan hidup bersama tp masi boleh terjadi penceraian?
Bagi saya ni lack of good comunication with each other..cari masa tuk dapat berbual atau berbincang dan termasuk meluahkan perasaan pada masa yang sesuai..ni sangat2 lah penting pada pendapat saya..dan ternyata memang berkesan..suami penting bg seorang istri..kerana keredhan suami syurga bagi istri..tp bukan lah bermaksud suami lah segala2nya bagi istri..wahai para istri kita usaha lah supaya jadikan Allah segala2nya dalam hidup kita..barulah Allah bg berkat dalam hidup umatangga kita...
hanani said…
Terima kasih atas artikel yang menarik. :)

http://muslimahbergaya.wordpress.com/
mohon share sket
part2 yg penting tu..
thks yer..
Mar Mansor said…
as salam..saya mohon share..
Shalimar Yusof said…
Assalamualaikum..
Mohon share nota penting yeaa..

www.notashalimar.blogspot.com
Bbet99 said…
"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA