AGAR CINTA ISTERIMU TERJAMIN UNTUKMU...

Malam ke 25 Ramadan,
Dalam diri mencari reda dan cinta TUHAN,
Ada insan menangisi ujian dan cabaran perkahwinan,
Menaruh percaya beriring harapan,
Agar bahtera rumahtangga selamat tiba ke destinasi impian.

Diri ini kehilangan kata-kata...
Basah airmata, hati bersarang hiba...
Sekadar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.

Sedikit renungan buat para isteri budiman,
Yang menabur wangian di setiap laluan perkahwinan,
Bersabarlah....tiada cinta insan yang kekal melainkan Cinta-NYA,
Raihlah ia walau hidupmu diselubungi duka...
Kelak manisnya pasti akan kau rasa...

Juga ingatan buat lelaki bergelar suami,
Ku tinggalkan petikan ini sebagai ingatan buat kalian,
Hargailah isterimu, sayangilah dia sementara masih ada...
Kerana kehilangannya, entahkan dapat kau bertemu yang serupa..

60 usaha agar cinta isterimu terjamin untukmu...
InsyaALLAH...







Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.


Comments

Amoi Ida said…
Salam

Betul tu kak..macam kawan ida..sangat kesian sedang menghadapi konflik rumahtangga yg tak berkesudahan..last2 nak bercerai tapi dia termengandung pulak..

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul ..akak doakan utk kawan ida nie ya agar Allah tunjukkan jalan keluar yg terbaik buat dia...
Ummu Tasneem said…
salam.. post ni seolah2 mcm terkena kat batang hidung plak.. di kala hati tgh kesedihan dan kecewa dgn perangai suami.. bila terbaca sekurang2nya mengingat kan semula diri yang lemah ini..

ya..tiada cinta yang kekal kecuali kepadaNYA..

TQ
puteri said…
Salam kak Ina....sebelum tu Puteri hulurkan salam aidilfitri, maaf zahir batin....terima kasih atas entry kali ni....hati isteri ini cuma mempersembahkan apa yg termampu....kerna pernah terkandas pada pernikahan yg pertama, sudah semestinya mengharapkan yg ke 2 itu berkekalan...Dugaan usah dibicarakan...hanya Allah yg Maha Tahu...Tp kerana niat sewaktu akad krn Nya...aku mampu bersabar...terkilan hati kenapa suami tidak nampak apa yg aku usahakan...bukan kemewahan yg dipinta, cukup secebis kasih syg antara insan....utk isteri dan anak2...Ya Allah, bukakanlah pintu hati suamiku...kerna aku memilih utk menjadi isteri solehah....aku mencari cintuMU....janganlah kerana itu,aku dianggap isteri derhaka....Ya Allah ampuni aku...benarkah tiada redha suami, aku tidak bertemuMU?....
aida said…
Salam. Ayat yang pendek tapi penuh makna. Mohon untuk dikongsi bersama rakan2 yang lain.....

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA