AGAR CINTA ISTERIMU TERJAMIN UNTUKMU...
Malam ke 25 Ramadan,
Dalam diri mencari reda dan cinta TUHAN,
Ada insan menangisi ujian dan cabaran perkahwinan,
Menaruh percaya beriring harapan,
Agar bahtera rumahtangga selamat tiba ke destinasi impian.
Diri ini kehilangan kata-kata...
Basah airmata, hati bersarang hiba...
Sekadar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.
Sedikit renungan buat para isteri budiman,
Yang menabur wangian di setiap laluan perkahwinan,
Bersabarlah....tiada cinta insan yang kekal melainkan Cinta-NYA,
Raihlah ia walau hidupmu diselubungi duka...
Kelak manisnya pasti akan kau rasa...
Juga ingatan buat lelaki bergelar suami,
Ku tinggalkan petikan ini sebagai ingatan buat kalian,
Hargailah isterimu, sayangilah dia sementara masih ada...
Kerana kehilangannya, entahkan dapat kau bertemu yang serupa..
60 usaha agar cinta isterimu terjamin untukmu...
InsyaALLAH...
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Comments
Betul tu kak..macam kawan ida..sangat kesian sedang menghadapi konflik rumahtangga yg tak berkesudahan..last2 nak bercerai tapi dia termengandung pulak..
berat mata memandang,berat lagi bahu memikul ..akak doakan utk kawan ida nie ya agar Allah tunjukkan jalan keluar yg terbaik buat dia...
ya..tiada cinta yang kekal kecuali kepadaNYA..
TQ