KUIMPIKAN KELUARGA 'S-M-R'


Kuimpikan keluarga,
Bahagia, harmoni dan sejahtera,
Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria,
Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta.

Kuimpikan rumahtangga,
Bahagia dalam sederhana,
Harmoni dalam ibadah,
sejahtera dari keluh kesah.

Kuimpikan keluarga,
Walau kehidupan bertandang pancaroba,
Tangan bertaut, saling menyokong,
Salah dan silap, dinasihati dengan cinta,
Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya..

Kuimpikan rumahtangga,
Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA,
Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kuimpikan…
keluarga SMR…

InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Unknown said…
Salam kak Ina,

Insyaallah menjadi idaman kita semua dan kita jugalah penggeraknya. Semoga diberi hikmah dan petunjuk dalam menjalani titian hidup ini.

-ibunoor-
Unknown said…
Assalamualaikum
saya mohon utk share puisi ini di blog saya
mamahakim21482.blogspot.com

Terima kasih.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA