ANDAI SEMUA ITU BELUM CUKUP!
Angka korban meningkat
PADANG: Pesawat dan helikopter yang penuh dengan pekerja penyelamat dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama di kepulauan pedalaman Indonesia semalam selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami setinggi tiga meter lewat Isnin lalu, meragut sekurang-kurangnya 311 nyawa.
Seramai 160 cedera manakala 410 lagi hilang.
Gambar pertama yang dirakam menerusi udara menunjukkan sebahagian besar kawasan itu ditenggelami air dan tempat kediaman musnah akibat dipukul ombak besar itu.
Ia satu daripada dua bencana yang melanda Indonesia dalam tempoh 24 jam. Gunung berapi paling aktif di negara itu, Gunung Merapi yang terletak kira-kira 1,300 kilometer ke timur Sumatera meletup petang kelmarin, mengeluarkan asap dan menyebabkan 30 orang terbunuh.
Kedua-dua kejadian itu berlaku di sepanjang Lingkaran Api yang terdedah kepada gempa bumi dan kegiatan gunung berapi.
Sejak gempa melanda Kepulauan Mentawai malam Isnin lalu, ombak kuat dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, menyebabkan penduduk terpaksa berdikari untuk menyelamatkan diri.
Tanpa tenaga secukupnya untuk menggali kubur, mayat terbiar bergelimpangan di kawasan pantai dan jalan raya, kata ketua daerah di kepulauan itu, Edison Salelo Baja.
Pegawai bantuan bencana masih berusaha menjejaki lebih 12 kampung di kawasan paling teruk terjejas di Kepulauan Mentawai, destinasi popular untuk peluncur ombak.
Kawasan itu hanya boleh dimasuki dengan menaiki bot selama 12 jam.
Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatan, Mujiharto berkata, pegawai bantuan membawa bersama-sama mereka beratus-ratus beg mayat.
Gempa dengan magnitud 7.7 itu yang melanda lewat Isnin lalu berlaku 20 kilometer di bawah dasar lautan. Ia diekori dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan yang terkuat berukuran 6.2.
Ketua Pusat Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah berkata, jumlah korban akibat tsunami itu meningkat kepada 311 orang dan lebih 400 penduduk hilang.
Pegawai berkata, beratus-ratus rumah kayu hanyut di Pulau Pagai dengan sebahagian besar kawasan pertanian dan jalan raya ditenggelami air.
Di Muntei Baru, sebuah kampung di Pulau Silabu, 80 peratus kediaman rosak teruk.
Kedua-dua pulau itu adalah sebahagian daripada kepulauan Mentawai, kira-kira 270 kilometer dari pantai barat Sumatera. - AFP
Sesungguhnya saya kesal, kecewa dan dukacita membaca laporan akhbar yang menyebut bahawa kerajaan berhasrat
Laporan berkenaan boleh didapati di sini.
Tidak cukupkah lagi lambakan pusat-pusat hiburan yang melalaikan yang wujudnya bak cendawan tumbuh selepas hujan, sehingga perlu ditambah dan diperhebatkan?
Tidak sedarkah lagi dengan keruntuhan akhlak dan moral masyarakat yang tergambar dari kes-buang bayi, zina dan pergaulan bebas, pembunuhan kejam, samun dan rompakan dan lain-lain kejahatan yang menghakis damai dan tenang dari kehidupan seharian?
Andai tsunami Aceh masih belum mampu menyedarkan, andai gempa di sana sini belum cukup menginsafkan, bimbanglah....khuatirlah...., bahawa ALLAH sangat mampu ‘mengingatkan’ kita dengan sesuatu yang lebih besar, lebih hebat dan lebih memusnahkan dari semua bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini.
Sesungguhnya kami berlindung hanya kepada-MU ya ALLAH...kerana kami sedar :
انا لله وانا اليه راجعون
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Comments
saya sangat takut... Ya Allah...
'Secularization' & 'liberalization' adalah agenda Kuffar, mereka memberi cadangan kepada mana-mana pemimpin yang mahu dan ingin menghalang gerakan Islam ('the revival of Islamic society') agar para pemimpin segera memperhebat aktiviti sekular, yang memisahkan Dunia daripada Deen.. masjid yang besar dan kelab malam yang besar.. pencapaian material & fizikal lebih diutamakan. Dengan semakin ramai rakyat yang rosak, jahil & bertuhankan nafsu, kuasa mereka diyakini akan semakin kukuh. Apabila rakyat rosak, maka mereka pasti akan memilih pemimpin yang rosak. Oleh itu, mereka sekarang semakin menguatkan usaha untuk merosakkan manusia, maka kita perlu menguatkan usaha untuk mengislahkan manusia..wAllahul musta'aan..
kecewa dan sedih melihat negara sendiri.:(
Nauzubillah.
Semakin kuat kita cuba bermujahadah,
lebih hebat pancaroba yang singah,
namun tidak mungkin kita mengalah,
pantang menyerah untuk fisabilillah.
Semoga kita berjaya mendidik anak-anak kita menjadi pejuang-pejuang Islam dan bakal memperjuangankan kedaulatan Islam di masa akan datang.
Ameen.
maaf kluar dari tajuk..
ingin bertanya tentang isu keringnya air di tasik galilee tanda ketibaan dajjal..
artikel berkenaan ini tersebar di email dan blog-blog orang ramai.
cuba mencari kesahihan cerita ini tapi tak tahu dimana.harap kak boleh komen.
Kak Ina, Kalau boleh dikupaskan mengenai isu aurat antara pembantu rumah dan tuan rumah? saya rasa perkara ne pun banyak yang ambil mudah / terlepas pandang.
terima kasih...
terima kasih atas perkongsian ini.
takutnya...
jika halaman rumah kotor, tentu sebaiknya disapu bersih... meskipun penghuninya banyak yang berpakaian bersih dan merasa diri suci...
Allahua'lam
Setuju!