MUSLIMAH SOLEHAH ITU BERBEZA





Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

OneSimpleMother said…
kak ina.. minta izin nak copy paste di blog saya bole..?
Dygku said…
Mohon keizinan untuk copy dalam fbook saya...nak kongsi dengan kawan-kawan semua.
Unknown said…
Assalamu'alaikum. Salam ziarah. Mohon kebenaran utk copy dan paste entry 'Wanita Solehah' nie ye. Rasa sgt b'manfaat., (http://aizatzainudin103.blogspot.com/)
Unknown said…
Salam kak Ina,

MasyaAllah...beautiful indeed and very true.

-ibunoor-
Unknown said…
assalamualaikum ina.

sejuk hati membacanya walaupun diri belum dapat memenuhi kesemuanya tapi rasa makin ingin memiliki kesemua sifat solehah itu.
Nafisatul Ilmi said…
Salam..sgt cantik wadah di atas. Minta keizinan utk copy utk tatapan diri & rakan2.
syera mohd said…
slm..rasa bahagia je bla baca=)
A @ Iena said…
As salam kak ina...Alhmdulillah bnyk pengertian/mkna dlm tiap baris kata2..satu coretan yg ckup bernilai untuk dijadikan panduan.insyaAllah
Musafir Dunia said…
Allah3...
Semoga kt tergolong dikalangan 'muslimah yg berbeza' itu... solehah dunia akhirat, amin3 ya Rabb
NuR said…
huhu..ble bca post kak ina, teringat kata2 Imam Siraj Wahhaj dalam satu talk beliau-

There's no one on this EARTH is more beautiful than a Muslim woman. There's no one who comes close to that! who is a servant of Allah and who dresses to please Allah..

Berbanggalah kita utk menjadi yg berbeza itu..^_^
nhhas said…
Salam,
kak ina, nampaknya mmg kena meng halal kan semua entri utk di copy paste oleh readers lah... hihihi...
halal ya...

oh yer, cantik layout, kat mana nak cari ya?
jijah said…
Salam,

Kak Ina,
mohon copy puisi ni...

:)
Salam semua :)

KAK MAS, ALASMAL, AIZAT, NAFISATUL ILMI & JIJAH : Silakan untuk sebar demi kebaikan yang ada padanya. Yang baik dari Allah jua. Semoga rahmat dan keberkatan sentiasa mengiringi kehidupan kita, ameen.
SATU : Alhamdulillah, Noor. Sebagai peringatan dan pedoman untuk kita semua yang bergelar Muslimah dalam dunia yang penuh fitnah ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya :)
KAK CHIK : Ws, InsyaALLAH Kak Chik. Suatu masa pasti ALLAH menganugerahkan sesuatu yang istimewa kepada Kak Chik. Ina mendoakan.

Apa yang ada kita syukuri dan manfaatkan sesuai dengan aturan-NYA, dan mana-mana yang belum lagi kesampaian, kita serahkan kepada ALLAH kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA setelah usaha dan ikhtiar yang tidak dibatasi oleh rasa putus asa terhadap rahmatNYA :)
SYAHERA : Kebahagiaan abadi milik sesiapa yang memenuhi janji kepada-NYA. Mudah-mudahan kita tergolong di dalamnya ye...sama-sama kita berusaha :)
A@LENA : InsyaALLAH..semoga ia memberi faedah buat diri yang menukilkan dan kepada sesiapa jua yang sudi membaca dan mengambil manfaat darinya.
MUSAFIR : Ameen...dengan rahmat ALLAH jua hendaknya.
NUR :Kak Ina juga telah mendengar talk beliau yang sungguh mengesankan, dan tepat sekali telahan Nur. Kata-kata beliaulah yang meberi inspirasi untuk Kak Ina menukilkan puisi di atas.

Lebih mudah digarap dan lebih senang diingat berbanding satu artikel panjang, InsyaALLAH :)
NIHAS : Tak ada masalah untuk copy paste. Apa yang ada ini juga atas izin ALLAH SWT. Cuma, untuk rujukan dan pertanyaan yang timbul, sebaiknya artikel yang di copy n paste itu disertakan rujukannya iaitu blog ini.

Semoga kita semua beroleh manfaat darinya :)

Template terbaru ni Kak Ina ambil dari sini : http://www.raytemplates.com/
sumandakselatan said…
Salam.. kak, isi2 dalam blog akak sangat menarik.. minta izin share ye =)
izin saya nak copy yer...

barakillah
ROSNIZA JUSOH said…
Assalamualaikum w.b.t Saya juga mohon kebenaran untuk copy and paste di blog saya... Insyallah akan disertakan blog ini sebagai rujukan...
::Rabi'ah:: said…
salam...kak sy mohon izin utuk copy ke blog sy ye.....utk brkongsi dengan kwn2....
Anonymous said…
Salam, cantek ayat dia..ustazah mohon share yup.. TQ ^^
JustFai said…
Mohon share nya ya.. ^^

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA