MUSLIMAH SOLEHAH ITU BERBEZA
Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.
Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.
Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
Comments
MasyaAllah...beautiful indeed and very true.
-ibunoor-
sejuk hati membacanya walaupun diri belum dapat memenuhi kesemuanya tapi rasa makin ingin memiliki kesemua sifat solehah itu.
Semoga kt tergolong dikalangan 'muslimah yg berbeza' itu... solehah dunia akhirat, amin3 ya Rabb
There's no one on this EARTH is more beautiful than a Muslim woman. There's no one who comes close to that! who is a servant of Allah and who dresses to please Allah..
Berbanggalah kita utk menjadi yg berbeza itu..^_^
kak ina, nampaknya mmg kena meng halal kan semua entri utk di copy paste oleh readers lah... hihihi...
halal ya...
oh yer, cantik layout, kat mana nak cari ya?
Kak Ina,
mohon copy puisi ni...
:)
KAK MAS, ALASMAL, AIZAT, NAFISATUL ILMI & JIJAH : Silakan untuk sebar demi kebaikan yang ada padanya. Yang baik dari Allah jua. Semoga rahmat dan keberkatan sentiasa mengiringi kehidupan kita, ameen.
Apa yang ada kita syukuri dan manfaatkan sesuai dengan aturan-NYA, dan mana-mana yang belum lagi kesampaian, kita serahkan kepada ALLAH kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA setelah usaha dan ikhtiar yang tidak dibatasi oleh rasa putus asa terhadap rahmatNYA :)
Lebih mudah digarap dan lebih senang diingat berbanding satu artikel panjang, InsyaALLAH :)
Semoga kita semua beroleh manfaat darinya :)
Template terbaru ni Kak Ina ambil dari sini : http://www.raytemplates.com/
barakillah