31 July 2010

ANDAI MENYAYANGIKU....


Sahabat…
Andai benar kalian menyayangiku…
Jangan merimbun puji dan pujamu padaku..
Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA..
Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta…
Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya.

Pujian hanya mengurangi imanku…
Puja banyak menebalkan mazmumahku….
Panjang angan-anganku…
Lalu terlena diulit mimpi-mimpi nafsu.

Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan…
Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan…
Biar aku merintih dalam keinsafan…
Biar aku menangis mengenang kekhilafan…
Dari tersenyum tanpa nilai…
Apatah lagi tertawa yang membinasakan…

Sahabat….
Andai benar kalian menyayangiku….
Tebarkan wangian dalam persahabatan…
Agar harum kasih ikatan dan ukhuwwah ini…
Berpanjangan hingga ke syurga idaman…

Sahabatku…
Sayangi aku kerana-NYA…
Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA.

**************


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa.” ( Surah al-Zukhruf ayat 67 )

Firman-NYA juga yang bermaksud :

“Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” ( Surah al-Furqan ayat 28 )


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” ( Hadis riwayat Bukhari )

Juga, sabda baginda SAW yang bermaksud :

“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

5 comments:

NSyahidaS said...

br usai membaca 'dr hati ke hati'. tntg topik ini juga. dalil2 yg digunakan juga hmpr sm. rs ingin menangis saat trbaca, mohonlah doa dr Tuhanmu;
"Ya Allah, kurniakan lh aku seorang sahabat yg soleh."
tahu mengapa? krn slma 22 thn sy bnafas di bumiNya, tidak prnah sy memohon doa itu dariNya.

apapn, sy sgt gemar mbaca tulisanmu. mg trus gigih mnulis.

Ummu Hanis Hani said...

Terima kasih kak Ina atas peringatan ini.. saya meminta izin dari akak memasukkan firman dan hadith mengenai teman dalam blog saya.. Terima kasih...

makbonda said...

Semoga makbonda mendapat kewangian dari sahabat2 dan mewangikan sahabat yang lain.

satu said...

Salam kak Ina,

Bukan niat untuk hanya memuji...tetapi hakikatnya kak Ina lah yang sebenarnya 'mewangikan' diri saya... Saya terkena tempiasnya...

-ibunoor-

Sri Mulyati said...

assalamualaikum......saya minta izin dari kakak memasukkan firman dan hadith mengenai teman dalam blog saya.. syukron...